KedahNews.com

GEGARRR..!!! PERSOALAN "MAT SABU SYIAH?"

Sunday, October 19, 2008

Keputusan Pencalonan Pemuda UMNO Bahagian

Saudara Shafiq menang dan ditabalkan sebagai Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kuala Kedah. Dengan majoriti yang tinggi melebihi 200 undian yang jarang-jarang dicapai, bolehlah dikatakan Shafiq mendapat mandat besar dari golongan akar umbi golongan Pemuda UMNO di Kuala Kedah. Namun begitu, pujian juga harus diberikan kepada saudara Fakhrudin yang menghidupkan suasana demokrasi di dalam Pemuda UMNO. Ini membuktikan bahawa demokrasi masih lagi wujud di dalam jiwa UMNO. Diharap selepas pemilihan ini, "yang tercerai, kembali bertaut, bercantum kembali menjadi satu". Kini UMNO memerlukan perpaduan dikalangan ahli-ahlinya, bukan pepecahan.

Harus diingat bahawa saudara Shafiq memenangi kerusi tersebut dari ketua pemuda yang lama iaitu saudara Haris. Dan diketahui umum bahawa Haris membawa wadah "setia kawan" dari kem Khairi Jamaluddin. Malah, ketika persidangan Pemuda Kuala Kedah itu, Haris meminta salah seorang perwakilan (bekerja untuk Haris) untuk mencalonkan Khairi sebagai Ketua Pemuda Malaysia. Di dalam paksa tanpa rela, perwakilan itu terpaksa juga memenuhi kehendak "boss"nya itu. "Cari makan..." katanya. Persoalannya, apakah Shafiq akan meneruskan legasi bekas ketuanya itu? Sedangkan semua tahu bahawa Shafiq menyokong kepada slogan "berani berubah". Ramai orang tahu bahawa Shafiq berhubung baik dengan Haris sebelum ini dan apakah suara akar umbi yang mencalonkan Dato' Mukhriz sebagai Ketua Pemuda Malaysia akan "sampai" di Perhimpunan Agung Pemuda UMNO pada Mac tahun depan? Apakah Shafiq dan perwakilan-perwakilan akan memberikan amanah undi akar umbi kepada Dato' Mukhriz? Persoalan itu boleh dijawab sebagai "YA" di khalayak ahli, namun keyakinan itu belum pasti kerana undi setiap perwakilan adalah "SULIT". Tidak mengapalah. Kita serahkanlah segalanya kepada Allah. Dia yang Maha Menentukan. Semoga Allah membuka hidayah dan rahmatnya kepada para perwakilan-perwakilan. Kita percaya dan mereka meyakinkan kita bahawa mereka akan membawa arus "berani berubah". Jadi, kita berserah sahajalah. Tidak elok jika kita bersyak wasangka buruk terhadap mereka. Islam melarang syak wasangka buruk sesama kita, kerana syak wasangka buruk itu datangnya dari syaitan laknatullah.

Apa-apa pun, bukan Pemuda Bahagian Kuala Kedah sahaja yang mencalonkan Dato' Mukhriz. Bahagian-bahgian lain seperti di Alor Star, Padang Terap, Sik, Jerai, Merbok, Jerlun, Pendang, Langkawi, Pokok Sena dan Baling sekurang-kurangnya akan memberikan 36 undi perwakilan dari Kedah untuk Mukhriz Mahathir (masih ada lagi Pemuda Bahagian yang belum bersidang sehingga kini, 19hb Oktober 2008). Sehingga kini, Dato' Mukhriz telah mendapat 56 pencalonan yang insyaAllah akan memberikan undi sebanyak 224 undi pada Perhimpunan Agung Pemuda Malaysia nanti. Apabila semua Pemuda Bahagian telah bersidang nanti, kita akan kira pencalonan yang Mukhriz terima dan akan didarabkan dengan 4 undi perwakilan. Apakah Dato' Mukhriz akan mendapat cukup undian ketika itu? Dan apakah sama dengan kiraan pencalonan yang diterima? Sama-samalah kita nantikan. Ketika itu kita akan tahu sama ada benar Pemuda UMNO ini benar-benar "Berani Berubah" sebagaimana akar umbi? Atau sekadar "setia kawan" yang rata-ratanya mementingkan poket masing-masing! Selamat bersidang!

2 comments:

Taufiq said...

Tahniah diucapkan kepada beliau. Apa pandangan Saudara penulis tentang penyatyuan semua kumpulan-kumpulan penyokong setiap calon untuk kembali bersatu.

Secondly how important is it that the 'Ketua Cawangan' and his Youth counterpart are as one, or is it a case of each doing his/her own thing??

Thirdly, is there any Youth leader that is of the female persuation or are they all of the male species?

Would be good to get your input on this.

DukeOfUMNO said...

salam Taufiq...

Tentang penyatuan semua kumpulan2 calon tu memang susah sikit kita nak sedarkan depa...banyak sentimen peribadi...tapi tak mustahil utk bersatu...semua tahu bahawa kalau bersatu, kita akan teguh dan kukuh...tapi tu la manusia...kengkadang depa ni ada sentimen kepentingan masing2...contohnya geng Tok Man dan Rozai...bila Rozai dipilih sebagai calon, tak dak pun geng Tok Man pi masa hari pencalonan, pondok panas pun kosong jer...kalau la sikap tu dapat dibuang, alangkah kukuhnya UMNO di Pendang...

Ketua Cawangan sangat penting sebagai penyampai maklumat kepada akar umbi, sekaligus menjadi jambatan perhubungan kepada pembangunan ahli2 pemuda kawasan tersebut...sama ada dari segi ekonomi, maklumat, pendidikan dan sebagainya...malangnya, kini ramai dari ketua2 cawangan pemuda ni yang hanya tahu bola, jersi, bola, jersi dan bola...lepas tu duit, sponsor, duit, sponsor...kebanyakkannya mempunyai kepentingan diri...maklum la...ada cable dato' sana sini...walhal dato'2 tu tak kenal pun depa ni...syok sendiri je lebih...bila gotong royong or aktiviti kebajikan depa hilang!..kalau mai pun sekadar tunjuk muka, lepas tu hilang entah ke mana...depa ni patut dihantar kursus jati diri or Biro Tata Negara...kena bina balik depa ni...tau nak seronok main jer....

pasal male ngan female tu terlampau subjective la...it depends on situation...so saya tak mau la komen or respon lebih2...hehhehe....saya ni tak la pandai mana pun...namun, sama2 la kita pikiaq noooo...hehheheh...