Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Wednesday, October 15, 2008

Najib dan Pengaruh Peralihan Kuasa.

Setelah kini, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi dengan rasa rendah dirinya telah menyatakan tidak akan mempertahankan jawatan Presiden UMNO pada pemilihan bulan Mac 2009 ini. Maka berduyun-duyunlah bahagian-bahagian UMNO di serata pelosok negeri mencalonkan Dato' Seri Najib Tun Razak sebagai calon Presiden UMNO yang baru. Dato' Seri Najib Tun Razak, anak lelaki mantan Perdana Menteri kini menjadi perhatian. Tak kira sama ada ahli UMNO, parti komponen BN, mahupun parti pembangkang.

Ramai ahli UMNO kini cuba me"rapat"kan diri dengan Dato' Seri Najib. Walaupun ada yang pernah mengatakan bahawa Dato' Seri Najib ini "pengecut", "penakut", "lembik" dan sebagainya, kini telah mula memuji beliau. Malah ada yang mengaku berada di dalam "kem" Najib. Malah ada dikalangan pemimpin bahagian yang tidak pernah berjumpa Najib sekali pun, kini mengaku mengenali beliau secara peribadi!

Begitu juga dengan barisan parti komponen. Namun respon mereka sedikit berbeza. Parti komponen kini mengharapkan Najib membina semula kekuatan UMNO sebagai parti tunjang Barisan Nasional. Kerana ada yang berpendapat bahawa tak kira berapa kuat sekali pun mereka, namun jika UMNO lemah, maka kekuatan mereka tidak membawa sebarang erti. Mungkin itulah kuasa dan pengaruh keramat UMNO yang dikatakan oleh Dato' Seri Najib. Namun, kita faham bahawa kita mestilah bersatu melengkapi sesama parti demi kestabilan politik negara. UMNO sebagai tunjang, manakala parti-parti lain sebagai pendokong negara yang berdaulat ini!

Namun, lain bunyinya pada parti pembangkang. Mereka resah gelisah kerana risaukan kekuatan kepimpinan Najib. Hari-hari mereka menyerang Najib dengan tohmahan dan fitnah tidak berasas untuk mengabui mata rakyat marhain. Mereka takut akan kembali hilang kuasa yang baru mereka dapat. Mereka amat risau dengan kualiti hebat yang ada pada Najib akan mematikan kuasa sementara yang ada pada mereka. Mereka sedar mereka tidak punya kekuatan. Mereka sedar mereka tidak akan berpeluang lagi. PRU13 akan menamatkan kegembiraan mereka!

Itulah kesan "penangan" Dato' Seri Najib Tun Razak!Najib sedar, banyak yang perlu beliau perbaiki dan bina kembali. Keyakinan rakyat, pemulihan semangat anggota ahli UMNO dan parti komponen amat perlu. Perubahan dan reformasi perlu di dalam UMNO agar tidak lagi tidur selesa. Ingatlah pembangkang! Telah dikejutkan "singa" ini dari tidurnya. Perubahan ini akan dimulakan dari diri Dato' Seri Najib sebagai ngauman pertama untuk pembangkang yang mendabik dada bercita menjadi PM segera!

Tuesday, October 14, 2008

Pemuda Kuala Kedah : Shafiq atau Fakhrudin?

Setelah kemenangan saudara Zubir dan pencalonan Dato' Mukhriz di Alor Star, Pergerakan Pemuda Kuala Kedah sedang hangat dengan bahang pemilihanpada 17hb. Oktober ini. Shafiq atau Fakhrudin yang bakal menjadi pilihan?

Saudara Shafiq merupakan Bendahari Pemuda Bahagian. Seorang usahawan muda yang agak terkenal di utara. Berlatar belakangkan pendidikan keagamaan SMK(Agama) Kedah, beliau adalah lulusan sarjana dari UK dan memiliki 2 sarjana muda di dalam bidang akaun dan statistik. Beliau begitu dikenali di segenap lapisan individu Pemuda Negeri khususnya di Pemuda Bahagian Kuala Kedah. Walaupun dia hanya menjadi bendahari bahagian, namun dia juga dilantik menjadi exco Pemuda Negeri. Seorang yang peramah dan mesra, beliau berazam untuk menuntut perubahan di dalam arus politik UMNO terutamanya Pergerakan Pemuda UMNO. Selain dari sikap rajin turun padang, beliau turut membawa sikap "islah" di dalam menangani perpaduan sesama pemuda yang kini goyah. Beliau setia pada ketuanya, tidak menderhaka, namun hatinya mahukan 'perubahan" dan beliau "berani berubah". Walaupun dia difitnah yang mengatakan bahawa dia dari kem "setia kawan", namun dia tetapbersabar. Katanya, "hanya jauhari yang mengenal manikam". Yang penting katanya ialah "perpaduan di dalam Pemuda UMNO, asas perjuangan dan menolak sokongan pada kem "setia kawan"!

Saudara Fakhrudin. Beliau dari Anak Bukit. Juga seorang usahawan (kontraktor), dia memegang jawatan Ketua Penerangan Pemuda Bahagian Kuala Kedah. Namun khabarnya, jawatan itu diberikan setelah dia gagal di dalam perebutan jawatan Naib Ketua Pemuda Bahagian pada pemilihan yang lalu, di atas permintaan beliau sendiri. Beliau juga seperti Shafiq yang membawa slogan "berani berubah". Beliau sering dilihat berkempen di merata-rata dengan membawa kad peribadi yang dibelakangnya tertera gambar beliau bersama Dato' Mukhriz. Mungkin sebagai bukti sokongan beliau pada Dato' Mukhriz. Beliau juga turut menghadiri pelbagai program DatoMukhriz, yang terbaru adalah Majlis Jamuan Aidilfitri anjuran Dato' Mukhriz di Alor Biak baru-baru ini. Namun, Shafiq juga hadir di majlis itu. Fakhrudin terang-terangan mendakwa bahawa Shafiq adalah dari kem "setia kawan" (KJ), dan dakwaan ini pernah disampaikan ke telinga Dato' Mukhriz. Namun, dakwaan ini dinafikan oleh penyokong kuat Dato' Mukhriz iaitu saudara Zubir (Ketua Pemuda Bahagian Alor Star). Zubir menyatakan bahawa beliau telah lama berkawan rapat dengan Shafiq dan mengenali hati budi rakan baiknya itu. Zubir turut menjamin bahawa Shafiq akan menang dalam pemilihan kali ini dan seterusnya Shafiq akan memastikan bahawa Pemuda Kuala Kedah akan mencalonkan Dato' Mukhriz sebagai Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia.

Kesimpulannya, tak kira siapa yang menang, Dato' Mukhriz tetap akan mendapat kredit. Namun, saya menyeru kepada semua perwakilan Pemuda Kuala Kedah agar memilih seorang Ketua Pemuda yang tepat! Bukan sekadar sokong, namun yang dosokong itu, "calon"nya mempunyai kepentingan yang untuk diri sendiri!


p/s: mungkin penulis akan hadir sebagai pemerhati pada mesyuarat pemilihan Pemuda Bahagian Kuala Kedah nanti, itu pun kalau berkesempatan!

Bila Kak Su Bersuara... Heh!