Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Monday, August 18, 2008

Wanita UMNO Pendang bakal dikuasai Suraya!


Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Wanita UMNO. Selalunya, Wanita UMNO dilihat sebagai sayap nombor dua di mata ahli-ahli UMNO. Wanita UMNO dilihat mewakili suara kaum hawa di semua peringkat termasuklah mempengaruhi sayap termuda di dalam parti iaitu Puteri UMNO yang kelihatan lebih "junior". Namun, sedar tak sedar, wanita UMNO memiliki ahli yang lebih ramai berbanding ahli-ahli dari mana-mana sayap di semua peringkat. Malah kadang kala, wanita kelihatan lebih kukuh berbanding yang lain, hatta di peringkat keseluruhan parti. Ini tidak terkecuali di Pendang!

Sewaktu persidangan mensyuarat di cawangan-cawangan Pendang, rata-rata yang hadir adalah dari golongan kaum hawa atau kategori Wanita UMNO. Mereka lebih ramai dan lebih komited di dalam agenda-agenda dan akitiviti-aktiviti parti di mana-mana peringkat. Ini mungkin kerana ramai ahli-ahli lelaki lebih banyak komited dengan kerjaya dan aktiviti-aktiviti sendiri. Malah di Pendang, boleh dikatakan bahawa mesyuarat cawangan kebanyakkannya dimonopoli oleh Wanita UMNO lebih 60% dari segi kehadiran. Itu fakta yang kita semua harus terima. Wanita UMNO tidak boleh dipandang remeh akan "kuasa" undi mereka!

Di Pendang, Mak Lang Timah sebagai penyandang jawatan, mempertahankan jawatannya sebagai Ketua Wanita UMNO dan YB Suraya bertindak sebagai pencabar. Satu lawan satu. Hasil maklumat yang boleh dipercayai, YB Suraya sedang selesa mendahului Mak Lang Timah. YB Suraya mendahului dengan 87 undi dan Mak Lang Timah masih jauh dibelakang dengan 41 undi. Itu maklumat terkini pada 18 Ogos 2008. Apakah akan ada pertukaran tampuk kepimpinan di Pendang? Rasanya, hampir pasti!

Kenapa jadi begini? Apakah ini tanda pepecahan Wanita UMNO Pendang? Rata-rata Wanita UMNO veteran masih mahukan Mak Lang Timah. Namun, rata-rata Wanita UMNO yang lain memilih YB Suraya. Namun, hasil kebijaksanan YB Suraya, dia berjaya mencuri undi dari beberapa cawangan yang dikatakan pro-Mak Lang Timah! Untuk soal pepecahan, saya rasa tidak begitu, kerana Wanita UMNO Pendang berpolitik dalam suasana harmoni dan aman. Tiada sentimen "serangan peribadi".

Antara faktor yang dipercayai berlaku peralihan kepimpinan Pendang ialah soal sokongan kepada Ketua Bahagian Pendang. Mak Lang Timah terang-terangan menyebelahi Rozai, manakala YB Suraya kelihatan "play safe". Rata-rata ahli UMNO Pendang lebih menyukai Tok Man Bedoi. Ada yang mengatakan bahawa "Mak Lang Timah pegang dah lama sangat dah...bagi la kat orang baru pulak"!

Wanita UMNO Pendang mungkin telah memilih Ketua mereka yang baru. Yang lebih "fresh". Bertenaga dan mempunyai idea-idea baru. Lebih moden dan "sophisticated". Jadi mereka juag harus bersedia dengan perubahan-perubahan baru yang bakal dibawa. YB Suraya pula jangan pula merubah politik ahli-ahli Wanita UMNO Pendang dengan drastik, kerana tidak semua mampu melonjak seiring dengan perubahan-perubahan itu. Semoga Wanita UMNO Pendang yang bakal berubah akan berjuang menawan Pendang kembali pada PRU13 nanti. Terutama DUN Tokai..!!! Amacam? Ada berani?

Bila Kak Su Bersuara... Heh!