KedahNews.com

GEGARRR..!!! PERSOALAN "MAT SABU SYIAH?"

Sunday, October 26, 2008

Wanita UMNO Pendang : YB Suraya

YB Suraya ADUN Sg. Tiang kini menerajui Wanita UMNO Pendang. Semalam, 25 Oktober 2008, sah beliau dinobatkan sebagai Ketua Wanita UMNO Pendang mengalahkan Dato' Fatimah atau lebih dikenali sebagai Mak Lang Timah. Tahniah diucapkan kepada YB Su dan jutaan terima kasih kepada Mak Lang Timah!

Kepada YB Su, kita tahu bahawa Wanita UMNO Pendang memainkan sebahagian besar peranannya dalam perjuangan UMNO di Pendang. YB Su mempunyai pelbagai pengalaman sebagai Ketua Puteri Kedah semestinya tahu apa yang harus dilakukan untuk Wanita UMNO Pendang. Wanita Pendang ramai! Lebih 600 cawangan keseluruhannya. Oleh itu, YB Su haruslah melipat gandakan usaha memajukan Wanita UMNO Pendang yang rata-ratanya surirumah dan berpendapatan rendah. Bantulah mereka dan juga wanita-wanita lain di Pendang, walaupun mereka bukan ahli UMNO sekali pun. Berilah mereka ilmu agama, sampaikanlah "maklumat-maklumat yang tidak sampai" kepada mereka. Kasihanilah mereka. Mereka tidak berkesempatan untuk mengambil tahu tentang perkara jati diri dan kebangsaan kerana mereka sebok dengan tugas harian. Maklumlah, mereka kurang berpelajaran seperti YB Su. Bantulah mereka YB. Namun, "method"nya biarlah kena pada tempatnya, nanti lain pula jadinya....

Kepada Mak Lang Timah, terima kasih atas segalanya. setelah lebih 3 dekad menerajui Wanita UMNO Pendang, kini Mak Lang turun dari kerusi tersebut. Segala jasa dan pengorbanan Mak Lang selama ini amat besar dan takkan dilupakan oleh semua wanita UMNO Pendang. Ketika Wanita UMNO Pendang dibawah kepimpinan Mak Lang, kaum-kaum hawa di Pendang terbela dan maju dibawah usaha Mak Lang. Jutaan terima kasih Mak Lang. Saya pasti semua orang mengiktiraf kehebatan Mak Lang di Pendang, termasuk YB Suraya sekalipun. Janganlah Mak Lang gusar dengan kehilangan jawatan. Apalah yang ada pada jawatan dan gelaran jika dibandingkan dengan perjuangan UMNO yang pastinya takkan selesai. Pengalaman dan "personal touch" dari Mak Lang masih lagi diperlukan dalam perjuangan UMNO kita. Marilah kita bersatu bersama membina UMNO di Pendang, sebagai satu pertubuhan yang diperlukan rakyat....

6 comments:

Anonymous said...

heloooooooo....brader
suraya tue bagus ke org nya...
klu nak banding ngan maklang timah sape lagi bagus ..dari segi PERIBADI la

DukeOfUMNO said...

hehehhe...baguih...awat? hang ragu2 ka dgn kebagusannya? hehehhe...Mak Lang Timah pun baguih jugakkkk....sapa kata Mak Lang tak baguih...??? Mak Lang selalu mai rumah aku...dia macam adik beradik dah...aku kawin pun dia pi apaaaa...hehhehe...

anyway...kalau YB Su tak baguih...kat mana tak baguihnya? ada bukti ka? hehhehe...kalau tak baguih, kita tegoq la sama2 noooo...jgn asyik dok kondem orang jaaa....hehheheh

Sarfarizmal Saad said...

Salam Blogger,

TAHNIAH kepada YB Soraya yang kini semakin kencang laju naik dalam arena politik.

Semoga kepimpinan Umno Kedah dari segi Pemuda, Wanita dan Puteri akan terus diremajakan untuk survival 50 tahun lagi bagi Umno...

Untuk pengetahuan, saya merupakan cucu kepada bekas tokoh Umno Langkawi...


Ikhlas,


Sarfarizmal Saad
Bangi, Selangor
http://Sarfarizmalsaad.blogspot.com

keyman said...

wanita umno pastinya hebat dalam segalanya. hebat di dunia dan hebat di akhirat...UMNO pasti cemerlang

anak umno pendang said...

Taniah Yb sue dpt kalahkn mak lang timah.. Berapa byk duit dia abih tak tau la hanya tuhan sj yg tau...
Wanita pendang memang bodoh, dah tak org lain ka nk bg jd pemimpin wanita kat pendang, buat apa la p pilih org luaq.
Gua tau mcm mana sejarah soraya masuk mai pendang..
Kat pendang tak sapa yg mau jd ketua puteri masa tu, maka dtg lah soraya jumpa mak lang timah merayu2 nak jd ketua puteri, time tu pak menakan dia jd mb kdh, mak lang pulak baik dgn mb, utk nk jg kedudukn terpaksa la bg krn mb. Masa tu tok man ketua bhg, dia pun mau soraya jd ketua puteri.. Tu la cerita dia msuk pendang... Wanita pdg tgk dia baguih kat pdg, depa tak tgk mcm mana dia kat kL, hanya Tuhan shj yg tau...
Mcm mana la kwn2 baik mak lang boleh berubah haluan ikut soraya, yg gua tau yg ikut soraya semuanya mata duitan maka tingai la mak lang timah bersama2 kwn2 dia yg bkn mata duitan yg berjuang demi agama, bangsa dan negara..
Dgr kata sebelum pemilihan ada org kaya nk sponser mak lang timah, tapi dia tolak kerana dato' ni org kuat agama so mak lang tolak sponser tersebut.. Jasa dato' mak lang tak dpt kami lupakan, nama mak lang patut disematkan dlm sejarah umno negeri kdh, kira otai dlm wanita kdh...
Buat yb su hati2 lps ni pencabar u akan balik ke pendang.

Anonymous said...

UMNO should carefully choose their leaders, as long as money become the deciding factor, the party will only decline. The former Wanita Chief that i know might be from the old school, but will never resort to money politics. Her popularity among the grassroots and siamese voters were well known, but not from the 'perwakilan'. It seemed that Pendang Division chose their own demise after all.