Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Thursday, October 9, 2008

Perang Pemuda Bahagian di Alor Star?

Ketika Aidilfitri masih dalam kehangatannya, dan di dalam kedukaan ditinggalkan Ramadhan yang mulia, saya telah bertemu dengan beberapa tokoh Pemuda UMNO dari merata bahagian, terutamanya dari utara ni...

Pergerakan Pemuda Alor Star masih hangat dengan bahang pemilihannya. Bahagian itu akan bersidang pada 10hb. Oktober 2008, insyaAllah. Dua calon menjadi taruhan setelah seorang lagi calon gagal mendapat pencalonan. Saudara Zubir Zabidi sebagai mempertahankan jawatan dan Cikgu Shahrani bertindak mencabar. Nampaknya kedua-dua calon mempunyai strategi masing-masing.

Siapa yang tidak kenal dengan saudara Zubir Zabidi. Seorang usahawan yang berjaya di atas usaha diri sendiri. Pemilik kilang "ZUZA". Beliau sudah sekian lama menjadi panglima kepercayaan Dato' Bashah di Alor Star. Kepimpinan Zubir terbukti di dalam Pergerakan Pemuda Bahagian Alor Star di mana pelbagai program-program diatur untuk belia-beliawanis seluruh negeri seperti seminar pekerjaan dan program-program riadhah, walaupun Pergerakan itu mempunyai sumber kewangan yang amat terhad. Malangnya, oleh kerana Zubir telah menjadi antara yang awal memberi kenyataan sokongan ke atas perjuangan Mukhriz, maka beliau telah dipecat dari menjawat jawatan Setiausaha Perhubungan Negeri Pergerakan Pemuda Negeri. Begitulah kuasa politik atasan. Namun, kuasa akar umbi lebih efektif (mungkin melebihi dari kuasa Naib Ketua Pemuda Malaysia!). Walau bagaimanapun, Zubir masih berhati-hati dalam pemilihan kali ini. Dikatakan bahawa ada beberapa AJK di dalam Pemuda Bahagian yang sememangnya menjadi "duri dalam daging". Ada dikalangan team Zubir yang hanya "lebih sudu dari kuah"! Malah ada yang menjadi "liabiliti" kepada Pemuda Alor Star! Inilah yang sepatutnya dipantau oleh Zubir dan rakan-rakan. "Kerana nila setitik, rosak susu sebelanga", kerana mereka ini, rosak Pemuda UMNO Alor Star dibuatnya! "Berani Berubah!".

Cikgu Shahrani atau lebih dikenali sebagai Cikgu Shah mencabar kerusi Zubir! Sebagai AJK Pemuda Bahagian Alor Star, Cikgu Shah dilihat sebagai sengaja mencuba nasib. Sama seperti Zubir, dia juga dipenggal akhir sebagai status "Pemuda". Di belakangnya dibayangi oleh Lan "Loyar" dan KJ! Dia dikhabarkan menjadi taruhan Lan "Loyar" yang dikatakan berniat mencabar Dato' Bashah di UMNO bahagian. Sebagai AJK yang memegang biro pendidikan di Bahagian, Cikgu Shah dikatakan "tidak membuat kerja", "lebih cakapnya dari kerjanya", malah sering "ponteng mesyuarat Pemuda Bahagian". Susah memberi kerjasama dan mungkin berkepentingan di dalam penglibatan politiknya. Lebih menumpukan perhatian di Alor Mengkudu, Cikgu Shah cukup pencalonan untuk bertanding Ketua Pemuda Bahagian. Al-maklum, Alor Mengkudu dikatakan menjadi kubu kuat Lan Loyar dan Cikgu Shah, walaupun Cikgu Shah tidak tinggal di Alor Mengkudu pun! Kalau begitu, apa jasanya untuk Pemuda Alor Star atau negeri? Rata-rata ketua cawangan faham benar dengan apa yang terjadi. Sebab itu dikatakan ada di antara ketua-ketua cawangan pro-Cikgu Shah menukar haluan secara diam dan berpihak pada Zubir. Namun begitu, saya berharap agar Cikgu Shah "berani berubah", walaupun kini masih ber"setia kawan". Buang"Lah" yang keruh, ambil yang jernih! Demi penyatuan dan kekukuhan Pemuda UMNO di Alor Star, kita wajib memberi sumbangan ikhlas tanpa kepetingan peribadi. Itulah asas perjuangan untuk masyarakat. Alif. Ba. Ta.

Apa-apa pun, janganlah jadikan pemilihan ini sebagai pepecahan. Matang dalam berpolitik. Disaat ini, UMNO perlukan penyatuan, bukan pepecahan. Selamat bertanding..!!!Wallahu'alam.

Salam Aidilfitri..(maaf terlewat!)

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Saya meminta ampun dan maaf kerana agak lama saya tidak meng"update" blog perjuangan ini, dek kerana kesibukan tugas harian dan rutin-rutin yang perlu dipenuhi.

Juga, saya menyusun sepuluh jari, memohon ampun dan maaf jika sekiranya ada terkasar bahasa, salah dan silap ketika menulis di bloq perjuangan selama ini. Maaf, zahir dan batin. Halalkan segalanya, makan dan minum, dan sebagainya (untuk teman-teman di luar sana yang sering bertemu, bersidang, berbincang dan beraktiviti bersama!).

Bila Kak Su Bersuara... Heh!