Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Thursday, July 10, 2008

Hari Ini : 10 Julai 2008!

Selamat hari lahir Tun Dr. Mahathir Mohammad yang ke 83! Semoga dikurniakan Allah kesihatan yang lebih baik, kebahagiaan yang berpanjangan, ketenangan di dalam jiwa, umur yang lebih panjang, dan rahmat dan kasih sayang dari Allah S.W.T hingga ke akhirnya...

Dan pada hari ini juga Pak Lah bakal memberikan "hadiah" yang amat bermakna kepada Tun. Petang ini, Pak Lah akan mempengerusikan satu perjumpaan dan mesyuarat dikalangan pemimpin UMNO. Dijangka DS Najib akan di"paksa" untuk rela menjadi "regu" Pak Lah pada Perhimpunan Agong UMNO (PAU) disember ini. Mungkin pengumuman "jawatan Presiden dan Timbalan Presiden akan tidak dipertandingkan" akan diumum oleh Ku Nan.

Demikianlah liciknya permainan politik Pak Lah dan "regime"nya. Dan dijangka, DS Najib hanya akan mewarisi kerusi ketua pembangkang dari Wan Azizah pada PRU13 kelak! Ermm...dan UMNO akan "tergolek". Ketika itu parti komponen BN juga akan berpaling arah. Dan ketika itu jugalah, DS Najib akan menggaru kepalanya yang tidak gatal. Malah DS Rosmah mungkin akan "lari" dari DS Najib.

Ermmm...entahlah...itu hanyalah teori aku. "Expecting the worst, hopping for the best". Itulah yang aku fikir bila Pak Lah nak mengumumkan sesuatu. Maklumlah...Pak Lah ni suka menipu bila nak umum sesuatu. Dah banyak kali kena dahhhh.....



Tuesday, July 8, 2008

Ketua Pemuda UMNO Alor Star: 3 Penjuru..!!!

Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Saya menerima komen-komen yang agak pedas apabila saya menulis tentang seseorang calon. Bila menulis tentang seseorang, maka saya dikatakan "penyokong" atau sedang berkempen tentangnya. Sedangkan secara terang saya menyatakan bahawa saya tidak menyokong sesiapa. Saya hanya menulis tentang apa yang diperkatakan oleh seseorang calon yang mahu bertanding. Itu pun saya menulis selepas berkesempatan berbual sepatah dua kata dengan mereka. Ada di antara mereka yang tidak mengenali saya sebenarnya. Hanya bersua muka, minum semeja.
Baiklah...oleh kerana saya dituduh "pro" seseorang dan saya menafikan hal ini, maka lebih adil jika saya menulis tentang calon-calon yang bakal bertanding pada pemilihan Pemuda UMNO penggal ini di Bahagian Alor Star.
Calon 1.
Saudara Zubir. Siapa yang tidak kenal Zubir? Penyandang jawatan yang sememangnya berkaliber, hebat berkharisma, "educated", berpengaruh besar, peka dengan kehendak dan keperluan akar umbi, prihatin, dan sememangnya layak memegang jawatan Ketua Pemuda Bahagian Alor Star. Proven! Seorang usahawan berjaya, pastinya boleh memimpin Pemuda UMNO Alor Star ke arah yang lebih gagah dan hebat. Anak didik Dato' Bahshah ini sememangnya calon favorite untuk mempertahankan jawatan tertinggi peringkat bahagian ini. Beliau dilihat bakal mewarisi legasi Dato' Bashah di peringkat Bahagian Alor Star suatu hari nanti. Syabas diucapkan pada Bro Zubet! Selamat bertanding dan usah gentar dengan dugaan yang bakal mendatang...
Calon 2.
Saudara Rizal. Calon baru. Calon ini memang vokal dan radikal. Beliau dilihat sederhana, "motivated and energetic", agak aggresif dan di kenali di kalangan AJK-AJK Bahagian Alor Star. Calon yang keras mempertahankan prinsipnya dan memperjuangkan suara-suara radikal didalam Pemuda UMNO. Mungkin ini percubaan pertamanya mencalonkan diri untuk jawatan Ketua Pemuda Bahagian Alor Star. Beliau cukup berani untuk bertanding jawatan tertinggi walaupun beliau tahu bahawa saingannya hebat-hebat belaka! Apa pun, beliau telah berkeputusan untuk merebut jawatan dan terserah pada sokongan akar umbi yang akan menentukan...
Calon 3.
Cikgu Shah. Calon yang agak low profile. "Dengar kata"...beliau adalah orang Saudara Mazlan (Lan Lawyer). Entah benar, entah tidak. Secara peribadi, saya hanya bertemu sekali dengan beliau. Itupun secara kebetulan ketika menonton perlawanan bola sepak Kedah vs. Selangor di screen gergasi di Taman Wira tempohari. Agak mesra dengan akar umbi. Sederhana dan kurang menonjol (low profile la kot..). Namun, saya akui, beliau mempunyai kekuatan tersendiri untuk merebut jawatan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Alor Star. Selamat maju jaya diucapkan pada beliau...
Begitulah adat bertanding, ada yang menang, ada yang kalah. Namun harus diingat, undi akar umbi yang akan menentukan kepimpinan anda semua. Kalau menang tu...berbaktilah seikhlasnya pada UMNO. Dan jika kalah...teruskanlah membina kekuatan UMNO bersama-sama Ketua Pemuda terpilih. Ingatlah! UMNO kini amat goyah dan rapuh. Sama-samalah kita berjuang bersama-sama menneguhkan kembali UMNO seperti sebelum ini. Buanglah tabiat "kilaih mengilaih", "tikam menikam", "hang tak betoi, aku sorang je yang betoi" dan "Yes, boss..."! Sikap itu tidak diperlukan lagi didalam UMNO.
Jagalah hak ketuanan Melayu. Kita sebagai Pemuda UMNO yang gagah mestilah bersatu kembali sebagai kumpulan anak muda Melayu yang berani, vokal dan mendesak. Hak Melayu kini makin terhakis. Adalah menjadi tugas Pemuda UMNO untuk mengembalikan hak-hak Melayu di tanah air sendiri! Bagi kaum lain...ingatlah..."di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung!"...terimalah hakikat itu dan jangan sekali-kali dipersoalkan seumur hidup.
Kepada ketiga-tiga calon, bertandinglah secara sihat. Buang yang keruh dan ambil yang jernih. Berikanlah pengorbanan ikhlas anda pada UMNO. "Fikir apa yang boleh kita berikan pada UMNO, bukan apa yang UMNO akan berikan pada kita!". Ungkapan ini mestilah tersemai disetiap jiwa pemimpin UMNO selamanya. Selamat bertanding semua!



Bila Kak Su Bersuara... Heh!