Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Saturday, December 20, 2008

Sembang Politik Wang


Perihal politik wang masih lagi hangat diperkatakan. Istilah politik wang, wang politik, rasuah politik, vitamin, gula-gula, dan sebagainya merupakan satu istilah yang sedang bermain dibibir mereka-mereka yang telah memenangi pemilihan UMNO sama ada diperingkat cawangan mahupun bahagian baru-baru ini. Dari peringkat UMNO bahagian, ke peringkat wanita UMNO bahagian, ke peringkat Pergerakan Pemuda UMNO bahagian mahupun sayap bongsu, Puteri UMNO bahagian, tidak terkecuali masih "soksek-soksek" tentang perkara ini. Ada yang mencebik, ada yang tersenyum, ada yang marah menyinga dan ada yang ketawa berdekah-dekah. Yang pasti, imej UMNO telah tercemar dengan isu panas ini. Saya memantau cakap-cakap mengenai politik rasuah ini dari segenap masyarakat, terutamanya ahli-ahli UMNO, mahupun pihak pembangkang. Mereka mempunyai hujah, pendapat dan pendirian tersendiri mengenai perkara ini.


Ada yang mengatakan bahawa politik wang ini adalah perkara perlu bagi setiap pemilihan jawatan parti. Mereka berpendapat bahawa politik wang adalah sebagai saguhati, duit minyak, tanda terima kasih dan "balas budi" untuk tangan mereka yang mengangkat sokongan bagi calon-calon tertentu. Ada pula yang berpendapat bahawa, calon-calon mestilah meng"hulur"kan "sesuatu", jika tidak...calon tersebut akan dianggap kedekut, pelokek, tangkai jering atau taik hidung masin! Ada juga yang berpendapat bahawa calon-calon mestilah kaya raya, jika mereka miskin...jangan harap nak dapat jawatan walaupun sekadar pengerusi tetap bahagian!


Ada yang mengatakan bahawa politik wang ini adalah satu pengkhianatan, satu dosa, salah sama sekali dari sudut agama Islam, salah di sisi undang-undang negara, satu perbuatan yang tidak berakhlak dan tidak bermoral, satu perbuatan yang tidak amanah. Malah ada yang mengecam perbuatan ini sekeras-kerasnya. Mereka yang boleh dibeli dengan wang, yang menggadaikan maruah diri, menjual perjuangan UMNO dan mempertaruhkan hala tuju politik UMNO adalah jijik dipandangan masyarakat adalah sama sekali tidak layak untuk menerajui kepimpinan UMNO hatta diperingkat UMNO Cawangan sekalipun, apatah lagi diperingkat UMNO Pusat. Golongan ini begitu vokal mendesak dan menolak rasuah politik. Mereka mementingkan agenda perjuangan Islam, anak bangsa Melayu dan Tanah Melayu. Mereka tidak rela UMNO digadaikan sebegitu murah. Mereka sayang UMNO!


Hakikatnya, siapakah yang benar dan siapakah yang salah? Mari kita rujuk dahulu kepada Islam yang menjadi asas rujukan pegangan kita. Islam melarang keras amalan rasuah mahupun perkara yang syubhah kepada rasuah. Rasulullah S.A.W pernah bersabda, "Ar-rasyi wal murtasyi fin nar..." yang membawa maksud bahawa "mereka yang memberi rasuah dan menerima rasuah akan masuk ke dalam neraka...". Ini bermakna, Islam menolak sama sekali amalan rasuah dikalangan hambanya. Dari segi undang-undang negara kita, rasuah adalah menjadi satu kesalahan, jika tidak...tak kan wujudnya BPR...kan? Malah amalam rasuah juga tidak diterima masyarakat mana pun di dalam dunia ini. Pernahkah anda mendengar sesiapa yang menyokong rasuah secara terang-terangan? Tentu sekali tidak. Hatta perasuah sendiri pun sering melaung-laungkan bahawa "kita mestilah menolak rasuah..!!!" (nak termuntah saya mendengarnya!).


Saya amat kesal kerana perkara ini sedang menular kepada segelintir (bukan semua) pemimpin UMNO yang baru nak menapak di dalam politik. Saya terdengar "sembang-sembang kedohok" yang mengatakan bahawa Puteri UMNO bahagian pun sudah pandai "menabur"! Malah ada seorang naib ketua puteri bahagian di utara ini yang terang-terang mengaku kepada ketuanya bahawa tujuannya menjadi naib ketua puteri adalah untuk mengumpul kekayaan dan wang ringgit supaya dia boleh menjadi ketua puteri bahagian pada penggal yang akan datang. Mengucap panjang ketua puteri tersebut dengan pengakuan berani dari naibnya itu. Padahal si Ketua Puteri itu siang malam bekerja melobi berkempen tanpa mengamalkan politik wang pun. Lagi pun , si ketua puteri itu bukan dari golongan berada pun....dia pun cukup-cukup makan je! Tapi nasib baik lah si ketua puteri itu tidak cepat melatah. Dia hanya tersenyum dan mengucapkan "good luck" kepada naibnya. Begitu lah salah satu cerita dari sayap bongsu UMNO, puteri yang baru belajar bertatih...


Kesimpulannya, saya ingin menegaskan...jauhilah politik rasuah. Ianya salah dari sudut Islam, undang-undang dan tidak bermoral. Janganlah UMNO di cemari oleh budaya tidak sihat ini. Jika anda pernah berbuat demikian, maka ingatlah...Allah akan memperhitung setiap sen yang kamu dapat pada hari kiamat di padang mahsyar kelak. Janganlah pemimpin-pemimpin UMNO kita dimalukan lagi dengan isu ini. Hanya kerana segelintir sahaja yang pemimpin yang korup, maka semua pemimpin yang tidak bersalah diheret sama. Sesungguhnya, UMNO masih lagi kaya dengan pemimpin-pemimpin yang ikhlas dan tidak mengamalkan politik wang atau rasuah. Janganlah kerana nila setitik, rosak susu sebelanga!


p/s: InsyaAllah, yang mana yang salah akan kita perbaiki bersama-sama...asalkan ikhlas! Marilah kita bersama-sama menolak rasuah politik dan bersihkan nama UMNO. Semoga UMNO kembali gagah untuk Islam, anak bangsa Melayu dan Tanah Melayu...apabila UMNO kukuh, maka segenap lapiasan rakyat kaum dan agama akan sama-sama menikmati kemakmuran Malaysia! InsyaAllah....

Saturday, December 13, 2008

TOYOTA CAMRY 2.4 pilihan PAKATAN RAKYAT! Hebat bergaya!



Pergghhhh..!!! Best la depa dapat kereta baru...TOYOTA CAMRY 2.4 pulak tuuuu! Setakat Perdana V6 tu apa barang....MB-MB, Exco-Exco Pakatan Rakyat mana buleh naik Perdana V6? Takdak standard! Lekehhhh..!!! "Maintainance tinggi" itu alasan yang depa bagi...alaaaa...alasan slapstik dan plastik!...hehhehe....padahal dok kembang hidung bawak Toyota Camry besaq gedabak tu...lebih ranggi dan elegant...!


Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor dan Perak dah tukaq kereta baru...lebih hebat dan lebih bergaya....maintainacne pun katanya "murah bangatttt.."!!! Best la depa...dapat keta besaq, hebat, elegant, low maintainance, low petrol (bukan free ke? tak pun buleh claim...). Buleh la depa bawak pi meronda sana sini tengok projek "mega ternakan" depa...hehhehhe...


p/s: Err...Kerajaan Negeri Kedah bila pulak nak tukaq kereta? "Alaaa...kawan-kawan kita buleh bela, takkan kita tak buleh kotttt? Kawan-kawan kita buleh tukaq kereta, takkan kita tak buleh tukaq kot? Maklum la...kita kan kerajaan kebajikan...yang penting kita best!!!"


Wallahua'alam...

Thursday, December 11, 2008

Tragedi Orang Kaya Yang Antarabangsa!


Aku terbaca dan tengok dalam berita/youtube pasai pelbagai kritikan, marah, geram dan komplain pada kerajaan, pihak berkuasa tempatan, NGO-NGO dan sebagainya. Kepala aku terus jadi panasss....cheissss....dasar orang kaya tak kenang budi!

Dari itu...Aku sarankan supaya…

1. Pihak berkuasa tempatan, mana2 NGO atau sukarelawan kat situ agar meninggalkan tempat kejadian….

2. Biaq pi penduduk yg kaya raya & tak reti bersyukur tu pi kedai Ah Keong Hardware beli cangkul, parang dan backhoe (jika perlu) utk settlekan tanah runtuh tu…gali sendiri, jaga keselamatan diri dan barang sendiri…

3. Segala kerugian/kehilangan tak payah la kerajaan nak amik tau sangat…depa tu berguni duit dalam bank…barang kemaih pun banyak…suruh depa pi gadai utk survive sendiri…takkan depa punya business pun kena tanah runtuh kottt? pi la duduk kot opis depa tu sattt….depa kan kaya raya & boss sana boss sini…

4. Belajaq susah…dulu makan sedap2…la ni hangpa pi la kutip pucuk paku tepi rumah hangpa yg runtuh tu….pucuk paku pun sedap jugakkkk….tak caya? sila tanya Pak Usop Kapak kat Pedu nuuuu….

p/s: depa ni memang tak reti bersyukur punnn….dah kaya lupa daratan…depa lupa Allah buleh amik semua tu dalam sekelip mata jaaa…hatta nyawa depa sekali punnnn….paham? Kalau la aku ada kat sana…sure aku pi tampal apa yang aku tulis ni kat tiang letrik kat area tanah runtuh tu…bagi depa sedaq sikit!

UMNO & SURVIVAL POLITIK NEGARA.


Telah banyak blog-blog yang saya telah kunjungi. Sama ada dari jenis blogger.com, wordpress.com, mahupun facebook. Begitu juga portal-portal politik seperti myKMU.net, kmutara.net, kmujohor.net, tranungkite.com, isuhot.com dan banyak lagi. Boleh dikatakan semua blog dan portal ini pernah membahaskan survival UMNO yang kelihatan goyah. Ada yang meramalkan UMNO akan pupus dan bakal dimuziumkan di Johor. Ada yang meramalkan UMNO akan terkubur dalam lipatan sejarah jika kepimpinan sedia ada tidak ditukar ganti. Malah ada yang mendoakan agar UMNO terus mati ditelan gelombang Pakatan Rakyat. Ada juga yang teguh mempertahankan UMNO. Ada juga yang teguh mempertahankan tokoh-tokoh UMNO pilihan mereka. Tapi pelik, ada segelintir penyokong UMNO yang bermati-matian mengutuk UMNO! Pelik, tapi benar...


Apakah pendapat anda tentang parti UMNO yang telah menerajui Tanah Melayu ini sejak lebih 50 tahun dahulu? Apakah kemajuan yang telah dicapai? Apakah kemajuan dari segi sosio-ekonomi yang telah berjaya diperjuangkan? Apakah agama Islam tidak mencapai kemajuan sejak zaman Merdeka? Apakah perkembangan agama Islam pada 1950an berbanding di zaman millenium ini? Siapakah bakal menerajui UMNO dan siapakah penyelamat UMNO? Apakah tokoh-tokoh veteran UMNO perlu diamkan diri walaupun kelihatan UMNO sudah lemah dan perlu diperkuatkan melalui pengalaman mereka? Apakah Pemuda UMNO kelihatan tidak bermaya berbanding di zaman Dato' Harun? Itulah di antara persoalan-persoalan yang dibahaskan. Disulami dengan hujah bersemangat, tidak kurang pula dihiasi dengan pujian dan caci cerca sesetengah pihak. Masing-masing cuba menegakkan pendapat masing-masing dan tidak kurang juga ada yang cuba menegakkan jarum yang basah!


Dari perbahasan itu, kita akan dapat mengenali siapakah pejuang UMNO sebenar. Kita akan dapat mengzahirkan siapakah musang berbulu ayam. Kita dapat menelanjangi Pakatan Rakyat yang jelas menipu rakyat yang menggunakan perancangan strategi ala-ala US dan yahudi. Kita dapat membezakan antara pejuang sebenar atau pejuang membuncitkan perut sendiri. Kita akan diperlihatkan yang tersirat disebalik jendela hati jati diri. Ada yang terlajak kata, ada yang termangu kata, ada yang petah bicara dan ada yang sekadar memenuhi ruang kosong yang ada. Yang pastinya, ini semua memberi impak yang agak kuat kepada senario politik negara dimana pendapat-pendapat ini tidak kira betul atau salah akan digunapakai oleh rakyat yang membaca. Rakyat yang berilmu dan merujuk fakta mungkin akan faham dan mangambil tahu, namun rakyat yang sekadar mengangguk dan malas berfikir mungkin akan tersalah anggap dan memperjuangkan perkara yang salah.


Bagi saya, UMNO tidak akan berkubur selagi diizinkan Allah S.W.T. Perjuangan UMNO harus kembali seperti di zaman awal penubuhannya, sebagaimana yang telah dimulakan dahulu oleh Dato' Onn Jaafar di mana PAS dan PKR masih belum wujud. Satu perjuangan asal yang dipersetujui oleh semua bangsa Melayu, Cina, India dan lain-lain. Satu perjuangan yang tiada kepentingan diri sendiri. Tiada politik yang men"dewa"kan seseorang atau taksub kepada individu-individu tertentu. Satu perjuangan yang menyedari hakikat tentang pentingnya erti perjuangan demi Islam, anak bangsa dan tanah air. Menghormati antara satu sama lain, mengangkat kebenaran dan menolak kebatilan. Mungkin ada yang mencemuh dan tidak bersetuju, namun itulah hakikat yang sebenar jika anda semua sayangkan Islam, anak bangsa dan tanah air. Perit untuk ditelan, namun bersama-samalah kita bersatu agar kita kukuh dipersada kepimpinan politik tanah air dan gagah di mata rakyat.


p/s: Semoga anda menyedari tentang "sesuatu" yang "istimewa" tentang entry ini...




Friday, December 5, 2008

Selamat Hari Raya Qurban.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...

Di sini saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan "Selamat Menyambut Hari Raya Qurban" kepada seluruh umat Islam di seluruh Malaysia dan pelosok dunia, tanpa mengira fahaman ideologi politik anda. Sambutlah ibadah qurban pada Hari Raya Aidil Adha ini dengan penuh keberkatan dan zuhud kepada Allah S.W.T. Perkasalah Islam, anak bangsa Melayu dan bumi Tanah Melayu ini. Semoga Allah memberkati kalian sekeluarga. Wallahua'alam.

Wednesday, November 26, 2008

Dewan Pemuda PAS: "Brainwash" budak-budak???


Pada 27 November sehingga 29 November ini akan diadakan satu program "Akademi" anjuran Dewan Pemuda PAS Padang Serai. Ianya bertujuan untuk melatih anak-anak untuk mewarisi perjuangan ibubapa mereka khususnya dalam perjuangan PAS. Program ini dikaitkan dengan firman Allah di dalam surah An-Nisa', ayat 9. Akademi ini dijalankan untuk golongan anak-anak remaja berumur di antara 15 sehingga 21 tahun. "Pengeras"nya RM40 seorang.


"Fokus kita jelas, kita membantu untuk melahirkan generasi yang berpegang teguh pada Islam dan mereka juga akan meneruskan kesinambungan perjuangan PAS. Kami hanya menyediakan wadah atas rasa tanggung jawab bersama. Jadi kita minta semua penyokong, ahli dan terutamanya pimpinan PAS dari kedua-dua kawasan untuk hantar anak mereka. Bagi kami 'pinjam' anak-anak ini untuk tiga hari sahaja," Begitulah petikan kata-kata wakil Dewan Pemuda PAS.


Nampaknya terbukti kini dakwaan bahawa PAS telah mem"brainwash" minda otak anak-anak remaja mereka untuk ditarbiyahkan mengikut fahaman PAS. Mereka tanpa segan silu memanipulasi minda anak-anak remaja mereka dengan doktrin PAS. Mereka tanpa rasa bersalah mempengaruhi sedaya upaya pegangan anak-anak mereka yang belum benar-benar matang dalam membuat keputusan sendiri. Mereka mula mendorong minda anak-anak mereka supaya meminati parti politik PAS sedangkan anak-anak mereka sepatutnya sebok mencari ilmu di sekolah.


Begitulah PAS! Penulis terbayang tentang kebebasan berfikir anak-anak penyokong PAS ini. Penulis berharap PAS tidak mengekspolitasi anak-anak mereka dengan fahaman politik. Anak-anak itu masih mentah dan baru hendak bertatih tentang kehidupan, tapi sudah dimomokkan oleh dakyah PAS yang lebih mementingkan kuasa politik yang ada pada mereka. Wallahuaa'lam.


p/s: Harap ada dikalangan pemimpin PAS yang akan menegur kegiatan "extreme" Dewan Pemuda PAS ini...




Tuesday, November 25, 2008

Pulau Pinang: Sabotaj Di Atas Sabotaj???


Penulis rasa terpanggil dengan konstroversi di Pulau Pinang tentang perlaksanaan papan tanda jalan pelbagai bahasa, dibawah saranan "Khalifah" Ketua Menteri Lim Guan Eng. Katanya, ada pihak-pihak tertentu yang meng"sabotaj" perlaksanaan tersebut di Pulau Pinang. Katanya 2 papan tanda tersebut telah disimbah dengan cat merah. Jika benarlah begitu, maka benarlah usaha kerajaan negeri itu telah disabotaj sebagaimana yang didakwa. Papan tandanya di sabotaj!

Namun persoalannya, siapa yang sabotaj siapa? Bagi pendapat penulis, pen"sabotaj" yang sebenar ialah Khalifah Lim Guan Eng. Beliau telah meng"sabotaj" bahasa kebangsaan sebagai bahasa rasmi negara dan meng"sabotaj" nama-nama jalan di Pulau Pinang. Itulah sebenarnya yang telah berlaku. Jika beliau tidak meng"sabotaj" papan tanda dan bahasa Melayu tersebut, maka tentu beliau tidak akan disabotaj oleh mana-mana pihak. Maka jadilah kes ini sebagai sabotaj di atas sabotaj!

Sebenarnya, papan-papan tanda dalam pelbagai bahasa ini tidak banyak manfaatnya. Di antara manfaat papan-papan tanda tersebut adalah kepada para kontraktor pembuat papan tanda, pembekal "sticker" pantulan cahaya, pembekal besi dan mereka-mereka yang terlibat membuat papan-papan tanda tersebut, termasuklah pihak yang keluarkan tender untuk pembuatan dan pemasangan papan tanda tersebut. Mereka-mereka ini past "masyuuukkkkk..!!!".

Sesungguhnya, nama-nama jalan yang tersohor di dunia ini pun tak perlu dipelbagaikan bahasa pada papan tandanya. Nama-nama jalan yang terkenal di dunia seperti Wall Street yang terkenal kerana aktiviti kewangan, tidak memerlukan namanya terpampang dengan pelbagai bahasa di papan tandanya. Tidak percaya? Sila berjalan di kaki lima Wall Street. Begitu juga dengan nama-nama jalan di Pulau Pinang. Tak perlu letakkan pelbagai bahasa di papan tandanya, hanya pastikan akitiviti dijalan atau sekitar kawasan tersebut penuh dengan aktiviti "glamour" seantero dunia, maka pasti akan jadi terkenal. Para pelancong pasti akan teringat nama Batu Feringghi, Tanjung Bungah, Jalan Gurney dan sebagainya. Dan tidak terujakah anda bila nama-nama jalan di Malaysia ini terkenal di seluruh dunia tanpa dicemari oleh bahasa-bahasa lain? Nampaknya, Khalifah Guan Eng kena fikirkan kembali tentang perkara ini.

Malah di Parlimen juga telah berkali-kali dibangkang oleh para MPs, tak kira dari BN atau Bebas. Mereka-mereka yang mempunyai jati diri kemelayuan dan tahu hak-hak di dalam artikel 153 perlembagaan negara mesti membantah perlaksaan ini. Yang tidak membantah hanyalah mereka yang tidak tahu apa itu artikel 153, tidak menghormati hak-hak "tuan rumah" dan mereka-mereka yang "buta hati" akibat gila kuasa! Secara rasionalnya, perkara ini tak perlu ditimbulkan dan menjadi konstroversi pun. Namun, apakan daya, Ketua Menteri Pulau Pinang sengaja meng"sabotaj" keistimewaan bahasa Melayu dan keaslian nama-nama jalan di Pulau Pinang. Maka, inilah hasilnya....sabotaj di atas sabotaj!

p/s: Lepas ni maka berduyun-duyunlah komen masuk kat sini kutuk entry ni...maklum la...depakan percayakan Khalifah depa ni...teringat aku kata-kata seorang pemimpin teratas PAS..."jangan percaya sangat dengan Khalifah Guan Eng ni...tak ingat ke dulu Lee Kuan Yew jamin akan bagi keistimewaan pada Melayu dan Islam masa dia mintak Singapore keluar dari Malaysia dulu...siap merayu-rayu kat Tunku siap pandau sebut ayat Quran pulak tu......sekarang apa dah jadi???" Lebih kurang begitu la ayatnya....wallahua'alam...

Saturday, November 22, 2008

Kandang Khinzir dan PAS Kedah : Suatu Persoalan.

Baiklah! Setelah menitipkan 2 artikel berturut tentang permaslahatan "Kandang Khinzir Sophisticated" yang bakal laksanakan di Kedah, penulis menerima banyak komen-komen sama ada dari pihak UMNO dan PAS. Ada yang menyokong projek ini dan ada yang sebaliknya. Beberapa persoalan telah timbul dalam fikiran saya mengenai "projek" ini. Persoalannya adalah seperti berikut :

  1. Media menyatakan bahawa Kerajaan PAS Kedah telah membatalkan projek ini di Bukit Selambau dan akan dilaksanakan di lokasi yang strategik dan mesra alam. Maknanya, projek ini tidak dibatalkan perlaksanaannya dan akan diteruskan di lokasi lain. Daerah mana yang akan kena???
  2. Apakah manfaat yang akan diperolehi oleh rakyat Kedah dengan terlaksanya projek ini? Sedangkan majoriti rakyat di Kedah adalah 70%-80% Melayu Muslim. Banyak lagi projek yang lebih bermanfaat dan tidak bertentangan dengan sentimen/sensitiviti rakyat Kedah.
  3. Kenapakah Kerajaan PAS Kedah tidak membatalkan perlaksanaan projek ini dan hanya membatalkan lokasi asalnya sahaja iaitu Bukit Selambau? Sedangkan Kerajaan PAS Kedah tahu bahawa projek ini telah mencetus bantahan dari majoriti rakyat, sehingga ada yang sanggup berdemonstrasi membantah perlaksanaanya.
  4. Kerajaan PAS Kedah tahu bahawa dana kerajaan negeri amat terhad dan Kedah tergolong dalam negeri miskin sebelum ini. Hutang pun banyak. Namun, atas rasional apakah Kerajaan PAS Kedah masih mahu meneruskan projek yang "sophisticated" yang tentunya memerlukan perbelanjaan yang banyak? Lebih baik jika pihak Kerajaan Negeri melaksanakan projek-projek yang lebih baik dan memberikan keuntungan.
  5. Mengapakah projek Kandang Khinzir yang dipilih? Tidak ada lagikah projek selain dari projek haiwan yang diharamkan Allah ini? Bukan salah khinzir atau Allah S.W.T yang Maha Pencipta, tetapi salah kepada manusia yang tidak menghindarkan diri dari perkara yang diharamkan. Harap jangan "spin" soalan ini.
  6. Sila senaraikan sebab musabab tentang relevannya pengwujudan "Kandang Khinzir di Kedah".

Sila bahaskan secara rasional di ruangan komen. Jangan dok maki hamun atau tak mahu mengaku kesilapan pula. Jangan terlalu jumud dan obses (taksub) dengan sokongan kepartian masing-masing. Atau saya tidak punya pilihan untuk memadamkan komen anda. Harap maklum dan terima kasih.

Friday, November 21, 2008

PAS dan Kandang Khinzirnya...

Maybe PAS tak jadi buat Kandang Khizir Super kat Bukit Selambau...Maybe depa nak buat tang daerah lain....errmmmm....daerah mana la pulak nak kena niiii??? Aku harap depa buat kat LUAR DARI KEDAH...buat la kat negeri lain...kalau kaum lain kat Kedah ni nak supply daging khinzir tu, depa buleh request dari negeri lain cam Selangoq tu...Selangoqkan dok buat projek kandang ternak khinzir mega yg sophisticated jugak...import jer dari selangoq atau siam...beras buleh import dari siam, awat daging khinzir tu tak buleh pulak?


PAS harus menghormati sensitiviti masyarakat Melayu dan Islam kat Kedah ni...rata2 tak rela kandang khinzir wujud kat depan rumah depa...yang ada kat Kedah sekarang ni buktinya...contoh terdekat ialah kat Padang Lembu...kalau hangpa lalu kat situ...hangpa akan tau betapa busuknya kat situ...bayangkan kalau tanah/rumah hangpa duduk kat area tu...sure hangpa mengamuk sakan...


Memang la relevan kalau nak buat kandang khinzir yg sophisticated, cuma BUKAN DI KEDAH! Kedah mempunyai 70% majotiri bangsa Melayu yang beragama Islam...jadi kena la jaga sensitiviti rakyat tentang hal ni...memang Bukit Selambau majority India, tapi Melayu pun ada jugak...ayaq dari kandang tu depa alirkan ke longkang/alur yang menghala ke tali ayaq/sungai2 yang ada berdekatan dan seterusnya ke sungai2 besaq...kalau hangpa perati, sungai2 berdekatan kawasan tu tercemar dgn bau busuk, ikan pun mati & sungai pun jadi tercemar...seelok2nya, buat la kandang sophisticated tu tang tempat lain...70% melayu Islam kat Kedah ni tak makan khinzir punnnn....


Kita hormati sensitiviti kaum bukan Islam kat Kedah ni dan keperluan depa nak makan daging khinzir tu...namun, kita perlu sedaqkan depa bahawa kajian saintifik pun, daging khinzir tu merbahaya utk kesihatan...sebab tu semua agama tak galakkan makan daging menatang tu...atas khikmah tu jugak, Islam melarang dan haramkan makhluk ciptaan Allah tu dimakan, dipegang dan sebagainya...ni PAS nak pi bela pulak dah! Itu yang tak relevannya....


PAS sepatutnya tidak menggalakkan rakyat bukan Islam ni makan daging khinzir tu...terangkan dari segi saintifik dan logik akal...kemudian terangkan dengan baik/berkhikmah dari sudut agama masing2, termasuk dari sudut Islam...dari situ non muslim akan faham dan sedikit sebanyak depa akan nampak keindahan Islam, pengamalannya dan masyarakatnya...at least, dakwah ke arah Islam itu terlaksana secara tidak langsung pada mereka....itulah yang semolek-moleknya...


Semoga Allah memberi petunjukNya kepada PAS yang tak reti tu...tapi berlagak macam pandai sangat!!!

Wednesday, November 19, 2008

Hadiah Istimewa Untuk Rakyat Kedah!

Di sini saya ingin mengambil kesempatan mengucapkan jutaan TAHNIAH kepada semua rakyat KEDAH kerana akan dihadiahkan sebuah hadiah yang amat istimewa, khas kepada seluruh penduduk Kedah yang majoritinya Melayu Islam 70%...Terimalah....Sebuah....

KANDANG KHINZIR PALING SOPHISTICATED!
Tak kira la siapa atau bila diluluskan projek ni. Dikhabarkan bahawa BN luluskan projek ni tahun lepas pada 4 Disember 2007. Tapi BN tak laksana pun projek tu, mungkin di KIV kan sehingga sejuta tahun. Tapi pasai apa kerajaan PAS Kedah nak teruskan projek ni pulak??? Awat depa PAS nak buat jugak? Sedangkan banyak projek-projek kerajaan BN dulu depa batalkan, takkan PAS tak boleh nak batalkan projek kandang khinzir moden ala-ala kandang khinzir kat Selangor tu??? BN (Kerajaan Pusat) pun reti batalkan projek-projek mega untuk "secure" ekonomi negara, apatah lagi projek KANDANG KHINZIR! Atau memang PAS suka khinzir kot?
PAS ada kuasa di Kedah, kenapa tak gunakan kuasa tu??? PAS tak reti guna kuasa tu ka? Hehehhe...memang depa takdak pengalaman kat Kedah. Jangan samakan sentimen rakyat Kedah ni sama dengan rakyat Kelantan. Salah BN selalu depa utarakan, salah sendiri depan mata depa tak nampak! Dah la tak nampak, tak dak rasa bersalah pulak tu! Bila orang complain, depa spin salah tu pi kat BN...Nak salahkan orang lak tu...
p/s: macam trademark pulak negeri2 pakatan rakyat ni, kan? 18 tahun dulu heboh kat Kelantan buat kandang khinzir (fesyen lama), lepas tu sekarang ni Selangor pulak nak buat Kandang Mega Khinzir, dan paling latest...Kedah la pulakkkkk....Pakatan Rakyat ni Pakatan Buat Kandang Khinzir ke???

Saturday, November 15, 2008

Ust Azizan pun "flip-flop" jugak???

Hari ini baru terbongkar ke"flip-flop"an Ust Azizan dan Exco-exco kerajaan PAS negeri Kedah???! Hari ini TV3 sudah melaporkan bahawa kerajaan PAS Kedah sudah menarik balik kuota perumahan 50% untuk bumiputera di Kedah. Sekejap bagi, sekejap tarik balik! Now you see it, now you don't! Tak tetap pendirian dan mudah digertak.

Sebenar, ada pro dan kontra tentang kuota perumahan 50% untuk bumiputera ini dilaksanakan. Dan salah satu kelemahannya, kerajaan PAS Kedah akan kehilangan sokongan dari kaum bukan bumiputera di Kedah. Sebenarnya, kaum bukan bumiputera ini adalah salah satu faktor kemenangan politik PAS pada PRU12 yang lalu. Dan oleh kerana TAKUT akan kehilangan kuasa dan jawatan MB serta Exco yang baru di nikmati, maka "depa" pun tarik balik la kuota tu. Nak jaga hati, kononnya! Lemahnya kerajaan PAS di Kedah! Sebelum buat tak pikiaq dulu...dah buat baru tahu kesan buruknya...

Nampak sangat kerajaan pimpinan Ust Azizan ni penakut. Takut apabila digertak! ADUN DAP baru gertak sikit nak keluaq pakatan, depa dah gelabah. Lim Kit Siang gertak sikit, depa dah kecut! Kontraktor bantah sikit, depa dah tunduk! Habis tu macam mana nak perintah Kedah ni? Baru tak sampai setahun, dah buat menyerah kalah kat desakan-desakan cam tu. Kata nak bela rakyat. Kata dulu nak jaga kebajikan rakyat! Sekarang mana perginya "kebajikan" tu? "Kebajikan" untuk kepentingan "periuk nasi", kuasa dan politik depa kot?

Sekarang rakyat dah nampak siapa sebenarnya PAS di Kedah. Rata-rata orang PAS sendiri dah mula sedar akan kelemahan PAS di Kedah. Itu belum masuk golongan "atas pagar"dan bukan bumiputera lagi tu. Ramai yang dah menyesal dah...! Another puppet was found in Kedah. Mula-mula kata "jangan sebok kacau hal Kedah", lepas tu tarik balik kuota tu? Hehehhehhe...hari ni cakap lain, esok cakap lain. Tak dak pendirian ke? Itu baru hal kuota je, belum hal lain lagi tu! Kalau hal-hal lain yang lebih besar, saya tak tau la apa yang akan berlaku...huru hara jadinya Kedah ni nanti...

Itu la...UMNO ajak form kerajaan campuran PAS Kedah tak mau. Sombong. Nak jugak join dengan DAP dan PKR. Sekarang baru tau apa yang dah jadi. PAS juga yang dapat malu. Dah la depa tu terang-terang tak mau Islam. Ini tidak...mau lagi dok pi "hemoi" dengan depa. Yang orang sama-sama Islam ajak bersatu ni depa tolak! Lagu tu ke Islam PAS? Islam PAS ajaq lagu tu? Sekurang-kurangnya, UMNO saudara seIslam PAS. Sekurang-kurangnya, UMNO ada pengalaman mentadbir kerajaan dan UMNO boleh membantu PAS. Kalau mana yang UMNO kurang PAS boleh lengkapkan. Tapi tu la...PAS tetap dengan sikap bodoh sombongnya. Harap PAS Kedah boleh fikirkan untuk berbincang dengan UMNO Kedah semula! Together we are strong! Hidup Islam! Hidup anak bangsa Melayu! Hidup Kedah! Hidup Malaysia!

Thursday, November 13, 2008

Scandal Jawatan Di Kulim Hi-Tech

Baru-baru ini jugak, saya ada bertemu seorang KCS dari Kulim. Saya ada bertanya tentang "bekas bank officer" yang menjadi "vice president" di Kulim Hi-Tech (GLC Kerajaan Negeri Kedah). Rupa-rupanya, "bekas bank officer" tu anak Pendang! Hehehehe....

Terus saya "korek" lagi. Memang benar beliau adalah bekas pegawai biasa di sebuah bank. Hong Leong Bank kalau tak salah saya. Namun, beliau telah mengambil anisiatif untuk sambung belajar dan berjaya memiliki ijazah sarjana muda dan master. Baguslah! Dan saya tidak tahu dari universiti mana atau jurusan apakah beliau graduate. Namun, saya yakin dengan fakta tersebut.

Di sebalik itu, apakah ijazah sarjana muda dan sarjana itu adalah tiket untuk menjadi "vice president" di sebuah GLC state yang terkenal dengan sektor perindustrian dan perkilangan di Kulim itu? Mungkin beliau dilantik sebagai "vice president" untuk Finance Division. Namun, apakah beliau tahu selok belok kewangan perindustrian? Dan mengikut kata "orang dalam" Kulim Hi-Tech, beliau sering melenting tanpa sebab dan tak tahu buat kerja! Malah, ada dikalangan pengurus di Kulim Hi-Tech yang menempelak beliau secara berdepan, dilaporkan berkata "kalau hang mai interview kat aku, aku tak ambik hang aihhh...hang tak layak!" Begitu sekali keadaannya. Namun, apakan daya, anak Pendang ini telah diamanahkan sebagai "vice president" di Kulim Hi-Tech oleh kerajaan PAS negeri Kedah! Semoga beliau tahu mentadbir Kulim Hi-Tech. Semoga tiada penyelewengan di Kulim Hi-Tech (dengar kata dah mula seleweng projek dahhh..). Semoga beliau dapat membuktikan bahawa cakap-cakap orang ini adalah tidak benar...wallahua'alam...

Ikhlas untuk UMNO Pendang!

Baru-baru ni, saya telah pulang ke Pendang atas jemputan bapa saudara untuk mesyuarat kenduri keluarganya. Kebetulannya, pada hari tersebut telah dijalankan persidangan UMNO Bahagian Pendang. 8 November 2008...

Tok Man Bedoi kalah lagi ditangan Rozai. Rozai memenangi kerusi Ketua UMNO Bahagian Pendang dengan majoriti 30 undi. Manakala kerusi Timbalan Ketua Bahagian disandang oleh Din Tahir. Rata-rata ahli agak merasa terkejut dengan keputusan ini. Ini adalah kerana Tok Man telah mendahului pencalonan dengan majoriti yang agak besar melebihi angka 100 undian, manakala Rozai hanya menerima 93 undian. Ini bermakna, ada yang tidak kena dengan undian perwakilan pada persidangan Bahagian tersebut. Di mana yang tak kenanya, hanya Allah, Rozai Tok Man dan perwakilan sahaja yang tahu. Saya tidak mahu menimbulkan spekulasi tentang itu kerana saya tidak mahu dituduh sebagai tukang fitnah...

Berikutan kekalahan Tok Man itu, maka ramailah penyokongnya yang tidak berpuas hati, termasuklah kenalan-kenalan saya di Pendang sama ada yang tua atau muda. Masing-masing tertanya-tanya faktor kekalahan Tok Man. Dan ramai juga yang tertanya-tanya apakah yang istimewanya Rozai berbanding Tok Man? Hakikatnya, Rozai sudah menang dan tak payah la kita mempertikaikan lagi pemilihan peringkat Bahagian tersebut. Saya menerimanya sebagai qadha dan qadar Allah. Tentu ada hikmahNya di sebalik kemenangan Rozai dan kekalahan Tok Man.

Kepada Rozai, saya mengucapkan sekalung tahniah. Sebagai ahli UMNOakar umbi yang hanya berjuang di laman blog dan portal politik, saya perlu menyokong kepada pemilihan ketua dan mengiktiraf Dato' Rozai sebagai Ketua Bahagian saya. Hiduplah UMNO di Pendang!

Kepada Tok Man, usahlah berduka atau malu dengan kekalahan pemilihan ini. Kekalahan ini bukan bererti Dato' di tolak akar umbi. Kami UMNO Pendang masih memerlukan Dato'. Kami mangiktiraf segala jasa dan pengorbanan Tok Man di Pendang. Siapa yang tidak kenal Tok Man dan segala jasa pengorbanannya di Pendang. Tak kira UMNO atau PAS, kami semua kenal budi baik Tok Man. Harap Tok Man kembali aktif di Pendang sebagaimana dulu. Hiduplah UMNO di Pendang!

Kepada warga UMNO Pendang, terima kasih atas penglibatan semua di dalam pemilihan UMNO Bahagian Pendang kali ini. Saya amat berharap agar semua anggota UMNO untuk melakukan perubahan dan pembaharuan di dalam UMNO Pendang. Ketika UMNO ini dilihat "goyah" dan "lemah", saya menyarankan agar kita bersatu hati di dalam mengukuhkan UMNO. Buanglah tabiat "tikam belakang", "vitamin subsidi", kutuk mengutuk sesama sendiri dan tabiat-tabiat buruk yang lain. Kita jadikan UMNO sebagai sebuah parti rakyat yang ikhlas berjuang demi Islam, anak bangsa dan tanah Melayu. "Jadikan UMNO sebagaimana di awal penubuhannya sebagai syarat menawan Kedah kembali!" kata Tun Dr. Mahathir kepada saya tempohari. Saya merayu agar UMNO Pendang kembali gagah di Kedah. Kepada tokoh-tokoh seperti Dato' Rozai, Dato' Othman Abdul, YB Sue, Din Tahir, Dato' Fatimah, Chu Bedah, Chu Nab, Akrom, Cikgu Ramli, Wan Adas, Amal, Bana, Dek Wa dan lain-lain, buanglah yang keruh, kembalikan kejernihan UMNO di Pendang. UMNO Pendang dan UMNO Kedah bergantung kepada kalian sekarang. Buktikanlah kepada semua warga UMNO Pendang dan Kedah ini tidak silap memilih kalian sebagai aktivis politik UMNO yang tepat! Kita kukuhkan UMNO di Pendang. Hidup suburlah UMNO di Pendang!

p/s: Kalau tak bersatu jugak, aku ingat nak keluaq dari UMNO Pendang, nak masuk kat Bahagian lain yang lebih baik dan aman...hehhehheh....rugi satu ahli woooo...!!!

Saturday, November 8, 2008

Siapakah bakal Datuk Bandar Kota Setar yang baru?

Ketika mana Dato' Mukhti di akhir perkhidmatannya, beliau telah memohon untuk dilanjutkan perkhidmatannya melalui kontrak 6 bulan untuk menyelesaikan beberapa perkara tertunggak. Berdasarkan rekod perkhidmatan cemerlangnya ketika berkhidmat sebagai di dalam KCS, Dato' Mukhti agak yakin dengan permohonannya kepada pucuk pimpinan pentadbiran Kerajaan PAS Negeri Kedah dan exco-exconya. Namun apakan daya, walaupun beliau adalah seorang pegawai yang tidak langsung melibatkan diri dalam arena politik, walaupun beliau cemerlang dalam tugasan sebelum-sebelum ini, beliau telah mendapat khabar dukacita dari "boss" barunya. Beliau tetap ditamatkan perkhidmatannya!


Tak mengapalah. Mungkin itu takdir Allah baginya. Cukuplah setakat itu beliau berbakti diri kepada rakyat Kedah selama ini. Segala jasanya kita kenang. Terima kasih Dato' Mukhti. Masih teringat kata-katanya ketika mula memegang jawatan Datuk Bandar Kota Setar, beliau berazam untuk menyelesaikan masalah sampah yang sudah sekian lama menghantui warga Kota Setar. "Berilah aku setahun untuk selesaikan masalah sampah di Aloq Staq ni.." begitulah kata-katanya ketika itu. Walaupun masih gagal dalam memenuhi sasarannya, hakikatnya beliau telah berusaha sedaya mungkin. Syabas Dato' Mukhti kerana berani mencuba dan tidak menyerah kalah!


Kini, siapakah bakal penggantinya? Dengar khabarnya, kerusi yang bakal ditinggalkan Pak Mukhti akan berkemungkinan besar diisi oleh Dato' Bisyaruddin. Beliau lebih dikenali sebagai "Pak Basyir" oleh kenalan rapat. Pak Basyir kini adalah Timbalan SUK (Pembangunan) merangkap Pengarah UPEN. Memandu Nissan Serena dan tinggal di sekitar Jalan Sultanah (Jalan Day). Beliau boleh dikategorikan agak mewah, namun mewahnya beliau mungkin disebabkan harta warisan dan bukannya hasil dari "rasuah". Harap jangan disalah sangka akan kekayaannya. Usahlah kita berburuk sangka.


Namun yang tidak sedapnya, beliau dikaitkan dengan penglibatannya dengan semangat politik beliau sekeluarga. Walaupun beliau kelihatan tidak menyertai mana-mana parti politik, namun rata-rata tahu akan pendirian keluarga dan dirinya. Dia pro PAS!!! Demikian juga keluarganya sememangnya diketahui sebagai pro PAS. Ada yang menyindir kata, mengatakan bahawa "sekarang ni Pak Basyir syok...dia dah join PAS...". Demikian juga anaknya yang baru pulang dari UK. Anaknya siap berkempen untuk PAS ketika PRU12 yang lalu. Malah giat menghantar sms kepada rakan-rakannya agar mengundi dan memilih PAS! Begitulah kuatnya semangat PAS di dalam diri keluarga mereka. Salah seorang anaknya juga pernah menyampaikan khutbah di Masjid Sultanah. Entah atas kapasiti apa anaknya diberi peluang sedemikian oleh imam besar Masjid Sultanah yang agak terkenal di Kedah itu. Mungkin bapa saudaranya ialah Tok Imam Besar di masjid itu? Namun ianya bukan tiket untuk berkhutbah sesuka hati! Adakah ini boleh dikategorikan sebagai penyalahgunaan kuasa yang diamanahkan oleh JAIK?


Hakikatnya, mentang-mentanglah Pak Basyer sekeluarga mendokong identiti pro PAS, maka dia diura-urakan dipilih mendiami kerusi panas di MBAS sebagai Dato' Bandar. Tak mengapalah. Asalkan dia boleh bekerjasama dengan baik dengan pihak Kerajaan PAS Negeri Kedah. Harapannya, semoga dia berjaya di MBAS. Cuma pesanku, janganlah dok babitkan diri dan keluarga dalam politik (terutamanya anak lelakinya yang pulang dari UK tu...). Sebagai pegawai kerajaan, "bersih"kanlah latar belakang diri dan keluarga dari politik. Jagalah nama baik pegawai kerajaan dan penjawat awam bertaraf JUSA. Jangan pula jadi huru hara seperti di Kulim Hi-Tech sudah laaaa.....wallahua'alam.

Saturday, November 1, 2008

Siapa Kata Kerajaan PAS Kedah Bijak???

Pada jam 8.00 malam ketika keputusan PRU-12 sedang dinanti-nantikan, sudah heboh perkhabaran tentang PAS telah mendapat majoriti mudah di Kedah. Di khabarkan Pesuruhjaya PAS sudah mengerahkan semua jawatankuasa PAS negeri untuk berkumpul di Markas PAS di Batu 9 berhampiran DUN Sg. Limau. Penyokong-penyokong PAS sudah mula membanjiri perkarangan Wisma Darulaman. Dan pada jam 10.00 malam, maka kedengaran bahawa PAS telah berjaya menawan Kedah. Saya termenung sendirian di luar rumah sekembalinya dari meninjau suasana dan "mood" pengikut PAS mendapat kuasa. Macam beruk dapat bunga!Maka bermulalah era pemerintahan PAS di Kedah sejak BN menguasai negeri itu selama 50 tahun merdeka. Habuannya ialah menonton secara percuma perlawanan bola sepak di Stadium Darulaman untuk semua rakyat negeri Kedah. Maka berpusu-pusulah penyokong fanatik bola sepak Sang Kenari bersama bendera PAS yang sudah di"edit" menjadi bendera Hijau Kuning. Pukul 4.30 petang, keadaan di perkarangan stadium sudah sesak. Jalan sesak! Azan asar pun dah tak dengar. Surau kecil ada di stadium, tapi bagaikan tak laku! Maghrib pun entah ke mana. Yang pastinya Kerajaan Islam PAS lah yang punya angkara dan menanggung dosa. Sudahlah kerajaan negeri miskin, diberikan pula tiket percuma. Jika harga semua tiket itu dibayar oleh PAS baguslah juga, tapi malangnya dari sumber harta kerajaan negeri. Patut pun Kerajaan Negeri Kedah miskin!

Bila miskin, mulalah berura-ura nak menebang balak. Hutan simpan di Tasik Pedu menjadi pilihan. Nasihat dan teguran dari kawan-kawan sealiran tidak dihiraukan. Kecil hati Nik Aziz dan Lim Guan Eng. Mereka meminta Ust. Azizan mengkaji semula cadangan tersebut, namun tidak diendahkan. Malah MB tegas menegur supaya pentadbiran beliau tidak dikacau. Begitulah Kerajaan Pakatan Rakyat yang "sehaluan".Mahfuz menempelak MBAS di dalam HARAKAH atas isu "sampah". Katanya, sampai berulat sampah dihadapan rumah. Dituduhnya MBAS tidak dapat memikul amanah. Mahfuz mendakwa MBAS cuba mensabotaj Kerajaan PAS negeri Kedah. Tidakkan YB tahu bahawa masalah sampah ini timbul sejak kerajaan BN memerintah? Tahukah YB Mahfuz bahawa sampah sudah menimbun di bandaraya Alor Star sejak Yusuf Nayan mentadbir MPKS (sebelum MBAS), kemudian diambil alih oleh Pak Mukhti? Janganlah difitnah sebegitu kepada MBAS. Mereka tidak mensabotaj PAS. Cuma mereka tak punya dana. disamping pengurusan yang tidak cekap dan pekerja yang sebok menjual "direct selling"dan "kain pasang". Tidakkah YB tahu MBAS terpaksa menggaji pekerja secara kotrak untuk menyelesaikan masalah kerja yang tertunggak dipejabat, sedangkan kakitangan tetap sebok mengumpat bersembang saja lebih? Baik YB minta maaf pada kakitangan MBAS. Mereka tidak salah. Salahnya pada Kerajaan PAS yang tidak memantau, atau tidak tahu bagaimana hendak memantau. Maklumlah, tiada pengalaman...

Kini, timbul pula cerita syarat kuota pembelian rumah oleh bumiputera yang MB Kedah naikkan hadnya sebanyak 50%. Secara zahirnya, nampak bagus dan cantik. Tapi akibatnya agak menjelikkan. Jika sesebuah rumah itu tidak dibeli dalam satu jangka masa yang ditetapkan, maka rumah tersebut akan automatik bertukar status menjadi "freehold". Maka pemaju tidak akan menjual rumah tersebut dalam tempoh yang ditetapkan. Jika ada pembeli bumiputera bertanyakan rumah, maka pemaju akan mengatakan "sudah habis looo...". Dan apabila rumah tersebut sudah habis "edah"nya, maka rumah tersebut akan dijual kepada bukan bumiputera sebagai "freehold". Begitulah PAS meng"hilang"kan tanah hak bumiputera kepada bukan bumiputera. Bayangkan kalau perkara tersebut terjadi pada tanah rizab melayu. Tentu mengerikan! "Bijak" sungguh Kerajaan PAS mentadbir tanah melayu...

Terbaru di kawasan perindustrian Kulim Hi-Tech. CEOnya telah di"over ride" oleh seseorang yang dikhabarkan tidak layak. Katanya, telah dilantik seorang bekas pegawai bank sebagai ketua kepada CEO Kulim Hi-Tech tersebut. Tidak ada orang lainkah yang lebih sesuai? Apakah PAS sudah ketandusan tokoh atau pakar ekonomi dan pentadbiran? Maka susah hatilah semua pengurus Kulim Hi-tech. Maka Gundah gulanalah pelabur-pelabur yang mahu ke sana. Mundur kebelakanglah Kulim nampaknya.Jadi, siapa kata Kerajaan Negeri Kedah bijak? Kalau bijak tak kan PAS melantik jurunilai sebagai "penasihat ekonomi"nya! Bijakkah begitu? Tepuk dada tanya selera, kata orang melayu!

Tuesday, October 28, 2008

PRU ke-13 : BN Tawan Kedah?

Sedih sekali melihat Kedah Darul Aman jatuh ke tangan pembangkang. Nasib baik jatuh ke tangan orang Melayu, jika jatuh ke tangan bangsa yang lain...lagilah haru biru jadinya. Negeri kelahiran 2 tokoh penting negara, Tunku Abd. Rahman Putra Al-Haj dan Tun Dr. Mahathir Mohamed. Malu bila dikenang. Kedah jatuh ke tangan pembangkang setelah memerintah sejak merdeka. Kedah jatuh ketika dipimpin oleh Dato' Seri Mahadzir Khalid.
Saya ada bertemu dengan Tun Dr. Mahathir baru-baru ini di satu majlis. Kami berbual panjang. Saya bertanyakan tentang kemungkinan untuk BN kembali menawan Kedah pada pilhanraya akan datang. Dengan sedih Tun mengatakan bahawa kemungkinan itu adalah amat tipis dan sukar. Mungkin PAS akan memerintah Kedah lebih dari 10 tahun. "Itupun jika mereka cerdik", kata beliau. Bila ditanya tentang mana-mana pemimpin Kedah yang boleh diharapkan, beliau menjawab "tidak ada...". Sekali lagi saya terkedu dengan jawapan tokoh negara yang memerintah Malaysia selama 22 tahun tersebut. Terus terfikir, apakah tidak ada seorang pun pemimpin di Kedah ini yang boleh diharap? Namun, saya akur dengan jawapan beliau. Mungkin belum ada seorang pun pemimpin dari Kedah yang memenuhi kriteria yang beliau mahukan. Kedah ketandusan kepimpinan.
Agenda utama saya di utara ini ialah menawan Kedah kembali ke pangkuan BN. Namun, saya akui adalah amat sukar untuk memenuhi misi tersebut. Dengan pergolakan dan ketandusan kepimpinan di Kedah, saya menjelajah mencari beberapa butir permata untuk digilap sehingga bersinar demi menerangi negeri jelapang padi ini. Tapi siapa yang patut saya gilap? Pemimpin Kedah ketika ini sebok berpolitik merebut kerusi di bahagian masing-masing. Mereka sebok mencari sokongan dan menabur "sampul-sampul surat" di kawasan masing-masing. Yang telah menang kerusi empuk di bahagian, masing-masing tersenyum lega...membayangkan pulangan hasil tuaian di PWTC Mac ini dan sepenggal akan datang. Kuat sekali mereka di dalam UMNO! Dan mereka lupa bahawa mereka "kelihatan lemah" sekali dimata rakyat setelah PAS merampas negeri Kedah! Yang pastinya, sukar sekali mencari seorang di antara mereka yang sebok memikirkan bagaimana hendak menawan Kedah kembali.
Tun mengatakan bahawa saya mestilah bermula dari asas politik, iaitu akar umbi. Ini adalah kerana akar umbi merupakan penentu kepimpinan. Namun, akar umbi di Kedah juga lemah! Mereka mudah dibeli! RM150 - RM500 seorang bisa digunakan untuk membeli undi. Tun sendiri dikalahkan oleh kuasa yang ada pada RM200! Itulah kelemahan utama akar umbi di Kedah. Kalau dikatakan ada akar umbi di Kedah yang benar-benar mengenang erti perjuangan, mereka senang pula ditipu oleh barisan kepimpinan. Hakikatnya, sama sahaja. Jadi, bagaimana hendak menawan Kedah kembali? Jawapannya ialah 'kesedaran" dan "mempunyai niat yang ikhlas". Kembali kepada asas-asas perjuangan UMNO dan asas-asas bermulanya Pertubuhan Melayu Bersatu Kebangsaan. Kita lihat kembali kesilapan kita. Kini, ahli UMNO sering memikirkan tentang imbuhan atau projek-projek yang akan mereka dapat sekiranya mereka berada di dalam UMNO, berbanding dulu yang ahli-ahli UMNO sering berfikir tentang apakah sumbangan mereka kepada UMNO, pertubuhan yang membela nasib anak bangsa. Sedih, tapi benar.
Dikala ini, saya masih memikirkan, siapakah diantara pemimpin UMNO di Kedah yang harus kita harapkan? Siapakah butir permata tersebut? Saudar pembaca ada cadangan?

Sunday, October 26, 2008

Wanita UMNO Pendang : YB Suraya

YB Suraya ADUN Sg. Tiang kini menerajui Wanita UMNO Pendang. Semalam, 25 Oktober 2008, sah beliau dinobatkan sebagai Ketua Wanita UMNO Pendang mengalahkan Dato' Fatimah atau lebih dikenali sebagai Mak Lang Timah. Tahniah diucapkan kepada YB Su dan jutaan terima kasih kepada Mak Lang Timah!

Kepada YB Su, kita tahu bahawa Wanita UMNO Pendang memainkan sebahagian besar peranannya dalam perjuangan UMNO di Pendang. YB Su mempunyai pelbagai pengalaman sebagai Ketua Puteri Kedah semestinya tahu apa yang harus dilakukan untuk Wanita UMNO Pendang. Wanita Pendang ramai! Lebih 600 cawangan keseluruhannya. Oleh itu, YB Su haruslah melipat gandakan usaha memajukan Wanita UMNO Pendang yang rata-ratanya surirumah dan berpendapatan rendah. Bantulah mereka dan juga wanita-wanita lain di Pendang, walaupun mereka bukan ahli UMNO sekali pun. Berilah mereka ilmu agama, sampaikanlah "maklumat-maklumat yang tidak sampai" kepada mereka. Kasihanilah mereka. Mereka tidak berkesempatan untuk mengambil tahu tentang perkara jati diri dan kebangsaan kerana mereka sebok dengan tugas harian. Maklumlah, mereka kurang berpelajaran seperti YB Su. Bantulah mereka YB. Namun, "method"nya biarlah kena pada tempatnya, nanti lain pula jadinya....

Kepada Mak Lang Timah, terima kasih atas segalanya. setelah lebih 3 dekad menerajui Wanita UMNO Pendang, kini Mak Lang turun dari kerusi tersebut. Segala jasa dan pengorbanan Mak Lang selama ini amat besar dan takkan dilupakan oleh semua wanita UMNO Pendang. Ketika Wanita UMNO Pendang dibawah kepimpinan Mak Lang, kaum-kaum hawa di Pendang terbela dan maju dibawah usaha Mak Lang. Jutaan terima kasih Mak Lang. Saya pasti semua orang mengiktiraf kehebatan Mak Lang di Pendang, termasuk YB Suraya sekalipun. Janganlah Mak Lang gusar dengan kehilangan jawatan. Apalah yang ada pada jawatan dan gelaran jika dibandingkan dengan perjuangan UMNO yang pastinya takkan selesai. Pengalaman dan "personal touch" dari Mak Lang masih lagi diperlukan dalam perjuangan UMNO kita. Marilah kita bersatu bersama membina UMNO di Pendang, sebagai satu pertubuhan yang diperlukan rakyat....

Sunday, October 19, 2008

Akrom Ketua Pemuda Pendang.

17 hb. Oktober 2008, Akrom dinobatkan sebagai Ketua Pemuda Pendang setelah sekadar memangku jawatan tersebut selaku setiausaha Pergerakan Bahagian itu pada penggal lepas. Sekalung tahniah aku berikan kepada Akrom di atas penat jerihnya menyusun strategi dan berkempen meraih sokongan para perwakilan sepanjang pemilihan kali ini. Akrom menang tipis dengan 12 undi sahaja. Di dalam pertandingan pemilihan itu, Akrom mendapat 143 undi, Cikgu Ramli mendapat 131 undi dan Wan Adas mendapat 80 undi. Menang tipis sekali...

Setelah kemenangan itu, ada pula suara-suara sumbang di pihak yang kalah dan tidak berpuas hati. Katanya, duit Akrom ditabur di merata-rata tempat. Para perwakilan mendapat habuan. katanya, "depa dapat RM150 satu kepala..." bersamaan dengam RM21450.00! Jika benarlah begitu, banyak juga duit Akrom ni...sebab setahu aku, Akrom tidak mendapat sumber dana dari mana-mana pihak sama ada dari "berani berubah", "setia kawan" atau "orang kampung". Itu pun setahu aku laaa...tak tahu pulak apa yang berlaku tanpa pengetahuan aku. Namun, jika benarlah dakwaan ini, maka aku mendesak agar bukti dikeluarkan oleh pihak yang mendakwa dan bantahan kepada keputusan itu harus dibuat. Jika benar dakwaan itu, maka kita lawan habis-habisan. Aku memang tak suka politik "main duit" ni. Itu rasuah namanya...apakah maruah perwakilan pemuda UMNO berharga RM150 sahaja? Jangan buat malu UMNO! Perjuangan UMNO ni tak ternilai dengan wang ringgit! Tapi, kalau la dakwaan ini tidak benar, maka jawablah nanti di akhirat, depan Allah S.W.T. Itu fitnah namanya...So? Ada bukti ke?

Sudahlah. Pemilihan Pemuda UMNO Bahagian Pendang sudah tamat. Janganlah kita bergaduh lagi dikala UMNO memerlukan perpaduan sekarang. Malu dilihat oleh pihak pembangkang. Kita berikan imej yang baik kepada UMNO. Buang yang keruh, ambil yang jernih. Ikhlaskan diri berjuang menawan Kedah kembali kepada BN pada pilihanraya umum ke-12. Bersatu padulah kita. Aku tahu, bukan senang hendak hangpa semua bersatu. Tapi, aku yakin, kita semua perlu bersatu...lain la kalau hangpa ada kepentingan diri sendiri selain perjuangan yang murni. Toksah dok masam muka la...kita sesama Islam, sesama Bangsa Melayu, sesama warga bumiputera Malaysia yang "istimewa". Kalau kita bergaduh dan berpecah...maka Islam, Melayu dan Malaysia akan lemah...dan kaum-kaum lain juga akan rasa tempiasnya akibat ketidak stabilan kita. Malah pihak pembangkang akan terus mentertawakan dan mengutuk kita atas tindakan kita yang kebudak-budakan dan hilang arah perjuangan disebabkan kepentingan peribadi sendiri. Fikir-fikirkanlah saudara-saudara ku di Pendang...Wallahu'alam...

p/s : aku ahli pemuda biasa di Pendang....cawangan aku takdak Pemuda pun pasai tak cukup korum...kalau hangpa tak bersatu...maka maybe aku akan tukar ke cawangan lain yg lebih aman...bukan nak berpecah, tapi utk bersatu juga....tapi kat tempat lain la...yg tak berpolitik kebudak-budakan, matang dan bertahap perjuangan yg tinggi....wallahua'alam...

Keputusan Pencalonan Pemuda UMNO Bahagian

Saudara Shafiq menang dan ditabalkan sebagai Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kuala Kedah. Dengan majoriti yang tinggi melebihi 200 undian yang jarang-jarang dicapai, bolehlah dikatakan Shafiq mendapat mandat besar dari golongan akar umbi golongan Pemuda UMNO di Kuala Kedah. Namun begitu, pujian juga harus diberikan kepada saudara Fakhrudin yang menghidupkan suasana demokrasi di dalam Pemuda UMNO. Ini membuktikan bahawa demokrasi masih lagi wujud di dalam jiwa UMNO. Diharap selepas pemilihan ini, "yang tercerai, kembali bertaut, bercantum kembali menjadi satu". Kini UMNO memerlukan perpaduan dikalangan ahli-ahlinya, bukan pepecahan.

Harus diingat bahawa saudara Shafiq memenangi kerusi tersebut dari ketua pemuda yang lama iaitu saudara Haris. Dan diketahui umum bahawa Haris membawa wadah "setia kawan" dari kem Khairi Jamaluddin. Malah, ketika persidangan Pemuda Kuala Kedah itu, Haris meminta salah seorang perwakilan (bekerja untuk Haris) untuk mencalonkan Khairi sebagai Ketua Pemuda Malaysia. Di dalam paksa tanpa rela, perwakilan itu terpaksa juga memenuhi kehendak "boss"nya itu. "Cari makan..." katanya. Persoalannya, apakah Shafiq akan meneruskan legasi bekas ketuanya itu? Sedangkan semua tahu bahawa Shafiq menyokong kepada slogan "berani berubah". Ramai orang tahu bahawa Shafiq berhubung baik dengan Haris sebelum ini dan apakah suara akar umbi yang mencalonkan Dato' Mukhriz sebagai Ketua Pemuda Malaysia akan "sampai" di Perhimpunan Agung Pemuda UMNO pada Mac tahun depan? Apakah Shafiq dan perwakilan-perwakilan akan memberikan amanah undi akar umbi kepada Dato' Mukhriz? Persoalan itu boleh dijawab sebagai "YA" di khalayak ahli, namun keyakinan itu belum pasti kerana undi setiap perwakilan adalah "SULIT". Tidak mengapalah. Kita serahkanlah segalanya kepada Allah. Dia yang Maha Menentukan. Semoga Allah membuka hidayah dan rahmatnya kepada para perwakilan-perwakilan. Kita percaya dan mereka meyakinkan kita bahawa mereka akan membawa arus "berani berubah". Jadi, kita berserah sahajalah. Tidak elok jika kita bersyak wasangka buruk terhadap mereka. Islam melarang syak wasangka buruk sesama kita, kerana syak wasangka buruk itu datangnya dari syaitan laknatullah.

Apa-apa pun, bukan Pemuda Bahagian Kuala Kedah sahaja yang mencalonkan Dato' Mukhriz. Bahagian-bahgian lain seperti di Alor Star, Padang Terap, Sik, Jerai, Merbok, Jerlun, Pendang, Langkawi, Pokok Sena dan Baling sekurang-kurangnya akan memberikan 36 undi perwakilan dari Kedah untuk Mukhriz Mahathir (masih ada lagi Pemuda Bahagian yang belum bersidang sehingga kini, 19hb Oktober 2008). Sehingga kini, Dato' Mukhriz telah mendapat 56 pencalonan yang insyaAllah akan memberikan undi sebanyak 224 undi pada Perhimpunan Agung Pemuda Malaysia nanti. Apabila semua Pemuda Bahagian telah bersidang nanti, kita akan kira pencalonan yang Mukhriz terima dan akan didarabkan dengan 4 undi perwakilan. Apakah Dato' Mukhriz akan mendapat cukup undian ketika itu? Dan apakah sama dengan kiraan pencalonan yang diterima? Sama-samalah kita nantikan. Ketika itu kita akan tahu sama ada benar Pemuda UMNO ini benar-benar "Berani Berubah" sebagaimana akar umbi? Atau sekadar "setia kawan" yang rata-ratanya mementingkan poket masing-masing! Selamat bersidang!

Wednesday, October 15, 2008

Najib dan Pengaruh Peralihan Kuasa.

Setelah kini, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi dengan rasa rendah dirinya telah menyatakan tidak akan mempertahankan jawatan Presiden UMNO pada pemilihan bulan Mac 2009 ini. Maka berduyun-duyunlah bahagian-bahagian UMNO di serata pelosok negeri mencalonkan Dato' Seri Najib Tun Razak sebagai calon Presiden UMNO yang baru. Dato' Seri Najib Tun Razak, anak lelaki mantan Perdana Menteri kini menjadi perhatian. Tak kira sama ada ahli UMNO, parti komponen BN, mahupun parti pembangkang.

Ramai ahli UMNO kini cuba me"rapat"kan diri dengan Dato' Seri Najib. Walaupun ada yang pernah mengatakan bahawa Dato' Seri Najib ini "pengecut", "penakut", "lembik" dan sebagainya, kini telah mula memuji beliau. Malah ada yang mengaku berada di dalam "kem" Najib. Malah ada dikalangan pemimpin bahagian yang tidak pernah berjumpa Najib sekali pun, kini mengaku mengenali beliau secara peribadi!

Begitu juga dengan barisan parti komponen. Namun respon mereka sedikit berbeza. Parti komponen kini mengharapkan Najib membina semula kekuatan UMNO sebagai parti tunjang Barisan Nasional. Kerana ada yang berpendapat bahawa tak kira berapa kuat sekali pun mereka, namun jika UMNO lemah, maka kekuatan mereka tidak membawa sebarang erti. Mungkin itulah kuasa dan pengaruh keramat UMNO yang dikatakan oleh Dato' Seri Najib. Namun, kita faham bahawa kita mestilah bersatu melengkapi sesama parti demi kestabilan politik negara. UMNO sebagai tunjang, manakala parti-parti lain sebagai pendokong negara yang berdaulat ini!

Namun, lain bunyinya pada parti pembangkang. Mereka resah gelisah kerana risaukan kekuatan kepimpinan Najib. Hari-hari mereka menyerang Najib dengan tohmahan dan fitnah tidak berasas untuk mengabui mata rakyat marhain. Mereka takut akan kembali hilang kuasa yang baru mereka dapat. Mereka amat risau dengan kualiti hebat yang ada pada Najib akan mematikan kuasa sementara yang ada pada mereka. Mereka sedar mereka tidak punya kekuatan. Mereka sedar mereka tidak akan berpeluang lagi. PRU13 akan menamatkan kegembiraan mereka!

Itulah kesan "penangan" Dato' Seri Najib Tun Razak!Najib sedar, banyak yang perlu beliau perbaiki dan bina kembali. Keyakinan rakyat, pemulihan semangat anggota ahli UMNO dan parti komponen amat perlu. Perubahan dan reformasi perlu di dalam UMNO agar tidak lagi tidur selesa. Ingatlah pembangkang! Telah dikejutkan "singa" ini dari tidurnya. Perubahan ini akan dimulakan dari diri Dato' Seri Najib sebagai ngauman pertama untuk pembangkang yang mendabik dada bercita menjadi PM segera!

Tuesday, October 14, 2008

Pemuda Kuala Kedah : Shafiq atau Fakhrudin?

Setelah kemenangan saudara Zubir dan pencalonan Dato' Mukhriz di Alor Star, Pergerakan Pemuda Kuala Kedah sedang hangat dengan bahang pemilihanpada 17hb. Oktober ini. Shafiq atau Fakhrudin yang bakal menjadi pilihan?

Saudara Shafiq merupakan Bendahari Pemuda Bahagian. Seorang usahawan muda yang agak terkenal di utara. Berlatar belakangkan pendidikan keagamaan SMK(Agama) Kedah, beliau adalah lulusan sarjana dari UK dan memiliki 2 sarjana muda di dalam bidang akaun dan statistik. Beliau begitu dikenali di segenap lapisan individu Pemuda Negeri khususnya di Pemuda Bahagian Kuala Kedah. Walaupun dia hanya menjadi bendahari bahagian, namun dia juga dilantik menjadi exco Pemuda Negeri. Seorang yang peramah dan mesra, beliau berazam untuk menuntut perubahan di dalam arus politik UMNO terutamanya Pergerakan Pemuda UMNO. Selain dari sikap rajin turun padang, beliau turut membawa sikap "islah" di dalam menangani perpaduan sesama pemuda yang kini goyah. Beliau setia pada ketuanya, tidak menderhaka, namun hatinya mahukan 'perubahan" dan beliau "berani berubah". Walaupun dia difitnah yang mengatakan bahawa dia dari kem "setia kawan", namun dia tetapbersabar. Katanya, "hanya jauhari yang mengenal manikam". Yang penting katanya ialah "perpaduan di dalam Pemuda UMNO, asas perjuangan dan menolak sokongan pada kem "setia kawan"!

Saudara Fakhrudin. Beliau dari Anak Bukit. Juga seorang usahawan (kontraktor), dia memegang jawatan Ketua Penerangan Pemuda Bahagian Kuala Kedah. Namun khabarnya, jawatan itu diberikan setelah dia gagal di dalam perebutan jawatan Naib Ketua Pemuda Bahagian pada pemilihan yang lalu, di atas permintaan beliau sendiri. Beliau juga seperti Shafiq yang membawa slogan "berani berubah". Beliau sering dilihat berkempen di merata-rata dengan membawa kad peribadi yang dibelakangnya tertera gambar beliau bersama Dato' Mukhriz. Mungkin sebagai bukti sokongan beliau pada Dato' Mukhriz. Beliau juga turut menghadiri pelbagai program DatoMukhriz, yang terbaru adalah Majlis Jamuan Aidilfitri anjuran Dato' Mukhriz di Alor Biak baru-baru ini. Namun, Shafiq juga hadir di majlis itu. Fakhrudin terang-terangan mendakwa bahawa Shafiq adalah dari kem "setia kawan" (KJ), dan dakwaan ini pernah disampaikan ke telinga Dato' Mukhriz. Namun, dakwaan ini dinafikan oleh penyokong kuat Dato' Mukhriz iaitu saudara Zubir (Ketua Pemuda Bahagian Alor Star). Zubir menyatakan bahawa beliau telah lama berkawan rapat dengan Shafiq dan mengenali hati budi rakan baiknya itu. Zubir turut menjamin bahawa Shafiq akan menang dalam pemilihan kali ini dan seterusnya Shafiq akan memastikan bahawa Pemuda Kuala Kedah akan mencalonkan Dato' Mukhriz sebagai Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia.

Kesimpulannya, tak kira siapa yang menang, Dato' Mukhriz tetap akan mendapat kredit. Namun, saya menyeru kepada semua perwakilan Pemuda Kuala Kedah agar memilih seorang Ketua Pemuda yang tepat! Bukan sekadar sokong, namun yang dosokong itu, "calon"nya mempunyai kepentingan yang untuk diri sendiri!


p/s: mungkin penulis akan hadir sebagai pemerhati pada mesyuarat pemilihan Pemuda Bahagian Kuala Kedah nanti, itu pun kalau berkesempatan!

Thursday, October 9, 2008

Perang Pemuda Bahagian di Alor Star?

Ketika Aidilfitri masih dalam kehangatannya, dan di dalam kedukaan ditinggalkan Ramadhan yang mulia, saya telah bertemu dengan beberapa tokoh Pemuda UMNO dari merata bahagian, terutamanya dari utara ni...

Pergerakan Pemuda Alor Star masih hangat dengan bahang pemilihannya. Bahagian itu akan bersidang pada 10hb. Oktober 2008, insyaAllah. Dua calon menjadi taruhan setelah seorang lagi calon gagal mendapat pencalonan. Saudara Zubir Zabidi sebagai mempertahankan jawatan dan Cikgu Shahrani bertindak mencabar. Nampaknya kedua-dua calon mempunyai strategi masing-masing.

Siapa yang tidak kenal dengan saudara Zubir Zabidi. Seorang usahawan yang berjaya di atas usaha diri sendiri. Pemilik kilang "ZUZA". Beliau sudah sekian lama menjadi panglima kepercayaan Dato' Bashah di Alor Star. Kepimpinan Zubir terbukti di dalam Pergerakan Pemuda Bahagian Alor Star di mana pelbagai program-program diatur untuk belia-beliawanis seluruh negeri seperti seminar pekerjaan dan program-program riadhah, walaupun Pergerakan itu mempunyai sumber kewangan yang amat terhad. Malangnya, oleh kerana Zubir telah menjadi antara yang awal memberi kenyataan sokongan ke atas perjuangan Mukhriz, maka beliau telah dipecat dari menjawat jawatan Setiausaha Perhubungan Negeri Pergerakan Pemuda Negeri. Begitulah kuasa politik atasan. Namun, kuasa akar umbi lebih efektif (mungkin melebihi dari kuasa Naib Ketua Pemuda Malaysia!). Walau bagaimanapun, Zubir masih berhati-hati dalam pemilihan kali ini. Dikatakan bahawa ada beberapa AJK di dalam Pemuda Bahagian yang sememangnya menjadi "duri dalam daging". Ada dikalangan team Zubir yang hanya "lebih sudu dari kuah"! Malah ada yang menjadi "liabiliti" kepada Pemuda Alor Star! Inilah yang sepatutnya dipantau oleh Zubir dan rakan-rakan. "Kerana nila setitik, rosak susu sebelanga", kerana mereka ini, rosak Pemuda UMNO Alor Star dibuatnya! "Berani Berubah!".

Cikgu Shahrani atau lebih dikenali sebagai Cikgu Shah mencabar kerusi Zubir! Sebagai AJK Pemuda Bahagian Alor Star, Cikgu Shah dilihat sebagai sengaja mencuba nasib. Sama seperti Zubir, dia juga dipenggal akhir sebagai status "Pemuda". Di belakangnya dibayangi oleh Lan "Loyar" dan KJ! Dia dikhabarkan menjadi taruhan Lan "Loyar" yang dikatakan berniat mencabar Dato' Bashah di UMNO bahagian. Sebagai AJK yang memegang biro pendidikan di Bahagian, Cikgu Shah dikatakan "tidak membuat kerja", "lebih cakapnya dari kerjanya", malah sering "ponteng mesyuarat Pemuda Bahagian". Susah memberi kerjasama dan mungkin berkepentingan di dalam penglibatan politiknya. Lebih menumpukan perhatian di Alor Mengkudu, Cikgu Shah cukup pencalonan untuk bertanding Ketua Pemuda Bahagian. Al-maklum, Alor Mengkudu dikatakan menjadi kubu kuat Lan Loyar dan Cikgu Shah, walaupun Cikgu Shah tidak tinggal di Alor Mengkudu pun! Kalau begitu, apa jasanya untuk Pemuda Alor Star atau negeri? Rata-rata ketua cawangan faham benar dengan apa yang terjadi. Sebab itu dikatakan ada di antara ketua-ketua cawangan pro-Cikgu Shah menukar haluan secara diam dan berpihak pada Zubir. Namun begitu, saya berharap agar Cikgu Shah "berani berubah", walaupun kini masih ber"setia kawan". Buang"Lah" yang keruh, ambil yang jernih! Demi penyatuan dan kekukuhan Pemuda UMNO di Alor Star, kita wajib memberi sumbangan ikhlas tanpa kepetingan peribadi. Itulah asas perjuangan untuk masyarakat. Alif. Ba. Ta.

Apa-apa pun, janganlah jadikan pemilihan ini sebagai pepecahan. Matang dalam berpolitik. Disaat ini, UMNO perlukan penyatuan, bukan pepecahan. Selamat bertanding..!!!Wallahu'alam.

Salam Aidilfitri..(maaf terlewat!)

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Saya meminta ampun dan maaf kerana agak lama saya tidak meng"update" blog perjuangan ini, dek kerana kesibukan tugas harian dan rutin-rutin yang perlu dipenuhi.

Juga, saya menyusun sepuluh jari, memohon ampun dan maaf jika sekiranya ada terkasar bahasa, salah dan silap ketika menulis di bloq perjuangan selama ini. Maaf, zahir dan batin. Halalkan segalanya, makan dan minum, dan sebagainya (untuk teman-teman di luar sana yang sering bertemu, bersidang, berbincang dan beraktiviti bersama!).

Monday, August 18, 2008

Wanita UMNO Pendang bakal dikuasai Suraya!


Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Wanita UMNO. Selalunya, Wanita UMNO dilihat sebagai sayap nombor dua di mata ahli-ahli UMNO. Wanita UMNO dilihat mewakili suara kaum hawa di semua peringkat termasuklah mempengaruhi sayap termuda di dalam parti iaitu Puteri UMNO yang kelihatan lebih "junior". Namun, sedar tak sedar, wanita UMNO memiliki ahli yang lebih ramai berbanding ahli-ahli dari mana-mana sayap di semua peringkat. Malah kadang kala, wanita kelihatan lebih kukuh berbanding yang lain, hatta di peringkat keseluruhan parti. Ini tidak terkecuali di Pendang!

Sewaktu persidangan mensyuarat di cawangan-cawangan Pendang, rata-rata yang hadir adalah dari golongan kaum hawa atau kategori Wanita UMNO. Mereka lebih ramai dan lebih komited di dalam agenda-agenda dan akitiviti-aktiviti parti di mana-mana peringkat. Ini mungkin kerana ramai ahli-ahli lelaki lebih banyak komited dengan kerjaya dan aktiviti-aktiviti sendiri. Malah di Pendang, boleh dikatakan bahawa mesyuarat cawangan kebanyakkannya dimonopoli oleh Wanita UMNO lebih 60% dari segi kehadiran. Itu fakta yang kita semua harus terima. Wanita UMNO tidak boleh dipandang remeh akan "kuasa" undi mereka!

Di Pendang, Mak Lang Timah sebagai penyandang jawatan, mempertahankan jawatannya sebagai Ketua Wanita UMNO dan YB Suraya bertindak sebagai pencabar. Satu lawan satu. Hasil maklumat yang boleh dipercayai, YB Suraya sedang selesa mendahului Mak Lang Timah. YB Suraya mendahului dengan 87 undi dan Mak Lang Timah masih jauh dibelakang dengan 41 undi. Itu maklumat terkini pada 18 Ogos 2008. Apakah akan ada pertukaran tampuk kepimpinan di Pendang? Rasanya, hampir pasti!

Kenapa jadi begini? Apakah ini tanda pepecahan Wanita UMNO Pendang? Rata-rata Wanita UMNO veteran masih mahukan Mak Lang Timah. Namun, rata-rata Wanita UMNO yang lain memilih YB Suraya. Namun, hasil kebijaksanan YB Suraya, dia berjaya mencuri undi dari beberapa cawangan yang dikatakan pro-Mak Lang Timah! Untuk soal pepecahan, saya rasa tidak begitu, kerana Wanita UMNO Pendang berpolitik dalam suasana harmoni dan aman. Tiada sentimen "serangan peribadi".

Antara faktor yang dipercayai berlaku peralihan kepimpinan Pendang ialah soal sokongan kepada Ketua Bahagian Pendang. Mak Lang Timah terang-terangan menyebelahi Rozai, manakala YB Suraya kelihatan "play safe". Rata-rata ahli UMNO Pendang lebih menyukai Tok Man Bedoi. Ada yang mengatakan bahawa "Mak Lang Timah pegang dah lama sangat dah...bagi la kat orang baru pulak"!

Wanita UMNO Pendang mungkin telah memilih Ketua mereka yang baru. Yang lebih "fresh". Bertenaga dan mempunyai idea-idea baru. Lebih moden dan "sophisticated". Jadi mereka juag harus bersedia dengan perubahan-perubahan baru yang bakal dibawa. YB Suraya pula jangan pula merubah politik ahli-ahli Wanita UMNO Pendang dengan drastik, kerana tidak semua mampu melonjak seiring dengan perubahan-perubahan itu. Semoga Wanita UMNO Pendang yang bakal berubah akan berjuang menawan Pendang kembali pada PRU13 nanti. Terutama DUN Tokai..!!! Amacam? Ada berani?

Saturday, August 9, 2008

Pemilihan Pemuda di Alor Star

Semalam aku balik Aloq Staq tengok pemilihan Pemuda kat rumah mak aku sebagai "pemerhati". Hehehehhe....nak tergelak aku tengok!

Mesyuarat Pemuda tu cukup-cukup korum jaaa...Ketua dicabar tapi berjaya kekalkan kerusi ketuanya. Tapi tak pa la....ketua Pemuda ni memang pro bro Zubir dan Syed Rizal yang sememangnya pro Mukhriz. Anyway, dia kena kerja kuat dan perlu dapatkan sokongan dari semua ahli-ahli Pemuda cawangan tu. Syahriman kalah kat cawangan dan Syed Lan perlu memujuk Syahriman kembali ke teamnya untuk menguatkan Pemuda Cawangan. Bagi aku, yang sudah tu sudah lah...buang yang keruh, ambil yang jernih. Penyatuan Pemuda Cawangan lebih penting dari jawatan yang dipertandingkan. Kita juga boleh berbakti kepada UMNO walaupun hanya sebagai ahli biasa! Lainlah kalau ada kepentingan peribadi. Aku berjuang untuk dibawah Pemuda UMNO hanya sebagai ahli biasa yang tiada kepentingan. Terserahlah kepada ahli-ahli lain untuk menaikkan aku. Namun, untuk aku berkempen "undilah saya", jauh sekali dari prinsip kepimpinan saya. Senang cerita...aku ikhlas untuk UMNO...

Semalam aku ada jumpa Syed Rizal Syed Unan masa dia jadi penyelaras mesyuarat. Dia sekali tegaskan bahawa walau apa pun yang terjadi, Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Alor Star akan tetap memihakkan undi depa kepada Dato' Mukhriz sebagai Ketua Pemuda Pusat! Muktamad? Entah lah...politik ni macam-macam boleh berlaku. Tapi rasanya, bila Syed Rizal dan bagi green light kat aku untuk publish statement dari dia, maka betullah bahawa Pemuda Alor Star memilih Dato' Mukhriz sebagai Ketua Pemuda Pusat yang baru. Nampaknya KJ tak boleh cari makan kat Alor Star. DS Khir bukan tidak dipilih, mungkin dia dijadikan calon "reserve"...hehehhe...Syed Rizal akan bertanding Timbalan Ketua Pemuda Bahagian...Nampaknya, dia adalah calon favorite! Dalam penilaian aku (yang baru sekali jumpa...hehehhe) nampaknya Syed Rizal ni friendly dan bagus orangnya. Ada kualiti kepimpinan yang baik. Sesuai sangat menjadi orang kuat no.2 Pemuda Alor Star. Aku ada minta interview sikit. Dia setuju, tapi nantilah bila free..."keluaq pi minum teh"...katanya. Tak pa laa...nanti kalau ada peluang jumpa dia lagi, aku akan interview Syed Rizal dan akan dipublish di sini. InsyaAllah...tapi kalau ada bro Zubir lagi baguihhhhh....hehhehheh...

Syahriman kalah semalam. Nampaknya dia agak kecewa dan bengang atas kekalahannya. Aku faham. Dia kawan aku, Syed Lan pun kawan aku jugak. Mungkin ada sedikit perbezaan pendapat antara Syahriman, Syed Lan dan Aku sendiri, namun...kita harus ingat, penyatuan untuk mengukuhkan UMNO lebih penting dari kepentingan peribadi. Pengorbanan peribadi dan perasaan demi perjuangan dan penyatuan Pemuda UMNO di Kedah ni...maklum laa...bukankah UMNO kini lemah di Kedah...tu yang jadi pembangkang tu..!!! Tapi kalau Presiden UMNO sekarang ni turun takhta, insyaAllah UMNO akan kembali bersemarak megah dan kuat kembali di Kedah! Nampaknya, lagi 2 tahun la nak tunggu.....time tu mungkin UMNO dah hancoqqq!!!

Thursday, August 7, 2008

Latest Anwar Charging : 11.05am/7 August 2008


Anwar mengaku tidak bersalah liwat bekas pembantu
07/08/2008 11:05am
KUALA LUMPUR 7 Ogos – Datuk Seri Anwar Ibrahim mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini terhadap tuduhan melakukan seks luar tabii terhadap bekas pembantu peribadinya Mohd. Saiful Bukhari Azlan pada Jun lepas.
Anwar, 60, dituduh melakukan perbuatan itu terhadap Mohd. Saiful, 23, antara 3.01 petang hingga 4.30 petang 26 Jun 2008 di unit 11-5-1 Desa Damansara Condominium, No 99, Jalan Setiakasih Bukit Damansara di sini.
Pertuduhan adalah mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebat.
Bekas Timbalan Perdana Menteri itu dibebaskan dengan ikat jamin RM20,000.
Kesnya akan disebut semula di mahkamah yang sama pada 10 September depan.

from : Utusan Online...



Kes Liwat Anwar : Part II

Hari ini 7 Ogos 2008, sekali lagi DS Anwar Ibrahim, mantan Timbalan PM (dipecat!) didakwa sekali lagi berhubung kes meliwat. Kes ini adalah kes ke-2 beliau dituduh di mahkamah atas tuduhan yang sama iaitu MELIWAT! Kes pertama di zaman Tun Dr. Mahathir (kes Sukma & Dr. Munawar) dan kes kedua di dakwa di zaman Pak Lah (orang yang melepaskan DS Anwar dari penjara!).

Di saat saya menulis ini (10.15 pagi) kemungkinan DS Anwar sedang berada di dalam kandang tertuduh. Anwar tiba di mahkamah pada jam 9.37 pagi tadi. Setelah sapina diserahkan oleh DSP Jude Periera semalam di kediaman Anwar di Bukit Segambut, Anwar tiada pilihan untuk hadir ke mahkamah dan dijangka akan dibela oleh 9 orang peguam bela! Antaranya R.Sivarasa, Sangkara Nair, Saiful Izham Ramli dan Sulaiman Abdullah. Manakala Pendakwaan akan diketuai oleh Datuk Idris Harun dan beberapa pendakwa raya yang lain. Anwar mungkin akan dituduh mengikut seksyen 377C Kanun Keseksaan (tak boleh jamin!) atau 388 Kanun Jenayah (boleh jamin la pulak..!).

Ketika Anwar tiba di mahkamah tadi, beliau sempat buat Press Conference (PC) bersama Lim Guan Eng. Yang "best"nya...Lim Kit Siang, Gobind Singh dan Husam Musa pun ada. Siap tandatangan agreement "kalau Anwar menang di Permatang Pauh, maka Anwar jadi Ketua Pembangkang!". Tukang baca PC tu ialah Lim Guan Eng. Dia kata, "pendakwaan Anwar ni boleh disamakan bagai pendakwaan kepada rakyat!" Itu yang aku tak paham tu! Kenapa pulak Anwar yang di dakwa, maka rakyat pula di heret sama??? Bodoh ke apa??? aku tak tahu la kenapa PC Anwar kata cam tu. Sumber dari Utusan Online (terkini), tapi rasanya editor Utusan Online dah edit para tu kot...pasal tadi aku click sekali lagi, para tu dah hilang!

Aku tak kata Anwar salah atau tidak bersalah. Tapi aku agak sangsi....

1. Anwar dah 2 kali kena tuduh liwat kat mahkamah (kawan2 Anwar cerita tabiat Anwar ni start dari dia student lagi...tapi takdak bukti)

2. Semua pemimpin Pembangkang menafikan tabiat Anwar meliwat, kecuali TG Nik Aziz (nak kes ni disiasat dengan adil/mubahalah) dan Mat Sabu (Ex-University mate yang memberi gelaran Al-Juburi kepada Anwar).

3. Kenapa Anwar tak mahu bermubahalah (beralasan ikut hujah Datuk Harussani, mufti Perak), sedangkan mubahalah ni disarankan oleh Dr. Asri mufti Perlis dan dipersetujui oleh Mursyidul Am PAS, Datuk TG Nik Aziz? Anwar ni percaya kepada Islam ke tidak???

4. Kenapa US terang2 backing Anwar bila disabitkan kes oleh kerajaan Malaysia? Apa hubungan Anwar dengan US (proksi yahudi) yang dok serang bunuh umat Islam merata dunia ni? Kenapa pemimpin lain macam Tun Mahathir kena dakwa hari tu US tak bela pun? Kalau Anwar, siap buat PC lagi tu....ada apa2 ke?

Entah lah...hangpa pikiaq la sendiri...bagi aku...kalau Anwar meliwat pun...kalau lepas kat undang2 dunia ni...kat akhirat nanti dia takkan lepas punyaaaa...kalau Anwar tak meliwat...maka penabur fitnah ni pun takkan lepas di akhirat kelak...aku tak mahu buat hukuman sendiri sebab aku tak nampak dengan mata kepala aku sendiri, Anwar pun tak ber"qasam" (sumpah) sebanyak 4 kali dan jauh sekali bermubahalah....so...biarlah Allah S.W.T yang menentukan kes ni...aku doakan agar Allah menzahirkan kebatilan dan kebenaran kes ni sebab kes ni dah jadi punca pepecahan, pergaduhan dan kezaliman dikalangan umat Islam di Malaysia kini!





Wednesday, August 6, 2008

Arah Angin UMNO Bahagian Pendang

Baru-baru ini aku balik ke Pendang. Lepas waktu kerja, aku bergegas pulang ke Pendang untuk menghadiri mesyuarat cawangan aku. Hehehhe....cawangan aku kecik jaaa...! Tak ramai yang mai pun. Yang mai pun hanyalah beberapa ahli-ahli UMNO veteran dan beberapa kerat geng Pemuda UMNO. Yang wanitanya pulak...boleh laa....Tapi mesyuarat cawangan aku ni tetap cukup korum dan semestinya sah!

Lepas ketua cawangan dok bla..bla..bla..dan diikuti dengan penyelaras dari bahagian...maka masuk la proses undian...hehehhe...aku tersengih ja kat bawah khemah...setelah semua undian selesai (sorry la...aku tak reveal semua undian2 tu)...nampaknya cawangan aku memilih Tok Man sebagai Ketua Bahagian UMNO Pendang. Rozai dapat 5 undi jaaa....itu pun undi kesian dan nak jaga ayaq muka dia...hehhehe...Melayu memang pandai berbudi bahasa walaupun time mengundi!

Setelah aku risik2 masa mesyuarat cawangan aku malam tu...Ketua Wanita depa bagi Suraya...dan Ketua Puteri Bahagian bagi kat Amal (kalau iku depa nak bagi kat DekWa...tapi khabarnya DekWa tolak atas alasan "dia masih baru...")...dan untuk Ketua Pemuda Bahagian? hehehhhe...rahsia...undi adalah rahsia! Tapi yang pastinya undi untuk Ketua Pemuda akan diberikan kepada "seorang" yang sememangnya layak, berjasa dan berdiri atas kaki sendiri! hehehheh....pandai2 la hangpa teka noooo....hehehhe....kat dalam blog aku ni pun ada nama dia!

Nampaknya team Rozai dok tengah sakit! Cawangan yang dikatakan pro-Rozai pun masuk sebelah Tok Man! Bukan satu atau dua cawangan pulak tu....lebih! Adakah Tok Man akan kembali memegang tampuk kepimpinan UMNO Pendang pada bulan Oktober ni? Hehehhehe...sama2 kita nantikan...ada sampul surat dak? Kalau ada...aku report!

Dengaq kata dari seorang mak long tu....Suraya sekarang sedang mendahului Mak Lang Timah dengan agak selesa...masa awal2 mesyuarat cawangan dulu, pencalonan depa sama kuat...sat Mak Lang dok depan, sat Suraya dok depan...tapi sekarang ni...nampaknya...Mak Lang agak jauh di belakang...tapi Mak Lang still buleh ligan lagi....hehehheh...

Dan berita dari Puteri pun lebih kurang dengan mentor depa jugak...Nampaknya Amal yang bermentorkan Suraya tengah leading....Bana ketinggalan....hehhehe...hari tu masa depa meeting, Bana dan Amal diperkenalkan oleh pengerusi kepada ahli...masa diperkenalkan tu, dua2 orang mangkit, angguk kepala, lepaih tu teruih duduk! Heheheh...apa daaaa....cerita la sikit pasai hangpa nak bertanding, apa manifesto? Apa yang hangpa nak buat untuk Puteri Pendang? Eeiiii....mentor2 depa tak ajaq kot? Ingat ni pemilihan Ketua Darjah kaaa...?

Pemuda yang paling cool sekali! Akrom rilex jaaa...(walaupun kengkadang "berpeluh" la jugak layan kerenah penyokong!) Aku dengaq dan setahu...Akrom selesa di depan...hehhehheh...hari tu Akrom ada cerita kat aku...KJ ada approuch dia...tapi...hehehheh...dia confirm bukan geng KJ...dan rival dia pulak yang masuk jumpa KJ...muahahahhaha....nak tergelak aku dengaq dia cerita...kira dia kena gugat ngan geng KJ la sekarang ni...hehehhe...sabaq je laaaa.....

Apa2 pun....aku tunggu bulan 10 ni...meeting cawangan tidak semestinya menentukan semua Ketua2 tu....Allah akan menentukan undian perwakilan tu nanti...so...apa2 pun, kita tunggu bulan Oktober 2008 ni...Selamat bersidang! Wallahua'alam!






Wednesday, July 30, 2008

Cerita terbaru dari Pendang...29 July 2008 (malam)

Semalam....aku mendengar perkhabaran dari Pendang dari seorang tokoh wanita veteran dan seorang Puteri UMNO yang baru meningkat naik dari Pendang. Dengaq kata...depa dua orang ni agak "glemer" kat Pendang...

Aku bertanyakan tentang Tok Man dan Rozai...seperti biasa..."aku kata kat hang, hang kata kat aku"...cuma nampaknya kali ni kedudukan kerusi Ketua Bahagian Pendang dilihat lebih memihak kepada Tok Man Bedoi. Rata-rata Tok Man masih popular dan menjadi kesayangan ahli-ahli UMNO Pendang. Namun, Tok Man tidak boleh mengambil mudah tentang pengaruh Rozai...Rozai pun ada strategi jugak! Jangan underestimate keupayaan Rozai ni...

Mak Lang Timah & Suraya. Nampaknya senario akaq umbi untuk kerusi Ketua Wanita Bahagian macam nak bagi kat Suraya. Tapi, pencalonan nampaknya agak "fight"...sat Suraya dok depan, sat Mak Lang Timah dok depan...Chaq aku masuk belah Mak lang, Mak Ngah aku masuk belah Suraya...Aku? Aku bagi credit pada Suraya atas kebolehan dan kreadibiliti...dan aku "salute" pada Mak Lang atas jasa-jasanya pada UMNO Pendang selama ni...my vote goes to Suraya...moving forward!

Untuk Ketua Pemuda. Nampaknya Akrom nak kena hati-hati...strategi dia nampaknya kurang berhasil. Nampaknya, ada pihak yang hanya nak mempergunakan Akrom hanya sebagai "tukang sponsor"! Dan Akrom sepatutnya lebih celik dalam hal ni. Jangan overconfidence sangat....kadang-kadang upset boleh berlaku...Wan Adas tentu ada strategi tersendiri...dia pun bukan calang-calang calon...baguih jugak budak ni (walaupun dia ada jumpa KJ kat Padang Terap hari tu...hehehheh...geng KJ ka?)

Untuk Ketua Puteri Pendang...Nampaknya agak sengit! Bana dan Amal yang akan bertanding. Satu lawan satu. Anak Mak Lang Timah tarik diri. Bana ni katanya anak didik Mak Lang...dan Amal ni katanya bermentorkan Suraya. Ermmm...kalau melihat kepada keterampilan, kebolehan, kematangan berfikir...aku rasa DekWa lebih menonjol berbanding depa dua orang ni. Tapi DekWa ni bagi aku "masih baru" dikaca mata akar umbi Puteri Pendang. Walaupun DekWa sebelum ni dikatakan menjadi calon pilihan Suraya, namun Suraya tukaq last minit dengan memilih Amal. Hakikatnya, Dekwa menjadi rebutan antara Bana dan Amal. Baguih sangat ka DekWa ni? Entahlah...biaq la akaq umbi Puteri Pendang yang pikiaq...

Apapun, bagi pendapat aku...UMNO Pendang agak complicated. "Hala tuju" masih kabur. Masing-masing memainkan sentimen individu berbanding menyedarkan ahli tentang hala tuju UMNO yang sebenar. Kempen individu yang masih menebal ini telah membawa kepada politik "sponsor mensponsor" dikalangan calon-calon. Secara diam-diam la...tak mau dituduh politik wang! Bukti tak dak nak tuduh pun...Namun hakikatnya, trend ini menjadi popular demi untuk men"secure"kan pengaruh dan pencalonan undi. Itu yang aku kurang bersetuju. Bagi aku, agenda matlamat membina kembali kekuatan UMNO dan menyatukan kembali akar umbi yang bergolak lebih penting dari kempen peribadi! Jangan jadi "opportunist"! Akar umbi harus dimaklumkan dengan krisis "hakisan" kuasa politik ketuanan Melayu yang semakin tergugat. Seharusnya, Presiden UMNO harus dipertangggungjawabkan dalam hal ini dan beliau patut meletak jawatan secara terhormat sebelum akar umbi semakin hilang keyakinan yang menyebabkan UMNO menjadi semakin parah dimata rakyat!

Kepada UMNO Pendang...Bangkitlah! Rakyat perlukan kebangkitan UMNO Pendang anda untuk merubah nasib Melayu yang semakin malap...saya percaya UMNO Pendang bijak, adil dan berani untuk menongkah arus merubah wajah UMNO mengikut kemahuan akar umbi. UMNO Pendang tidak lemah...jadilah salah satu Bahagian UMNO yang bermaruah! Selamat bertanding...!!!






Monday, July 28, 2008

UMNO VS. PAS : Perang Siffin?!

Assalamualaikum...dan salam sejahtera...

Masih ingatkah kita kepada sirah Islamiyyah di zaman akhir pemerintahan Khulafa' Ar-Rashidin Al-Arba'ah? Khalifah yang terakhir dari yang empat...Saiyyidina Ali Karramallahbu Wajhah. Ya...di zaman itulah berlakunya perang saudara Islam...Perang Siffin (37 hijriah)!

Apakah kena mengena perang Siffin dengan kita? Cuba analisis penyelesaian perang Siffin diantara wakil Sayyidina Ali Karramallahu Wajhah R.A dan wakil Sayyidina Muawwiyah bin Abi Sufyan R.A....ketika mana Amru Ibnu Al-As dan Abu Musa Al-Asya'ri merundingkan penyelesaian perbalahan...kedua-dua pihak telah bersetuju untuk kedua-dua tokoh Islam terbilang tersebut untuk meletak jawatan...Dimulakan dengan Sayyidina Ali R.A meletak jawatan...dan apabila Sayyidina Ali R.A meletak jawatan..maka secara automatik Islam ketiadaan Khalifah...maka kesempatan ini dimanfaatkan oleh Amru Ibnu Al-As untuk membai'ah Saiyyidina Muawwiyah sebagai Khalifah Islam...begitulah keadaan rundingan tersebut.....kuasa kemudiaannya ditangan Sayyidina Muawwiyah setelah Saiyyidina Ali R.A dibunuh...wallahua'alam....

Dan TG Nik Aziz minta UMNO dan PAS dibubarkan...dan diminta bergabung dibawah satu parti sahaja! Hehehehheh...katakanlah UMNO dibubarkan....kemudian dia buleh declare yang parti tu takdak pemimpin...maka dia still pemimpin gabungan 2 parti...maka dia take over...hehhehhe...bijak!...bijakkk..!!! Kita minum dulu...!!!

Rasanya akan terjadi tak macam perang Siffin tu? Rasanya UMNO tak setuju kotttt??? hehhehe....bersatu tak semestinya kena bubarkan...kalau ikhlas nak bersatu...bersatu je la...tak payah bersyarat....masuk je la BN...parti memerintah tu....tinggalkan PKR & DAP...depa tu menolak Islam tu....tak boleh pakai punyaaaaa....!!!

p/s: Heehehhehhehhe...tepuk dada tanya selera....sup "gearbox" sedap gak nihhh..!!!




Saturday, July 26, 2008

"Warisan"...hayatilah!


Anak kecil main api
Terbakar hatinya yang sepi
Airmata darah bercampur keringat
Bumi dipijak milik orang


Nenek moyang kaya raya
Tergadai seluruh harta benda
Akibat sengketa sesamalah kita
Cita lenyap di arus zaman


Indahnya bumi kita ini
Warisan berkurun lamanya
Hasil mengalir ke tangan yang lain
Pribumi merintih sendiri


Masa depan sungguh kelam
Kan lenyap peristiwa semalam
Tertutuplah hati terkunci mati
Maruah peribadi dah hilang


Kini kita cuma tinggal kuasa
Yang akan menentukan bangsa
Bersatulah hati bersama berbakti
Pulih kembali harga diri


Kita sudah tiada masa
Majulah dengan maha perkasa
Janganlah terlalai teruskan usaha
Melayu kan gagah di Nusantara


p/s : Sempena pemilihan UMNO peringkat cawangan dan bahagian kali ni...aku mintak...hayatilah lirik lagu "WARISAN" (original version) ni...semoga sedar kembali tentang hala tuju kita ynag semakin kelam akibat kepimpinan yang lemah Pak Lah...mari kita gunakan kuasa akar umbi...Undurkan Pak Lah dari persada takhta presiden UMNO!!!



Friday, July 18, 2008

Strategi "Rakit" tidak dibenarkan dalam pemilihan UMNO kali ni...

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Last weekend, aku balik ke Pendang. Bertanya khabar disana. Memeningkan kepala. Aku ada bertemu Akrom, pemangku Ketua Pemuda Pendang. Kami makan bihun sup kat kedai belakang Bank Pertanian kat Pekan Pendang. Face to face, Akrom sekali lagi menceritakan kesusahan dan pengorbanan beliau untuk mengekalkan jawatannya di Pendang. Aku akur. Memang memeritkan bila ada akar umbi yang jenis "meminta-minta" ni...

Cerita "rakit" Pak Lah...

Lepas tu aku pi rumah Pak Ngah aku kat Taman Sri Pendang. Pak Ngah Li Om kata...Pak Lah tak bagi buat sistem "rakit" untuk pemilihan kali ni. Tapi...Pak Lah sendiri dah buat "rakit"! "Pak Lah dah ikat dua buluh besaq...satu dia punya, satu lagi Najib punya (walaupun Najib bukannya rela sangat pun...)". "Lepaih tu, Pak Lah ikat pulak kuat-kuat buluh-buluh panglima-panglima dia kat buluh belah dia, dan Pak Lah ikat pulak buluh-buluh kecik panglima-panglima Najib kat buluh belah Najib...tapi ikat kat belah Najib tu longgaq-longgaq la sikit...". Aku dah paham dah! Maknanya...lepas Perhimpunan Agung UMNO kali ni...maka Pak Lah akan bukak slow-slow ikatan sebelah Najib...maka tinggai la Najib sorang kat situ...dan Pak Lah akan buang buluh besaq tu bila dia dah cukup kuat untuk terapung dengan buluh-buluh belah dia yang diberi jawatan kanan nanti...begitulah cerita "rakit" Pak lah!

Ada kemungkinan jugak "rakit" Pak Lah ni akan berlaku. Nampaknya, UMNO akan karam jugak dengan "rakit" Pak Lah ni...Aku berdoa agar DS Najib buka mata luas-luas! Bukak ikatan buluh dia dari ikatan Pak Lah...sebab buluh Najib sememangnya kuat kerana di dokong oleh ramai pemimpin UMNO lain dan sokongan akar umbi kepada buluh Najib! Bangunlah Najib!!!

sila rujuk:
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0717&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_04.htm

Naib Ketua Pemuda Alor Star : 3 Penjuru jugak???

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Baru-baru ni aku ada bersembang dengan beberapa Ketua Pemuda Bahagian di Kedah. "Pemilihan kali ni panasssss..." kata depa. "Macamana dengan Naib Ketua Pemuda Bahagian?" aku tanya. "Lagi panasss....!" itu katanya. Rupa-rupanya, jawatan naib ketua pemuda semakin mendapat tumpuan setelah Negeri Kedah jatuh ke tangan pembangkang. Rata-rata pemuda yang cepat panas mula menolak kepimpinan sedia ada. Kata mereka "jangan biarkan depa dok dalam comfort zone...kita lawan, tolak kepimpinan lembik dan yes boss!". Aku dapat tahu bahawa akan ada pertandingan 3 penjuru untuk jawatan Naib Pemuda Alor Star...katanya lah!

Calon pertama ialah saudara Syed Rizal. Siapa di kalangan pemuda UMNO yang tidak kenal dengan Syed Rizal di Bahagian Alor Star? Walaupun ini adalah first time dia cuba menjadi calon untuk Naib Ketua Pemuda Bahagian, dia dikenali ramai. Anak kepada tokoh berpengaruh di Kedah, Syed Unan, Syed Rizal dikatakan sebagai calon favorite untuk jawatan ini. Dia dilihat banyak terlibat dengan program-program anjuran Pemuda UMNO Bahagian memandangkan beliau adalah salah seorang orang kuat Pemuda Alor Star. Sebagai salah seorang panglima Bro Zubir (KP Alor Star), Syed Rizal dilihat mampu untuk menggugat calon lain. Syed Rizal bercita-cita tinggi di dalam politik dan dijangka mendapat sokongan AJK-AJK Bahagian (seperti Bro Led). Dia juga seorang peguam yang berjaya tentunya telah bersedia dengan strategi dan manifesto yang bijak...

Calon kedua ialah Cikgu Zul. Cikgu Zul adalah "orang lama" di dalam kem Dato' Bashah. Dia yang menetap di Alor Mengkudu, dikatakan bersifat low profile dan soft spoken. Ada yang mengatakan bahawa dia adalah orang Lan Lawyer, "musuh" politik Dato' Bashah dalam UMNO Bahagian. Namun, kesahihannya masih boleh dipertikai. Dia dipenggal akhir pada pemilihan ini dan tidak merugikan bagi karier politiknya untuk bertanding. Walaupun dia dikatakan kurang mendapat sambutan di kalangan Pemuda, sokongan kepadanya tidak dapat dinafikan. Otai-otai lama ada yang berpihak padanya. Ada satu berita lagi...dia dikatakan "geng Cikgu Shah" yang akan bertanding Ketua Pemuda Bahagian Alor Star. Entah betul...entah tidak...

Calon yang ketiga, Syariman. Syariman ni orang baru jugak, sama seperti Syed Rizal. Syariman ni pun peguam jugak, sama seprti Syed Rizal. Cuma Syariman ni bukan anak orang kenamaan sebagaimana Syed Rizal. Syariman ni orang biasa. Asalnya orang susah, dok kat kawasan rumah murah bantuan kerajaan. Dia adalah salah seorang akar umbi yang berjaya mengubah nasib diri dan keluarganya...dan kini menawarkan diri untuk melakukan perubahan di dalam Pemuda UMNO Alor Star. Ramai yang tidak kenal Syariman. Jika nak tahu Syariman yang mana? Alaaa...Syariman yang jadi MC masa Tun declare keluar UMNO tu...Syariman cukup vokal dan berpendirian tegas. Tidak menjanjikan "sampul surat coklat" kepada penyokongnya, kerana baginya itu di ibaratkan sebagai "menjual perjuangan UMNO". Itulah Syariman. Walaupun sekadar "under dog", dia dilihat mampu menggugat calon-calon lain dengan prinsip perjuangannya.

Hakikatnya...Bertandinglah sebagai "anak jantan" Melayu. Ingatlah dasar perjuangan UMNO yang sebenar. Jawatan adalah tanggungjawab besar dan amanah yang diberikan kepada akar umbi kepada mereka yang menang. Jagalah amanah itu dengan baik, kerana akar umbi inilah juga yang akan menjatuhkan mereka jika mereka alpa dan lupa daratan. Malah, amanah ini akan dipersoalkan apabila tiba masanya di padang Mahsyar, di depan Allah S.W.T. kelak. Jawatan ini bukan untuk suka-suka dan glamour...ingat tu semua. Selamat bertanding!

p/s: aku sokong sesiapa yang tolak Pak Lah dan KJ...!!!



Bila Kak Su Bersuara... Heh!