Wednesday, July 30, 2008

Cerita terbaru dari Pendang...29 July 2008 (malam)

Semalam....aku mendengar perkhabaran dari Pendang dari seorang tokoh wanita veteran dan seorang Puteri UMNO yang baru meningkat naik dari Pendang. Dengaq kata...depa dua orang ni agak "glemer" kat Pendang...

Aku bertanyakan tentang Tok Man dan Rozai...seperti biasa..."aku kata kat hang, hang kata kat aku"...cuma nampaknya kali ni kedudukan kerusi Ketua Bahagian Pendang dilihat lebih memihak kepada Tok Man Bedoi. Rata-rata Tok Man masih popular dan menjadi kesayangan ahli-ahli UMNO Pendang. Namun, Tok Man tidak boleh mengambil mudah tentang pengaruh Rozai...Rozai pun ada strategi jugak! Jangan underestimate keupayaan Rozai ni...

Mak Lang Timah & Suraya. Nampaknya senario akaq umbi untuk kerusi Ketua Wanita Bahagian macam nak bagi kat Suraya. Tapi, pencalonan nampaknya agak "fight"...sat Suraya dok depan, sat Mak Lang Timah dok depan...Chaq aku masuk belah Mak lang, Mak Ngah aku masuk belah Suraya...Aku? Aku bagi credit pada Suraya atas kebolehan dan kreadibiliti...dan aku "salute" pada Mak Lang atas jasa-jasanya pada UMNO Pendang selama ni...my vote goes to Suraya...moving forward!

Untuk Ketua Pemuda. Nampaknya Akrom nak kena hati-hati...strategi dia nampaknya kurang berhasil. Nampaknya, ada pihak yang hanya nak mempergunakan Akrom hanya sebagai "tukang sponsor"! Dan Akrom sepatutnya lebih celik dalam hal ni. Jangan overconfidence sangat....kadang-kadang upset boleh berlaku...Wan Adas tentu ada strategi tersendiri...dia pun bukan calang-calang calon...baguih jugak budak ni (walaupun dia ada jumpa KJ kat Padang Terap hari tu...hehehheh...geng KJ ka?)

Untuk Ketua Puteri Pendang...Nampaknya agak sengit! Bana dan Amal yang akan bertanding. Satu lawan satu. Anak Mak Lang Timah tarik diri. Bana ni katanya anak didik Mak Lang...dan Amal ni katanya bermentorkan Suraya. Ermmm...kalau melihat kepada keterampilan, kebolehan, kematangan berfikir...aku rasa DekWa lebih menonjol berbanding depa dua orang ni. Tapi DekWa ni bagi aku "masih baru" dikaca mata akar umbi Puteri Pendang. Walaupun DekWa sebelum ni dikatakan menjadi calon pilihan Suraya, namun Suraya tukaq last minit dengan memilih Amal. Hakikatnya, Dekwa menjadi rebutan antara Bana dan Amal. Baguih sangat ka DekWa ni? Entahlah...biaq la akaq umbi Puteri Pendang yang pikiaq...

Apapun, bagi pendapat aku...UMNO Pendang agak complicated. "Hala tuju" masih kabur. Masing-masing memainkan sentimen individu berbanding menyedarkan ahli tentang hala tuju UMNO yang sebenar. Kempen individu yang masih menebal ini telah membawa kepada politik "sponsor mensponsor" dikalangan calon-calon. Secara diam-diam la...tak mau dituduh politik wang! Bukti tak dak nak tuduh pun...Namun hakikatnya, trend ini menjadi popular demi untuk men"secure"kan pengaruh dan pencalonan undi. Itu yang aku kurang bersetuju. Bagi aku, agenda matlamat membina kembali kekuatan UMNO dan menyatukan kembali akar umbi yang bergolak lebih penting dari kempen peribadi! Jangan jadi "opportunist"! Akar umbi harus dimaklumkan dengan krisis "hakisan" kuasa politik ketuanan Melayu yang semakin tergugat. Seharusnya, Presiden UMNO harus dipertangggungjawabkan dalam hal ini dan beliau patut meletak jawatan secara terhormat sebelum akar umbi semakin hilang keyakinan yang menyebabkan UMNO menjadi semakin parah dimata rakyat!

Kepada UMNO Pendang...Bangkitlah! Rakyat perlukan kebangkitan UMNO Pendang anda untuk merubah nasib Melayu yang semakin malap...saya percaya UMNO Pendang bijak, adil dan berani untuk menongkah arus merubah wajah UMNO mengikut kemahuan akar umbi. UMNO Pendang tidak lemah...jadilah salah satu Bahagian UMNO yang bermaruah! Selamat bertanding...!!!






Monday, July 28, 2008

UMNO VS. PAS : Perang Siffin?!

Assalamualaikum...dan salam sejahtera...

Masih ingatkah kita kepada sirah Islamiyyah di zaman akhir pemerintahan Khulafa' Ar-Rashidin Al-Arba'ah? Khalifah yang terakhir dari yang empat...Saiyyidina Ali Karramallahbu Wajhah. Ya...di zaman itulah berlakunya perang saudara Islam...Perang Siffin (37 hijriah)!

Apakah kena mengena perang Siffin dengan kita? Cuba analisis penyelesaian perang Siffin diantara wakil Sayyidina Ali Karramallahu Wajhah R.A dan wakil Sayyidina Muawwiyah bin Abi Sufyan R.A....ketika mana Amru Ibnu Al-As dan Abu Musa Al-Asya'ri merundingkan penyelesaian perbalahan...kedua-dua pihak telah bersetuju untuk kedua-dua tokoh Islam terbilang tersebut untuk meletak jawatan...Dimulakan dengan Sayyidina Ali R.A meletak jawatan...dan apabila Sayyidina Ali R.A meletak jawatan..maka secara automatik Islam ketiadaan Khalifah...maka kesempatan ini dimanfaatkan oleh Amru Ibnu Al-As untuk membai'ah Saiyyidina Muawwiyah sebagai Khalifah Islam...begitulah keadaan rundingan tersebut.....kuasa kemudiaannya ditangan Sayyidina Muawwiyah setelah Saiyyidina Ali R.A dibunuh...wallahua'alam....

Dan TG Nik Aziz minta UMNO dan PAS dibubarkan...dan diminta bergabung dibawah satu parti sahaja! Hehehehheh...katakanlah UMNO dibubarkan....kemudian dia buleh declare yang parti tu takdak pemimpin...maka dia still pemimpin gabungan 2 parti...maka dia take over...hehhehhe...bijak!...bijakkk..!!! Kita minum dulu...!!!

Rasanya akan terjadi tak macam perang Siffin tu? Rasanya UMNO tak setuju kotttt??? hehhehe....bersatu tak semestinya kena bubarkan...kalau ikhlas nak bersatu...bersatu je la...tak payah bersyarat....masuk je la BN...parti memerintah tu....tinggalkan PKR & DAP...depa tu menolak Islam tu....tak boleh pakai punyaaaaa....!!!

p/s: Heehehhehhehhe...tepuk dada tanya selera....sup "gearbox" sedap gak nihhh..!!!




Saturday, July 26, 2008

"Warisan"...hayatilah!


Anak kecil main api
Terbakar hatinya yang sepi
Airmata darah bercampur keringat
Bumi dipijak milik orang


Nenek moyang kaya raya
Tergadai seluruh harta benda
Akibat sengketa sesamalah kita
Cita lenyap di arus zaman


Indahnya bumi kita ini
Warisan berkurun lamanya
Hasil mengalir ke tangan yang lain
Pribumi merintih sendiri


Masa depan sungguh kelam
Kan lenyap peristiwa semalam
Tertutuplah hati terkunci mati
Maruah peribadi dah hilang


Kini kita cuma tinggal kuasa
Yang akan menentukan bangsa
Bersatulah hati bersama berbakti
Pulih kembali harga diri


Kita sudah tiada masa
Majulah dengan maha perkasa
Janganlah terlalai teruskan usaha
Melayu kan gagah di Nusantara


p/s : Sempena pemilihan UMNO peringkat cawangan dan bahagian kali ni...aku mintak...hayatilah lirik lagu "WARISAN" (original version) ni...semoga sedar kembali tentang hala tuju kita ynag semakin kelam akibat kepimpinan yang lemah Pak Lah...mari kita gunakan kuasa akar umbi...Undurkan Pak Lah dari persada takhta presiden UMNO!!!



Friday, July 18, 2008

Strategi "Rakit" tidak dibenarkan dalam pemilihan UMNO kali ni...

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Last weekend, aku balik ke Pendang. Bertanya khabar disana. Memeningkan kepala. Aku ada bertemu Akrom, pemangku Ketua Pemuda Pendang. Kami makan bihun sup kat kedai belakang Bank Pertanian kat Pekan Pendang. Face to face, Akrom sekali lagi menceritakan kesusahan dan pengorbanan beliau untuk mengekalkan jawatannya di Pendang. Aku akur. Memang memeritkan bila ada akar umbi yang jenis "meminta-minta" ni...

Cerita "rakit" Pak Lah...

Lepas tu aku pi rumah Pak Ngah aku kat Taman Sri Pendang. Pak Ngah Li Om kata...Pak Lah tak bagi buat sistem "rakit" untuk pemilihan kali ni. Tapi...Pak Lah sendiri dah buat "rakit"! "Pak Lah dah ikat dua buluh besaq...satu dia punya, satu lagi Najib punya (walaupun Najib bukannya rela sangat pun...)". "Lepaih tu, Pak Lah ikat pulak kuat-kuat buluh-buluh panglima-panglima dia kat buluh belah dia, dan Pak Lah ikat pulak buluh-buluh kecik panglima-panglima Najib kat buluh belah Najib...tapi ikat kat belah Najib tu longgaq-longgaq la sikit...". Aku dah paham dah! Maknanya...lepas Perhimpunan Agung UMNO kali ni...maka Pak Lah akan bukak slow-slow ikatan sebelah Najib...maka tinggai la Najib sorang kat situ...dan Pak Lah akan buang buluh besaq tu bila dia dah cukup kuat untuk terapung dengan buluh-buluh belah dia yang diberi jawatan kanan nanti...begitulah cerita "rakit" Pak lah!

Ada kemungkinan jugak "rakit" Pak Lah ni akan berlaku. Nampaknya, UMNO akan karam jugak dengan "rakit" Pak Lah ni...Aku berdoa agar DS Najib buka mata luas-luas! Bukak ikatan buluh dia dari ikatan Pak Lah...sebab buluh Najib sememangnya kuat kerana di dokong oleh ramai pemimpin UMNO lain dan sokongan akar umbi kepada buluh Najib! Bangunlah Najib!!!

sila rujuk:
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0717&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_04.htm

Naib Ketua Pemuda Alor Star : 3 Penjuru jugak???

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Baru-baru ni aku ada bersembang dengan beberapa Ketua Pemuda Bahagian di Kedah. "Pemilihan kali ni panasssss..." kata depa. "Macamana dengan Naib Ketua Pemuda Bahagian?" aku tanya. "Lagi panasss....!" itu katanya. Rupa-rupanya, jawatan naib ketua pemuda semakin mendapat tumpuan setelah Negeri Kedah jatuh ke tangan pembangkang. Rata-rata pemuda yang cepat panas mula menolak kepimpinan sedia ada. Kata mereka "jangan biarkan depa dok dalam comfort zone...kita lawan, tolak kepimpinan lembik dan yes boss!". Aku dapat tahu bahawa akan ada pertandingan 3 penjuru untuk jawatan Naib Pemuda Alor Star...katanya lah!

Calon pertama ialah saudara Syed Rizal. Siapa di kalangan pemuda UMNO yang tidak kenal dengan Syed Rizal di Bahagian Alor Star? Walaupun ini adalah first time dia cuba menjadi calon untuk Naib Ketua Pemuda Bahagian, dia dikenali ramai. Anak kepada tokoh berpengaruh di Kedah, Syed Unan, Syed Rizal dikatakan sebagai calon favorite untuk jawatan ini. Dia dilihat banyak terlibat dengan program-program anjuran Pemuda UMNO Bahagian memandangkan beliau adalah salah seorang orang kuat Pemuda Alor Star. Sebagai salah seorang panglima Bro Zubir (KP Alor Star), Syed Rizal dilihat mampu untuk menggugat calon lain. Syed Rizal bercita-cita tinggi di dalam politik dan dijangka mendapat sokongan AJK-AJK Bahagian (seperti Bro Led). Dia juga seorang peguam yang berjaya tentunya telah bersedia dengan strategi dan manifesto yang bijak...

Calon kedua ialah Cikgu Zul. Cikgu Zul adalah "orang lama" di dalam kem Dato' Bashah. Dia yang menetap di Alor Mengkudu, dikatakan bersifat low profile dan soft spoken. Ada yang mengatakan bahawa dia adalah orang Lan Lawyer, "musuh" politik Dato' Bashah dalam UMNO Bahagian. Namun, kesahihannya masih boleh dipertikai. Dia dipenggal akhir pada pemilihan ini dan tidak merugikan bagi karier politiknya untuk bertanding. Walaupun dia dikatakan kurang mendapat sambutan di kalangan Pemuda, sokongan kepadanya tidak dapat dinafikan. Otai-otai lama ada yang berpihak padanya. Ada satu berita lagi...dia dikatakan "geng Cikgu Shah" yang akan bertanding Ketua Pemuda Bahagian Alor Star. Entah betul...entah tidak...

Calon yang ketiga, Syariman. Syariman ni orang baru jugak, sama seperti Syed Rizal. Syariman ni pun peguam jugak, sama seprti Syed Rizal. Cuma Syariman ni bukan anak orang kenamaan sebagaimana Syed Rizal. Syariman ni orang biasa. Asalnya orang susah, dok kat kawasan rumah murah bantuan kerajaan. Dia adalah salah seorang akar umbi yang berjaya mengubah nasib diri dan keluarganya...dan kini menawarkan diri untuk melakukan perubahan di dalam Pemuda UMNO Alor Star. Ramai yang tidak kenal Syariman. Jika nak tahu Syariman yang mana? Alaaa...Syariman yang jadi MC masa Tun declare keluar UMNO tu...Syariman cukup vokal dan berpendirian tegas. Tidak menjanjikan "sampul surat coklat" kepada penyokongnya, kerana baginya itu di ibaratkan sebagai "menjual perjuangan UMNO". Itulah Syariman. Walaupun sekadar "under dog", dia dilihat mampu menggugat calon-calon lain dengan prinsip perjuangannya.

Hakikatnya...Bertandinglah sebagai "anak jantan" Melayu. Ingatlah dasar perjuangan UMNO yang sebenar. Jawatan adalah tanggungjawab besar dan amanah yang diberikan kepada akar umbi kepada mereka yang menang. Jagalah amanah itu dengan baik, kerana akar umbi inilah juga yang akan menjatuhkan mereka jika mereka alpa dan lupa daratan. Malah, amanah ini akan dipersoalkan apabila tiba masanya di padang Mahsyar, di depan Allah S.W.T. kelak. Jawatan ini bukan untuk suka-suka dan glamour...ingat tu semua. Selamat bertanding!

p/s: aku sokong sesiapa yang tolak Pak Lah dan KJ...!!!



Monday, July 14, 2008

Peralihan Kuasa Presiden UMNO?

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Hangat diperkatakan tentang isu "peralihan kuasa" dari Pak Lah kepada DS Najib. Rata-rata pimpinan UMNO bersuara tentang isu ini. Menyokong! Dan rata-rata akar umbi dan bekas pemimpin UMNO juga memperkatakan tentang isu ini. Tidak menyokong! Jadi, bagaimanakah penyelesaiannya? Mahu mengikut "perancangan" Pak Lah yang 2 tahun kah? Atau mahu mengikut kehendak akar umbi dan bekas pemimpin UMNO yang berpengalaman kah?

Saya menerima sms dari DS Hisyammuddin mengatakan bahawa "DS Najib perlu diberikan peranan sewajarnya". "Proses ini telah diaturkan dan beliau bincangkan dengan DS Najib". Katanya "DS Najib yang penting, bukan dia". Selain itu, "para pemimpin diperingkat negeri-negeri juga harus memainkan peranan untuk transition power kepada DS Najib ini". Itulah diantara isi pandangan sms yang diterima oleh saya dari beliau. Maksudnya, dia menyokong tempoh 2 tahun itu dan perlukan sokongan semua pihak.

Saya juga menerima sms dari Dato' Mukhriz yang baru menerima "orang baru" (baby girl). Beliau menegaskan bahawa "UMNO tidak perlu menderita selama 2 tahun lagi dibawah pimpinan Pak Lah". Menurutnya, "akar umbi mesti berani untuk merampas kembali hak memilih pemimpin". Maksudnya, "hak untuk memilih Presiden dan bila harus ditukar Presiden itu adalah ditangan akar umbi UMNO, bukan ditangan Pak Lah!". UMNO bukan milik Pak Lah, dan jawatan presiden bukan lantikan. Jawatan itu dipertandingkan mengikut demokrasi undian mengikut kehendak ahli akar umbi, bukan "warisan" atau dilantik ikut suka hati sesiapa (walaupun Pak Lah sekali pun!).

Saya juga mendapat penjelasan dari seorang MT (yang mendapat undian pencalonan MT tertinggi...faham2 je la siapa...) yang mengatakan bahawa hanya 2 orang MT sahaja yang membantah tempoh "peralihan kuasa" ini. Seorang MT yang bertaraf menteri kabinet dari Sabah dan seorang lagi ialah MT yang pernah memegang jawatan MB di Selangor. Namun apalah daya 2 orang MT untuk melawan MT lain yang ternyata lebih ramai dan akur pada keputusan DS Najib. DS Najib dipersoal secara berdepan di dalam meeting tersebut "apakah beliau bersetuju dengan tempoh 2 tahun? sedangkan mereka berdua ingin transition power itu dijadualkan lebih awal?". Malangnya, DS Najib yakin dengan perancangan itu dan bersetuju dengan tempoh 2 tahun! Bila yang empunya diri sudah bersetuju...maka apalah daya? Sebab itulah terbitnya posting "terlebih sudu dari kuah!".

Selain itu, saya juga menerima banyak feedback dari kawan-kawan akar umbi yang menolak rancangan "peralihan kuasa" dengan tempoh 2 tahun ini. "Terlalu lama..!!!" kata mereka. "Sempatlah Pak Lah dan anak menantu "mengaut" semua dan menutup "lubang", dan melingkupkan UMNO pada PRU13!" Rata-rata tidak setuju! Tun Mahathir dan Tan Sri Sanusi juga tidak setuju (refer to thier blog). Apakah kehendak dan pendapat akar umbi dan pemimpin2 berpengalaman ini harus ditolak begitu sahaja? Apakah UMNO ini milik Pak Lah secara mutlak sehingga beliau dibenarkan menentukan bila dia perlu serahkan jawatan pada DS Najib?

Bagi saya...semua ini karut! UMNO milik semua ahlinya. UMNO bukan milik Pak Lah seorang! Pak Lah adalah seorang mementingkan ego beliau sebagai pemimpin dan gagal memegang amanah ahli2 UMNO umumnya. Beliau sedar tentang kemahuan rakyat...namun demi ego Perdana Menteri...beliau sanggup menolak suara akar umbi? Mahukah ahli UMNO pemimpin seperti ini? Buat DS Khir...make your stand firm and beware (Beruk Hitam akan menyerang!). Demi Islam, UMNO, Melayu dan Malaysia...ahli2 UMNO harus berbuat sesuatu!




Thursday, July 10, 2008

Hari Ini : 10 Julai 2008!

Selamat hari lahir Tun Dr. Mahathir Mohammad yang ke 83! Semoga dikurniakan Allah kesihatan yang lebih baik, kebahagiaan yang berpanjangan, ketenangan di dalam jiwa, umur yang lebih panjang, dan rahmat dan kasih sayang dari Allah S.W.T hingga ke akhirnya...

Dan pada hari ini juga Pak Lah bakal memberikan "hadiah" yang amat bermakna kepada Tun. Petang ini, Pak Lah akan mempengerusikan satu perjumpaan dan mesyuarat dikalangan pemimpin UMNO. Dijangka DS Najib akan di"paksa" untuk rela menjadi "regu" Pak Lah pada Perhimpunan Agong UMNO (PAU) disember ini. Mungkin pengumuman "jawatan Presiden dan Timbalan Presiden akan tidak dipertandingkan" akan diumum oleh Ku Nan.

Demikianlah liciknya permainan politik Pak Lah dan "regime"nya. Dan dijangka, DS Najib hanya akan mewarisi kerusi ketua pembangkang dari Wan Azizah pada PRU13 kelak! Ermm...dan UMNO akan "tergolek". Ketika itu parti komponen BN juga akan berpaling arah. Dan ketika itu jugalah, DS Najib akan menggaru kepalanya yang tidak gatal. Malah DS Rosmah mungkin akan "lari" dari DS Najib.

Ermmm...entahlah...itu hanyalah teori aku. "Expecting the worst, hopping for the best". Itulah yang aku fikir bila Pak Lah nak mengumumkan sesuatu. Maklumlah...Pak Lah ni suka menipu bila nak umum sesuatu. Dah banyak kali kena dahhhh.....



Tuesday, July 8, 2008

Ketua Pemuda UMNO Alor Star: 3 Penjuru..!!!

Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Saya menerima komen-komen yang agak pedas apabila saya menulis tentang seseorang calon. Bila menulis tentang seseorang, maka saya dikatakan "penyokong" atau sedang berkempen tentangnya. Sedangkan secara terang saya menyatakan bahawa saya tidak menyokong sesiapa. Saya hanya menulis tentang apa yang diperkatakan oleh seseorang calon yang mahu bertanding. Itu pun saya menulis selepas berkesempatan berbual sepatah dua kata dengan mereka. Ada di antara mereka yang tidak mengenali saya sebenarnya. Hanya bersua muka, minum semeja.
Baiklah...oleh kerana saya dituduh "pro" seseorang dan saya menafikan hal ini, maka lebih adil jika saya menulis tentang calon-calon yang bakal bertanding pada pemilihan Pemuda UMNO penggal ini di Bahagian Alor Star.
Calon 1.
Saudara Zubir. Siapa yang tidak kenal Zubir? Penyandang jawatan yang sememangnya berkaliber, hebat berkharisma, "educated", berpengaruh besar, peka dengan kehendak dan keperluan akar umbi, prihatin, dan sememangnya layak memegang jawatan Ketua Pemuda Bahagian Alor Star. Proven! Seorang usahawan berjaya, pastinya boleh memimpin Pemuda UMNO Alor Star ke arah yang lebih gagah dan hebat. Anak didik Dato' Bahshah ini sememangnya calon favorite untuk mempertahankan jawatan tertinggi peringkat bahagian ini. Beliau dilihat bakal mewarisi legasi Dato' Bashah di peringkat Bahagian Alor Star suatu hari nanti. Syabas diucapkan pada Bro Zubet! Selamat bertanding dan usah gentar dengan dugaan yang bakal mendatang...
Calon 2.
Saudara Rizal. Calon baru. Calon ini memang vokal dan radikal. Beliau dilihat sederhana, "motivated and energetic", agak aggresif dan di kenali di kalangan AJK-AJK Bahagian Alor Star. Calon yang keras mempertahankan prinsipnya dan memperjuangkan suara-suara radikal didalam Pemuda UMNO. Mungkin ini percubaan pertamanya mencalonkan diri untuk jawatan Ketua Pemuda Bahagian Alor Star. Beliau cukup berani untuk bertanding jawatan tertinggi walaupun beliau tahu bahawa saingannya hebat-hebat belaka! Apa pun, beliau telah berkeputusan untuk merebut jawatan dan terserah pada sokongan akar umbi yang akan menentukan...
Calon 3.
Cikgu Shah. Calon yang agak low profile. "Dengar kata"...beliau adalah orang Saudara Mazlan (Lan Lawyer). Entah benar, entah tidak. Secara peribadi, saya hanya bertemu sekali dengan beliau. Itupun secara kebetulan ketika menonton perlawanan bola sepak Kedah vs. Selangor di screen gergasi di Taman Wira tempohari. Agak mesra dengan akar umbi. Sederhana dan kurang menonjol (low profile la kot..). Namun, saya akui, beliau mempunyai kekuatan tersendiri untuk merebut jawatan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Alor Star. Selamat maju jaya diucapkan pada beliau...
Begitulah adat bertanding, ada yang menang, ada yang kalah. Namun harus diingat, undi akar umbi yang akan menentukan kepimpinan anda semua. Kalau menang tu...berbaktilah seikhlasnya pada UMNO. Dan jika kalah...teruskanlah membina kekuatan UMNO bersama-sama Ketua Pemuda terpilih. Ingatlah! UMNO kini amat goyah dan rapuh. Sama-samalah kita berjuang bersama-sama menneguhkan kembali UMNO seperti sebelum ini. Buanglah tabiat "kilaih mengilaih", "tikam menikam", "hang tak betoi, aku sorang je yang betoi" dan "Yes, boss..."! Sikap itu tidak diperlukan lagi didalam UMNO.
Jagalah hak ketuanan Melayu. Kita sebagai Pemuda UMNO yang gagah mestilah bersatu kembali sebagai kumpulan anak muda Melayu yang berani, vokal dan mendesak. Hak Melayu kini makin terhakis. Adalah menjadi tugas Pemuda UMNO untuk mengembalikan hak-hak Melayu di tanah air sendiri! Bagi kaum lain...ingatlah..."di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung!"...terimalah hakikat itu dan jangan sekali-kali dipersoalkan seumur hidup.
Kepada ketiga-tiga calon, bertandinglah secara sihat. Buang yang keruh dan ambil yang jernih. Berikanlah pengorbanan ikhlas anda pada UMNO. "Fikir apa yang boleh kita berikan pada UMNO, bukan apa yang UMNO akan berikan pada kita!". Ungkapan ini mestilah tersemai disetiap jiwa pemimpin UMNO selamanya. Selamat bertanding semua!



Saturday, July 5, 2008

Cerita tentang seorang sahabat...

Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Baru-baru ini saya dihubungi oleh seorang kawan lama melalui sms. Tiba-tiba saya terfikir untuk menulis tentang dirinya di sini...diblog saya ini.
Dia ialah kawan baik saya ketika di Kuala Lumpur dulu. Kami sama-sama mengharungi pahit manis hidup sewaktu saya di Lembah Klang. Saya masih ingat kedai makan di Rawang, tempat kami "pekena" teh tarik...sambil bersembang, bertengkar, berjenaka dan merancang perjalanan hidup. Kadang kala jika ada masalah, dialah tempat saya mengadu. Begitu juga sebaliknya. Masih lagi saya ingat ketika motorsikalnya "pancit" di kawasan hutan Rawang pada pukul 2.30 pagi. Hehehhee....gabra jugak time tu!
Dia seorang yang sememang hebat pada pandangan mata saya. Dia seorang journalist yang boleh dikategorikan sebagai "expert". Seorang bekas wartawan sebuah syarikat akhbar perdana. Saya masih ingat ketika dia diterima bekerja di akhbar Utusan Malaysia. Senyumnya meleret. Bersemangat. Beli kemeja baru, seluar baru, tie, tape rekoder...err...tak ingat sama ada dia ada beli seluar dalam baru. Dia bercerita, ketika interview...katanya...dia terpilih kerana "soalan"nya pada interviewer. Ungkapan "modus operandi" adalah keyword untuknya bergelar wartawan. Ya...wartawan...itulah cita-citanya pada ketika itu. Dengan motornya itulah dia berulang alik dari Rawang ke Sg. Besi (nak naik kereta takde lesen!). Badannya lebih besar dari motornya (eliminator hang tu buat tukun ke?).
Seorang yang "besar" tubuh dan "hati"nya. Panas baran pun boleh tahan jugak member aku ni. Ada sekali tu dia mengamuk sakan kat aku pasai bagi jahanam dia punya PC (tak salah aku nama PC dia "si bestari"..macam nama kereta NAZA jugak!). Nasib baik tak ditinjunya aku! Hehehhehe...jangan naik darah weh! Nanti darah tinggi pulak! Ada sekali tu dia tengking anak buah dia...macam nak dimakan-makan je anak buah dia...kesian budak tu aku tengok, terkulat-kulat dibuatnya. Tapi setelah berkeluarga ni, lepas dah ada anak, aku tengok dia dah berubah dah (tak tau betoi ke tidak...ke depan aku je berubah?). Dia ni seorang familyman. Cukup sayang pada anak dia (kat wife dia tak payah sebut laaa..).
Seorang yang baik hati, bijak dan rasional dalam memberikan pandangan. Aku respect dia dalam bab ni. Dia memang baik hati. Caring pasal kawan-kawan dia. Bijak menyesuaikan diri. PR dia memang gred A. Dia cukup rasional dan matang dalam memberi pandangan dan idea. Itu salah satu kelebihan dia. Dia realistik tentang kehidupan dan berhati-hati membuat keputusan. Dan dia takkan melepaskan sesuatu peluang yang terhidang didepan mata. Dia seorang yang berjiwa seni. Suka dengar lagu-lagu lama (evergreen), sampai lagu yang aku tak pernah dengar pun dia hafal! Aaaa...lagi satu...dia ni lah teman karaoke aku. Yow Chuan Plaza pot kami. Hehhehe...berjam-jam lamanya sampai takde suara! Sampai kira duit dia nak pi Petronas Adventure Challenge kat Afrika tu pun kira ngan aku kat dalam bilik karaoke! Muahahhaha...
Sensitif? Ada sekali tu aku terpandang dia menangis. Masa tu Arwah Abah dia meninggal. Dia memang sayang gila kat Arwah Abah dia. (Sorry bro..masa tu aku takdak ngan hang...tapi lepas tu aku ada pi ziarah hang dan mak hang kan?). Itulah sekali aku terpandang dia keluarkan airmata dia yang "mahal" tu. Airmata lelaki memang mahal wooo...Anyway, Al-Fatihah untuk Arwah Abah dia.
Dia juga seorang blogger yang lebih senior dari saya. Baru-baru ni dia ada sms saya pasal blog saya ni. Dia kata macam saya dapat upah dari seseorang! Huyyooo....kalau la betul saya dapat upah...memang dah kaya dah saya sekarang! Tapi itulah saya. 1 - 2 posting saya disini memang nampak seperti berkempen untuk seseorang. Tetapi, untuk pengetahuan semua, saya hanya menulis tentang mereka-mereka yang saya temui kebelakangan ini. Mereka menceritakan pada saya tentang mereka. Saya menulis tentang mereka, dan tidak semestinya saya menyokong mereka. Heheheh...don't judge the book by it's cover. Don't judge my stand by my blog. I'm complicated than that! Anyway, thanks for advising and commenting my blog. I really appreciate that my friend...
That's all for now...Thanks for reading about my beloved friend!
p/s: Kadang-kadang aku admit, aku rindu sangat pada kawan-kawan aku kat KL...bila la aku nak dapat turun ke sana...asyik sebok je...!