Saturday, June 21, 2008

Pak Lah punca huru hara politik Malaysia!

Angin bertiup kencang!!! Pepohon politik di Malaysia kuat bergoncang!!!

Setelah SAPP nekad menyatakan ketidak puasan hati mereka terhadap kepimpinan Pak Lah, kini timbul lagi parti-parti komponen yang mungkin mempunyai hala tuju yang sama. Terbaru dari Dato' Rohanie Ahmad di blog "kuda kepang"nya menyatakan bahawa beliau mendapat maklumat penting dari Sabah menyatakan bahawa PBS akan keluar dari pakatan BN. Juga terdapat komen dari blognya juga menyatakan bahawa desas desus menyatakan bahawa GERAKAN juga akan keluar dari BN. Sudah jadi 3 parti komponen kecil yang menyatakan pendirian menongkah arus. Apakah ini hanya sekadar "angin-angin biasa" atau lebih kepada "angin-angin luarbiasa" yang belum pernah terjadi dalam sejarah politik Malaysia.

Tiada usul pula mendengar bahawa parti-parti ini akan menyertai pakatan pembangkang. Ini menunjukkan bahawa mereka masih sayang pada ikatan perpaduan BN. Hanya keluar parti dan SAPP mengambil risiko dibuang dari BN. Nampaknya, khabar angin ini menyatakan bahawa parti-parti ini menolak kepimpinan Pak Lah secara individu. Kerana Pak Lah, parti-parti ini mengambil risiko menongkah arus, agar mereka juga tidak senasib dengan Pak Lah yang kini majoritinya ditolak rakyat! Hanya Pak Lah seorang je yang tak sedar...dok tidoq lagi...!!!

Kepada Pak Lah....sila nyatakan tarikh "Peralaihan Kuasa"...saya cabar anda!!!




Politik Malaysia bergolak kerana Pak Lah!!!

Angin bertiup kencang!!! Pepohon politik di Malaysia kuat bergoncang!!! Berita-berita khabar angin (rumours) hebat bertiup diseluruh negara...


Setelah SAPP nekad membuat sidang akhbar, kini terdengar pula khabar mengatakan bahawa PBS pula akan menyusul keluar dari pakatan BN. Dato' Ruhanie Ahmad, melalui laman blognya "kuda kepag" telah menyatakan bahawa ada desas desus maklumat penting bahawa PBs akan keluar dari pakatan BN. Juga menyusul komen dilaman blognya yang menyatakan bahawa GERAKAN juga akan keluar dari BN. Apakah ini hanya "angin-angin biasa" atau "angin-angin luar biasa" yang bakal menjatuhkan pakatan BN yang dipimpin oleh Pak Lah?


Nampaknya SAPP, PBS dan GERAKAN mempunyai pendirian dan agenda tersendiri jika dinilai melalui desas desus ini. SAPP menyatakan "tidak percaya" pada Pak Lah. Mungkin PBS dan GERAKAN juga begitu. Dan yang paling jelas, parti-parti ini tidak menyebut untuk menyertai pakatan pembangkang pun, walaupun mangambil risiko untuk dibuang dari BN. Maksudnya, bahawa mereka ini masih setia dan sayang pada BN.


Pada hemat saya, parti-parti ini sememangnya "kecewa" sebagaimana didakwa oleh Pak Lah. "Kecewa" bukan disebabkan tidak diberi jawatan atau kepentingan diri sebagaimana didakwa Pak Lah. Tetapi "kecewa" kerana kepimpinan Pak Lah yang lemah lemau, bodoh sombong dan mundur! Mereka malu pada ahli akar umbi jika menyokong Pak Lah yang menyusahkan rakyat. Mereka tidak mampu lagi untuk menjawab segala isu panas yang dibuat oleh Pak Lah dan konco-konconya. Dan sememangnya mereka sudah tidak mampu untuk cover Pak Lah lagi!


Kepada Pak Lah...Sedarlah diri tu...orang semua nak Pak Lah turun dari kerusi PM secepat mungkin!!!...Bagi la tarikh "peralihan kuasa" tu....







Thursday, June 19, 2008

SAPP : Kecil-kecil si cili padi!

Kehangatannya terasa! Kepedasannya membuat ramai yang berpeluh-peluh! Begitulah SAPP, walaupun kerdil, namun tindakannya mencipta satu sejarah di dalam senario politik Malaysia. Kenyataan Datuk Yong Teck Lee, presiden Parti Maju Sabah keras "menolak kepimpinan Pak Lah dengan membuat kenyataan akhbar mengisytiharkan "hilang kepercayaan" pada PM! Sekaligus menafikan laporan akhbar-akhbar bahawa SEMUA parti komponen menyokong Pak Lah 100%! Ini benar-benar amat memalukan Pak Lah. Tak tahulah jika Pak Lah masih ada perasaan "malu" dalam dirinya. Pantas, ramai yang memberi komen atas tafsiran sendiri. Ada yang bersetuju dan ada yang tidak. Namun, saya hanya tersenyum dan otak mula ligat berfikir...

1. Mari kita tunggu apa akan terjadi pada SAPP. Adakah dibuang dari BN? Atau sekadar bunyi saja yang lebih tanpa sebarang tindakan dari BN.

2. Mari kita tunggu apakah SAPP benar-benar akan membuat usul "hilang kepercayaan" di sidang dewan rakyat? Atau sekadar berani di luar gelanggang sahaja...

3. Apakah hanya Dato' Mukhriz seorang sahaja dari kalangan MP yang berani bersuara menyokong kenyataan SAPP? Atau akan hadir lagi suara-suara dari MP sama ada dari BN atau PR yang akan menyokong...

4. Apakah SAPP benar-benar masih setia pada BN? Atau SAPP hanya "hilang percaya" pada Pak Lah dan masih setia pada BN sebagai lambang perpaduan...

5. Apakah tindakan SAPP itu ada udang di sebalik "mee maggi perisa tomyam" berikutan pertemuan presidennya dengan DS Anwar sebelum ini? Atau tindakan SAPP ini benar-benar ikhlas menolak kepimpinan Pak Lah demi menyelamatkan BN pada PRU13 kelak...!

Sama-samalah kita tunggu dan tafsirkan...






Friday, June 6, 2008

Pak Lah buat hal lagi....

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Bila aku dengaq tentang "hal" ni...aku garu kepala sekali lagi (setelah dok garu kepala berkali kali sebelum ni atas keputusan Pak Lah). HARGA MINYAK NAIK LAGI...!!! LEBIH 40% PULAK TUUU..!!! Malam tu...on the way dari Pendang ke Guaq Chempedak...aku berniat nak isi minyak. Kat Pendang je, bebaris beratus-ratus kereta dan motor nak isi minyak (sampai polis kena jaga) kat petronas dan shell Pekan Pendang. Aku tak jadi isi minyak kat situ. Aku teruskan ke Guaq Chempedak. Wife aku suggest untuk isi minyak kat "stesen minyak mini" kat Pokok Tai. Ada 2 buah stesen minyak kampung kat situ. Di stesen minyak pertama, aku dapat isi RM30 maksimum, dan stesen kedua aku dapat isi RM10 je...limited kata tokey petrol stesen tu. No choice. Aku isi juga setelah berbaris dan menunggu lebih kurang 1 jam kat situ. PAK LAH DAH MULA MENYUSAHKAN AKU UNTUK 3 JAM PERTAMA SELEPAS PENGUMUMAN!

Pak Lah oh Pak Lah!...Kenapakah engkau ditakdirkan menjadi PM? Bukankah lebih elok andai dikau ditakdirkan menjadi peon atau despatch dimana-mana opis? Dan para menteri dan pakar ekonomi yang dok membodek Pak Lah, kenapakah kamu semua gagal memberi alternatif lain kepada rakyat Malaysia? Ada banyak lagi cara yang lebih baik pada firasat aku...Aku bukanlah pakar ekonomi atau menteri, jauh sekali seorang PM, namun aku pasti ada cara lain yang lebih menjaga "poket" rakyat!!! Caranya? Fikirkanlah...aku malas nak fikir sebab ini bukan kerja aku. Ini kerja PM dan Menteri-Menteri serta para cerdik pandai yang PM akan dengar cakap depa. Itulah harga undi yang rakyat bagi masa PRU12!!! Hangpa pikiaq la sendiri!

Bagi aku, Kerajaan sememangnya banyak duit dan mampu untuk terus memberi subsidi dan mengekalkan harga minyak di Malaysia. Cuma depa tak mau buat cam tu jaaa...Petronas dijangka dapat bagi kat kerajaan lebih dari RM70 billion setahun (mengikut kenyataan Penasihat Petronas di blognya). Itu baru untung dari Petronas, belum lagi dari GLC lain, cukai sana sini etc. Aku pasti, beratus billion yang kerajaan dapat...tak kan depa tak mampu nak settle pasal subsidi minyak ni....

Namun, hati kecil ke berbicara... "dia" nak cover duit belanja family dan anak menantu dia atau nak cover projek koridor-koridor dia la kottt....sampai tergadai "poket" rakyat!!! Miskin rakyat dibuatnya!!! Tak makan rakyat dibuatnya!!! Naik basikal la rakyat diperbodohkan Pak lah!!!

Aku dah tak percaya sangat dah media-media yang dok sebar propanganda Pak Lah. TV1,TV2,TV3, Utusan, Berita Harian etc....semua dok kata rakyat terima baik, rakyat faham, dan rakyat setuju! Abih tu nak buat camana lagi? Terpaksa la terima, sebab rakyat takdak choice sekarang ni. Lain la kalau Pak Lah turun dari kerusi Presiden UMNO, Presiden BN dan kerusi PM...maka barulah rakyat ada choice!!!...tak gitu?