Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Sunday, October 19, 2008

Akrom Ketua Pemuda Pendang.

17 hb. Oktober 2008, Akrom dinobatkan sebagai Ketua Pemuda Pendang setelah sekadar memangku jawatan tersebut selaku setiausaha Pergerakan Bahagian itu pada penggal lepas. Sekalung tahniah aku berikan kepada Akrom di atas penat jerihnya menyusun strategi dan berkempen meraih sokongan para perwakilan sepanjang pemilihan kali ini. Akrom menang tipis dengan 12 undi sahaja. Di dalam pertandingan pemilihan itu, Akrom mendapat 143 undi, Cikgu Ramli mendapat 131 undi dan Wan Adas mendapat 80 undi. Menang tipis sekali...

Setelah kemenangan itu, ada pula suara-suara sumbang di pihak yang kalah dan tidak berpuas hati. Katanya, duit Akrom ditabur di merata-rata tempat. Para perwakilan mendapat habuan. katanya, "depa dapat RM150 satu kepala..." bersamaan dengam RM21450.00! Jika benarlah begitu, banyak juga duit Akrom ni...sebab setahu aku, Akrom tidak mendapat sumber dana dari mana-mana pihak sama ada dari "berani berubah", "setia kawan" atau "orang kampung". Itu pun setahu aku laaa...tak tahu pulak apa yang berlaku tanpa pengetahuan aku. Namun, jika benarlah dakwaan ini, maka aku mendesak agar bukti dikeluarkan oleh pihak yang mendakwa dan bantahan kepada keputusan itu harus dibuat. Jika benar dakwaan itu, maka kita lawan habis-habisan. Aku memang tak suka politik "main duit" ni. Itu rasuah namanya...apakah maruah perwakilan pemuda UMNO berharga RM150 sahaja? Jangan buat malu UMNO! Perjuangan UMNO ni tak ternilai dengan wang ringgit! Tapi, kalau la dakwaan ini tidak benar, maka jawablah nanti di akhirat, depan Allah S.W.T. Itu fitnah namanya...So? Ada bukti ke?

Sudahlah. Pemilihan Pemuda UMNO Bahagian Pendang sudah tamat. Janganlah kita bergaduh lagi dikala UMNO memerlukan perpaduan sekarang. Malu dilihat oleh pihak pembangkang. Kita berikan imej yang baik kepada UMNO. Buang yang keruh, ambil yang jernih. Ikhlaskan diri berjuang menawan Kedah kembali kepada BN pada pilihanraya umum ke-12. Bersatu padulah kita. Aku tahu, bukan senang hendak hangpa semua bersatu. Tapi, aku yakin, kita semua perlu bersatu...lain la kalau hangpa ada kepentingan diri sendiri selain perjuangan yang murni. Toksah dok masam muka la...kita sesama Islam, sesama Bangsa Melayu, sesama warga bumiputera Malaysia yang "istimewa". Kalau kita bergaduh dan berpecah...maka Islam, Melayu dan Malaysia akan lemah...dan kaum-kaum lain juga akan rasa tempiasnya akibat ketidak stabilan kita. Malah pihak pembangkang akan terus mentertawakan dan mengutuk kita atas tindakan kita yang kebudak-budakan dan hilang arah perjuangan disebabkan kepentingan peribadi sendiri. Fikir-fikirkanlah saudara-saudara ku di Pendang...Wallahu'alam...

p/s : aku ahli pemuda biasa di Pendang....cawangan aku takdak Pemuda pun pasai tak cukup korum...kalau hangpa tak bersatu...maka maybe aku akan tukar ke cawangan lain yg lebih aman...bukan nak berpecah, tapi utk bersatu juga....tapi kat tempat lain la...yg tak berpolitik kebudak-budakan, matang dan bertahap perjuangan yg tinggi....wallahua'alam...

Keputusan Pencalonan Pemuda UMNO Bahagian

Saudara Shafiq menang dan ditabalkan sebagai Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kuala Kedah. Dengan majoriti yang tinggi melebihi 200 undian yang jarang-jarang dicapai, bolehlah dikatakan Shafiq mendapat mandat besar dari golongan akar umbi golongan Pemuda UMNO di Kuala Kedah. Namun begitu, pujian juga harus diberikan kepada saudara Fakhrudin yang menghidupkan suasana demokrasi di dalam Pemuda UMNO. Ini membuktikan bahawa demokrasi masih lagi wujud di dalam jiwa UMNO. Diharap selepas pemilihan ini, "yang tercerai, kembali bertaut, bercantum kembali menjadi satu". Kini UMNO memerlukan perpaduan dikalangan ahli-ahlinya, bukan pepecahan.

Harus diingat bahawa saudara Shafiq memenangi kerusi tersebut dari ketua pemuda yang lama iaitu saudara Haris. Dan diketahui umum bahawa Haris membawa wadah "setia kawan" dari kem Khairi Jamaluddin. Malah, ketika persidangan Pemuda Kuala Kedah itu, Haris meminta salah seorang perwakilan (bekerja untuk Haris) untuk mencalonkan Khairi sebagai Ketua Pemuda Malaysia. Di dalam paksa tanpa rela, perwakilan itu terpaksa juga memenuhi kehendak "boss"nya itu. "Cari makan..." katanya. Persoalannya, apakah Shafiq akan meneruskan legasi bekas ketuanya itu? Sedangkan semua tahu bahawa Shafiq menyokong kepada slogan "berani berubah". Ramai orang tahu bahawa Shafiq berhubung baik dengan Haris sebelum ini dan apakah suara akar umbi yang mencalonkan Dato' Mukhriz sebagai Ketua Pemuda Malaysia akan "sampai" di Perhimpunan Agung Pemuda UMNO pada Mac tahun depan? Apakah Shafiq dan perwakilan-perwakilan akan memberikan amanah undi akar umbi kepada Dato' Mukhriz? Persoalan itu boleh dijawab sebagai "YA" di khalayak ahli, namun keyakinan itu belum pasti kerana undi setiap perwakilan adalah "SULIT". Tidak mengapalah. Kita serahkanlah segalanya kepada Allah. Dia yang Maha Menentukan. Semoga Allah membuka hidayah dan rahmatnya kepada para perwakilan-perwakilan. Kita percaya dan mereka meyakinkan kita bahawa mereka akan membawa arus "berani berubah". Jadi, kita berserah sahajalah. Tidak elok jika kita bersyak wasangka buruk terhadap mereka. Islam melarang syak wasangka buruk sesama kita, kerana syak wasangka buruk itu datangnya dari syaitan laknatullah.

Apa-apa pun, bukan Pemuda Bahagian Kuala Kedah sahaja yang mencalonkan Dato' Mukhriz. Bahagian-bahgian lain seperti di Alor Star, Padang Terap, Sik, Jerai, Merbok, Jerlun, Pendang, Langkawi, Pokok Sena dan Baling sekurang-kurangnya akan memberikan 36 undi perwakilan dari Kedah untuk Mukhriz Mahathir (masih ada lagi Pemuda Bahagian yang belum bersidang sehingga kini, 19hb Oktober 2008). Sehingga kini, Dato' Mukhriz telah mendapat 56 pencalonan yang insyaAllah akan memberikan undi sebanyak 224 undi pada Perhimpunan Agung Pemuda Malaysia nanti. Apabila semua Pemuda Bahagian telah bersidang nanti, kita akan kira pencalonan yang Mukhriz terima dan akan didarabkan dengan 4 undi perwakilan. Apakah Dato' Mukhriz akan mendapat cukup undian ketika itu? Dan apakah sama dengan kiraan pencalonan yang diterima? Sama-samalah kita nantikan. Ketika itu kita akan tahu sama ada benar Pemuda UMNO ini benar-benar "Berani Berubah" sebagaimana akar umbi? Atau sekadar "setia kawan" yang rata-ratanya mementingkan poket masing-masing! Selamat bersidang!

Bila Kak Su Bersuara... Heh!