Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Thursday, May 22, 2008

Bekas ahli UMNO no.000,0001...

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Sudah agak lama aku tidak menulis di blog ini. I'd been admitted to specialist centre due to my health is not really stable. Anyway, thanks to Allah, maybe ini ujian atau kaffarah dariNya, aku menerima dengan redha. Hanya Dia yang Maha Mengetahui sapa yang baik dan buruk bagi aku.

Kebetulan specialist centre tempat aku di'kandang'kan itu amat berhampiran dengan Hotel Starcity dimana berlangsungnya tarikh keramat 19hb Mei 2008, Tun Dr. Mahathir, seorang ahli politik yang hebat, negarawan ulung, bapa kemodenan dan di antara idola yang amat aku hormati telah mengumumkan KELUAR PARTI. Aku amat sedih, bangga, marah, geram. Perasaan aku bercampur baur. Aku amat sedih kerana Tun (000,0001) telah nekad untuk keluar dari parti kesayangannya. Aku amat bangga kerana Tun amat berani dan tidak mementingkan nama baiknya untuk bekorban demi melihat UMNO di REFORMASI kan. Aku amat marah dengan sikap pucuk pimpinan UMNO yang seolah-olah tidak mengerti bahawa rakyat telah meninggalkan mesej jelas pada PRU12. Dan aku amat geram kerana pucuk pimpinan seolah-olah tidak faham mengapa Tun berbuat demikian. Yang nyata pada hari itu dan hari-hari seterusnya, Tun dihentam oleh pucuk pimpinan yang menyalah erti tindakan Tun.

Bagi aku, seorang ahli UMNO. Aku faham benar mengapa Tun berbuat sedemikian. Sebodoh-bodoh aku sebagai ahli biasa UMNO akar umbi, aku mengerti apa tujuan Tun keluar parti. Tapi sepandai-pandai PM, Pak Menteri-Menteri Kabinet dan pucuk pimpinan UMNO yang lain seolah-olah BODOH dalam menafsirkan tindakan Tun yang itu. Apakah mereka benar-benar BODOH? Aku pun tak tahu...yang aku pasti...MEREKA SALAH TAFSIR..!!!

Bagi aku, aku masih bersama UMNO buat masa ini. Aku masih kekal berjuang didalam UMNO. Perjuangan aku kini lebih terarah kepada MELAKUKAN PERUBAHAN DI DALAM UMNO, selain berjuang melawan tohmahan dan perjudis parti. Sekarang, tugas aku bertambah pulak. Aku perlu memilih pemimpin yang sealiran dengan fahaman PEMBERSIHAN dan PERUBAHAN di dalam UMNO. Dan aku nekad dalam arus perubahan.

AKU MESTI TERUS BERJUANG DAN TERUS BERJUANG.... AKU MESTI..!!!

Bila Kak Su Bersuara... Heh!