KedahNews.com

GEGARRR..!!! PERSOALAN "MAT SABU SYIAH?"

Sunday, October 19, 2008

Akrom Ketua Pemuda Pendang.

17 hb. Oktober 2008, Akrom dinobatkan sebagai Ketua Pemuda Pendang setelah sekadar memangku jawatan tersebut selaku setiausaha Pergerakan Bahagian itu pada penggal lepas. Sekalung tahniah aku berikan kepada Akrom di atas penat jerihnya menyusun strategi dan berkempen meraih sokongan para perwakilan sepanjang pemilihan kali ini. Akrom menang tipis dengan 12 undi sahaja. Di dalam pertandingan pemilihan itu, Akrom mendapat 143 undi, Cikgu Ramli mendapat 131 undi dan Wan Adas mendapat 80 undi. Menang tipis sekali...

Setelah kemenangan itu, ada pula suara-suara sumbang di pihak yang kalah dan tidak berpuas hati. Katanya, duit Akrom ditabur di merata-rata tempat. Para perwakilan mendapat habuan. katanya, "depa dapat RM150 satu kepala..." bersamaan dengam RM21450.00! Jika benarlah begitu, banyak juga duit Akrom ni...sebab setahu aku, Akrom tidak mendapat sumber dana dari mana-mana pihak sama ada dari "berani berubah", "setia kawan" atau "orang kampung". Itu pun setahu aku laaa...tak tahu pulak apa yang berlaku tanpa pengetahuan aku. Namun, jika benarlah dakwaan ini, maka aku mendesak agar bukti dikeluarkan oleh pihak yang mendakwa dan bantahan kepada keputusan itu harus dibuat. Jika benar dakwaan itu, maka kita lawan habis-habisan. Aku memang tak suka politik "main duit" ni. Itu rasuah namanya...apakah maruah perwakilan pemuda UMNO berharga RM150 sahaja? Jangan buat malu UMNO! Perjuangan UMNO ni tak ternilai dengan wang ringgit! Tapi, kalau la dakwaan ini tidak benar, maka jawablah nanti di akhirat, depan Allah S.W.T. Itu fitnah namanya...So? Ada bukti ke?

Sudahlah. Pemilihan Pemuda UMNO Bahagian Pendang sudah tamat. Janganlah kita bergaduh lagi dikala UMNO memerlukan perpaduan sekarang. Malu dilihat oleh pihak pembangkang. Kita berikan imej yang baik kepada UMNO. Buang yang keruh, ambil yang jernih. Ikhlaskan diri berjuang menawan Kedah kembali kepada BN pada pilihanraya umum ke-12. Bersatu padulah kita. Aku tahu, bukan senang hendak hangpa semua bersatu. Tapi, aku yakin, kita semua perlu bersatu...lain la kalau hangpa ada kepentingan diri sendiri selain perjuangan yang murni. Toksah dok masam muka la...kita sesama Islam, sesama Bangsa Melayu, sesama warga bumiputera Malaysia yang "istimewa". Kalau kita bergaduh dan berpecah...maka Islam, Melayu dan Malaysia akan lemah...dan kaum-kaum lain juga akan rasa tempiasnya akibat ketidak stabilan kita. Malah pihak pembangkang akan terus mentertawakan dan mengutuk kita atas tindakan kita yang kebudak-budakan dan hilang arah perjuangan disebabkan kepentingan peribadi sendiri. Fikir-fikirkanlah saudara-saudara ku di Pendang...Wallahu'alam...

p/s : aku ahli pemuda biasa di Pendang....cawangan aku takdak Pemuda pun pasai tak cukup korum...kalau hangpa tak bersatu...maka maybe aku akan tukar ke cawangan lain yg lebih aman...bukan nak berpecah, tapi utk bersatu juga....tapi kat tempat lain la...yg tak berpolitik kebudak-budakan, matang dan bertahap perjuangan yg tinggi....wallahua'alam...

5 comments:

Anonymous said...

dah kalah mcm2 plak bunyinye....
awat hang pa ni jenis yg x kalah ka? terima kenyataan perwakilan x pilih hang pa.

so kita harus kerjasama x kira spa pun yang memimpin kita yang penting parti UMNO kembali kuat dan dpt tawan balik PENDANG..

kpd team cikgu RAMLI & WAN ADDAS jgn plak nk tentang kepimpinan AKROM.pakat2 kerjasama. hangpa pun ahli UMNO jgk bkn org lain pun..

HANG PA PIKIAQ LA TENGOK

DukeOfUMNO said...

Heheheh....betoi tu...aku setuju ngan hang...dan abih pemilihan ni...maka bercantum la semula...UMNO memerlukan perpaduan sekarang ni...bukan pepecahan...together we're strong and stronger and strongest!

Sang Tuba said...

Salam hormat...

Di dalam setiap pertandingan pastnya akan ada yg menang dan kalah terutamanya dlm um-NO. Kalau seri tu, maybe dlm sukan ajer.

Seeloknya selepas setiap pertandingan kita akan kembali bersatu seperti mana di dalam sukan. Time lawan, lawan betul-betul, lepas game semua bersalaman & sambung dengan perlawanan persahabatan. Forgive & forget.

Kalau dah ada bukti rasuah berlaku, laporlah pada pihak yang berkuasa. Jangan dok jadi Ezam The Second sampai sekarang tak boleh nak keluarkan kotak-kotak ajaib dia.

Kalau dok main tuduh menuduh tanpa bukti, sampai bila um-NO Pendang ni nak kembali bersatu sedangkan umum mengetahui bahawa bayangan maut semakin hampir di hadapan parti yg kononnya memperjuangkan meLAYU.

Jangan sampai suatu masa nanti anak cucu akan menyumpah hingga kencing di kubur org tua kerana menghadapi kesukaran menjalani kehidupan di masa depan.

Saya sekadar mampu memberi pandangan agar terbuka minda demi generasi masa depan. Yang lain tu, fikir-fikirlah sendiri.

Bukan apa, nak bagi elokkk...

-SANG TUBA-

p/s: nasib baik pak menakan saya di Kg Suka Mari org PAS...

akusayangumno said...

Jom join UMNO Jerai.....
Hari tu aku dah buiat proposal...
he he he....

keyman said...

UMNO adalah parti wang, duit, fulus, ngkos, pitih dan yang sewaktu dengannya. UMNO tak akan cemerlang, gemilang dan terbilang tanpanya...UMNO hanya ada nilai hanya atas dunia saja... Di akhirat kelak, UMNO langsung tiada nilai dan silap2 boleh jadi azab pulak...

Pesan saya: Biarlah semua yang kita buat di dunia ini menjadi ibadah...