Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Saturday, November 1, 2008

Siapa Kata Kerajaan PAS Kedah Bijak???

Pada jam 8.00 malam ketika keputusan PRU-12 sedang dinanti-nantikan, sudah heboh perkhabaran tentang PAS telah mendapat majoriti mudah di Kedah. Di khabarkan Pesuruhjaya PAS sudah mengerahkan semua jawatankuasa PAS negeri untuk berkumpul di Markas PAS di Batu 9 berhampiran DUN Sg. Limau. Penyokong-penyokong PAS sudah mula membanjiri perkarangan Wisma Darulaman. Dan pada jam 10.00 malam, maka kedengaran bahawa PAS telah berjaya menawan Kedah. Saya termenung sendirian di luar rumah sekembalinya dari meninjau suasana dan "mood" pengikut PAS mendapat kuasa. Macam beruk dapat bunga!Maka bermulalah era pemerintahan PAS di Kedah sejak BN menguasai negeri itu selama 50 tahun merdeka. Habuannya ialah menonton secara percuma perlawanan bola sepak di Stadium Darulaman untuk semua rakyat negeri Kedah. Maka berpusu-pusulah penyokong fanatik bola sepak Sang Kenari bersama bendera PAS yang sudah di"edit" menjadi bendera Hijau Kuning. Pukul 4.30 petang, keadaan di perkarangan stadium sudah sesak. Jalan sesak! Azan asar pun dah tak dengar. Surau kecil ada di stadium, tapi bagaikan tak laku! Maghrib pun entah ke mana. Yang pastinya Kerajaan Islam PAS lah yang punya angkara dan menanggung dosa. Sudahlah kerajaan negeri miskin, diberikan pula tiket percuma. Jika harga semua tiket itu dibayar oleh PAS baguslah juga, tapi malangnya dari sumber harta kerajaan negeri. Patut pun Kerajaan Negeri Kedah miskin!

Bila miskin, mulalah berura-ura nak menebang balak. Hutan simpan di Tasik Pedu menjadi pilihan. Nasihat dan teguran dari kawan-kawan sealiran tidak dihiraukan. Kecil hati Nik Aziz dan Lim Guan Eng. Mereka meminta Ust. Azizan mengkaji semula cadangan tersebut, namun tidak diendahkan. Malah MB tegas menegur supaya pentadbiran beliau tidak dikacau. Begitulah Kerajaan Pakatan Rakyat yang "sehaluan".Mahfuz menempelak MBAS di dalam HARAKAH atas isu "sampah". Katanya, sampai berulat sampah dihadapan rumah. Dituduhnya MBAS tidak dapat memikul amanah. Mahfuz mendakwa MBAS cuba mensabotaj Kerajaan PAS negeri Kedah. Tidakkan YB tahu bahawa masalah sampah ini timbul sejak kerajaan BN memerintah? Tahukah YB Mahfuz bahawa sampah sudah menimbun di bandaraya Alor Star sejak Yusuf Nayan mentadbir MPKS (sebelum MBAS), kemudian diambil alih oleh Pak Mukhti? Janganlah difitnah sebegitu kepada MBAS. Mereka tidak mensabotaj PAS. Cuma mereka tak punya dana. disamping pengurusan yang tidak cekap dan pekerja yang sebok menjual "direct selling"dan "kain pasang". Tidakkah YB tahu MBAS terpaksa menggaji pekerja secara kotrak untuk menyelesaikan masalah kerja yang tertunggak dipejabat, sedangkan kakitangan tetap sebok mengumpat bersembang saja lebih? Baik YB minta maaf pada kakitangan MBAS. Mereka tidak salah. Salahnya pada Kerajaan PAS yang tidak memantau, atau tidak tahu bagaimana hendak memantau. Maklumlah, tiada pengalaman...

Kini, timbul pula cerita syarat kuota pembelian rumah oleh bumiputera yang MB Kedah naikkan hadnya sebanyak 50%. Secara zahirnya, nampak bagus dan cantik. Tapi akibatnya agak menjelikkan. Jika sesebuah rumah itu tidak dibeli dalam satu jangka masa yang ditetapkan, maka rumah tersebut akan automatik bertukar status menjadi "freehold". Maka pemaju tidak akan menjual rumah tersebut dalam tempoh yang ditetapkan. Jika ada pembeli bumiputera bertanyakan rumah, maka pemaju akan mengatakan "sudah habis looo...". Dan apabila rumah tersebut sudah habis "edah"nya, maka rumah tersebut akan dijual kepada bukan bumiputera sebagai "freehold". Begitulah PAS meng"hilang"kan tanah hak bumiputera kepada bukan bumiputera. Bayangkan kalau perkara tersebut terjadi pada tanah rizab melayu. Tentu mengerikan! "Bijak" sungguh Kerajaan PAS mentadbir tanah melayu...

Terbaru di kawasan perindustrian Kulim Hi-Tech. CEOnya telah di"over ride" oleh seseorang yang dikhabarkan tidak layak. Katanya, telah dilantik seorang bekas pegawai bank sebagai ketua kepada CEO Kulim Hi-Tech tersebut. Tidak ada orang lainkah yang lebih sesuai? Apakah PAS sudah ketandusan tokoh atau pakar ekonomi dan pentadbiran? Maka susah hatilah semua pengurus Kulim Hi-tech. Maka Gundah gulanalah pelabur-pelabur yang mahu ke sana. Mundur kebelakanglah Kulim nampaknya.Jadi, siapa kata Kerajaan Negeri Kedah bijak? Kalau bijak tak kan PAS melantik jurunilai sebagai "penasihat ekonomi"nya! Bijakkah begitu? Tepuk dada tanya selera, kata orang melayu!

Tuesday, October 28, 2008

PRU ke-13 : BN Tawan Kedah?

Sedih sekali melihat Kedah Darul Aman jatuh ke tangan pembangkang. Nasib baik jatuh ke tangan orang Melayu, jika jatuh ke tangan bangsa yang lain...lagilah haru biru jadinya. Negeri kelahiran 2 tokoh penting negara, Tunku Abd. Rahman Putra Al-Haj dan Tun Dr. Mahathir Mohamed. Malu bila dikenang. Kedah jatuh ke tangan pembangkang setelah memerintah sejak merdeka. Kedah jatuh ketika dipimpin oleh Dato' Seri Mahadzir Khalid.
Saya ada bertemu dengan Tun Dr. Mahathir baru-baru ini di satu majlis. Kami berbual panjang. Saya bertanyakan tentang kemungkinan untuk BN kembali menawan Kedah pada pilhanraya akan datang. Dengan sedih Tun mengatakan bahawa kemungkinan itu adalah amat tipis dan sukar. Mungkin PAS akan memerintah Kedah lebih dari 10 tahun. "Itupun jika mereka cerdik", kata beliau. Bila ditanya tentang mana-mana pemimpin Kedah yang boleh diharapkan, beliau menjawab "tidak ada...". Sekali lagi saya terkedu dengan jawapan tokoh negara yang memerintah Malaysia selama 22 tahun tersebut. Terus terfikir, apakah tidak ada seorang pun pemimpin di Kedah ini yang boleh diharap? Namun, saya akur dengan jawapan beliau. Mungkin belum ada seorang pun pemimpin dari Kedah yang memenuhi kriteria yang beliau mahukan. Kedah ketandusan kepimpinan.
Agenda utama saya di utara ini ialah menawan Kedah kembali ke pangkuan BN. Namun, saya akui adalah amat sukar untuk memenuhi misi tersebut. Dengan pergolakan dan ketandusan kepimpinan di Kedah, saya menjelajah mencari beberapa butir permata untuk digilap sehingga bersinar demi menerangi negeri jelapang padi ini. Tapi siapa yang patut saya gilap? Pemimpin Kedah ketika ini sebok berpolitik merebut kerusi di bahagian masing-masing. Mereka sebok mencari sokongan dan menabur "sampul-sampul surat" di kawasan masing-masing. Yang telah menang kerusi empuk di bahagian, masing-masing tersenyum lega...membayangkan pulangan hasil tuaian di PWTC Mac ini dan sepenggal akan datang. Kuat sekali mereka di dalam UMNO! Dan mereka lupa bahawa mereka "kelihatan lemah" sekali dimata rakyat setelah PAS merampas negeri Kedah! Yang pastinya, sukar sekali mencari seorang di antara mereka yang sebok memikirkan bagaimana hendak menawan Kedah kembali.
Tun mengatakan bahawa saya mestilah bermula dari asas politik, iaitu akar umbi. Ini adalah kerana akar umbi merupakan penentu kepimpinan. Namun, akar umbi di Kedah juga lemah! Mereka mudah dibeli! RM150 - RM500 seorang bisa digunakan untuk membeli undi. Tun sendiri dikalahkan oleh kuasa yang ada pada RM200! Itulah kelemahan utama akar umbi di Kedah. Kalau dikatakan ada akar umbi di Kedah yang benar-benar mengenang erti perjuangan, mereka senang pula ditipu oleh barisan kepimpinan. Hakikatnya, sama sahaja. Jadi, bagaimana hendak menawan Kedah kembali? Jawapannya ialah 'kesedaran" dan "mempunyai niat yang ikhlas". Kembali kepada asas-asas perjuangan UMNO dan asas-asas bermulanya Pertubuhan Melayu Bersatu Kebangsaan. Kita lihat kembali kesilapan kita. Kini, ahli UMNO sering memikirkan tentang imbuhan atau projek-projek yang akan mereka dapat sekiranya mereka berada di dalam UMNO, berbanding dulu yang ahli-ahli UMNO sering berfikir tentang apakah sumbangan mereka kepada UMNO, pertubuhan yang membela nasib anak bangsa. Sedih, tapi benar.
Dikala ini, saya masih memikirkan, siapakah diantara pemimpin UMNO di Kedah yang harus kita harapkan? Siapakah butir permata tersebut? Saudar pembaca ada cadangan?

Sunday, October 26, 2008

Wanita UMNO Pendang : YB Suraya

YB Suraya ADUN Sg. Tiang kini menerajui Wanita UMNO Pendang. Semalam, 25 Oktober 2008, sah beliau dinobatkan sebagai Ketua Wanita UMNO Pendang mengalahkan Dato' Fatimah atau lebih dikenali sebagai Mak Lang Timah. Tahniah diucapkan kepada YB Su dan jutaan terima kasih kepada Mak Lang Timah!

Kepada YB Su, kita tahu bahawa Wanita UMNO Pendang memainkan sebahagian besar peranannya dalam perjuangan UMNO di Pendang. YB Su mempunyai pelbagai pengalaman sebagai Ketua Puteri Kedah semestinya tahu apa yang harus dilakukan untuk Wanita UMNO Pendang. Wanita Pendang ramai! Lebih 600 cawangan keseluruhannya. Oleh itu, YB Su haruslah melipat gandakan usaha memajukan Wanita UMNO Pendang yang rata-ratanya surirumah dan berpendapatan rendah. Bantulah mereka dan juga wanita-wanita lain di Pendang, walaupun mereka bukan ahli UMNO sekali pun. Berilah mereka ilmu agama, sampaikanlah "maklumat-maklumat yang tidak sampai" kepada mereka. Kasihanilah mereka. Mereka tidak berkesempatan untuk mengambil tahu tentang perkara jati diri dan kebangsaan kerana mereka sebok dengan tugas harian. Maklumlah, mereka kurang berpelajaran seperti YB Su. Bantulah mereka YB. Namun, "method"nya biarlah kena pada tempatnya, nanti lain pula jadinya....

Kepada Mak Lang Timah, terima kasih atas segalanya. setelah lebih 3 dekad menerajui Wanita UMNO Pendang, kini Mak Lang turun dari kerusi tersebut. Segala jasa dan pengorbanan Mak Lang selama ini amat besar dan takkan dilupakan oleh semua wanita UMNO Pendang. Ketika Wanita UMNO Pendang dibawah kepimpinan Mak Lang, kaum-kaum hawa di Pendang terbela dan maju dibawah usaha Mak Lang. Jutaan terima kasih Mak Lang. Saya pasti semua orang mengiktiraf kehebatan Mak Lang di Pendang, termasuk YB Suraya sekalipun. Janganlah Mak Lang gusar dengan kehilangan jawatan. Apalah yang ada pada jawatan dan gelaran jika dibandingkan dengan perjuangan UMNO yang pastinya takkan selesai. Pengalaman dan "personal touch" dari Mak Lang masih lagi diperlukan dalam perjuangan UMNO kita. Marilah kita bersatu bersama membina UMNO di Pendang, sebagai satu pertubuhan yang diperlukan rakyat....

Bila Kak Su Bersuara... Heh!