Sunday, March 4, 2012

AKU SETUJU DENGAN S/U DEWAN ULAMA PAS, KERAJAAN ISLAM WAJIB DIPERTAHANKAN..!!!


Aku setuju sangat dengan kenyataan Setiausaha Dewan Ulama PAS Pusat, Dr. Mohd Khairuddin Aman Razali, yang menegaskan bahawa adalah WAJIB MEMPERTAHAKAN KERAJAAN ISLAM.

Juteru, memandangkan Kerajaan BN merupakan sebuah kerajaan yang membina sebuah negara Islam seperti Malaysia, maka ia juga wajib dipertahankan selagi tidak bersekongkol dengan KAFIR HARBI dan AGEN YAHUDI ISRAEL laknatullahialaihim!

So far, UMNO membentuk perikatan dengan golongan kafir zimmi yang akur pada kedudukan Islam dan tidak sesekali mempetikaikan keistimewaannya. Jika mereka pertikaikan pun, UMNO lebih dominan untuk tidak melayan kehendak mereka dengan cara diplomasi.

Berbanding dengan Pakatan Haram. Parti haram tidak berdaftar itu dikuasai oleh golongan KAFIR HARBI yang jelas menolak sebarang dasar Islam dalam pemerintahan Kerajaan. Azan dipertikai. Tulisan jawi dipertikai dan banyak lagi hal ehwal keistimewaan Islam dipertikai.

DAP kafir harbi itu tidak mengiktiraf kedudukan istimewa Islam apabila mahu agama-agama lain diberikan hak yang sama rata. Jika hak sama rata diberikan, maka hilanglah keistimewaan Islam di negara ini! Itu tak boleh dibiarkan!

PKR juga mendokong ideologi yang sama melalui fahaman pluralisme yang meletakkan Islam sama taraf dengan agama lain. Hakikatnya, Anwar lupa bahawa dia juga beragama Islam yang perlu mengutamakan Islam melebihi anak dan isterinya!

Apa yang Anwar pentingkan ialah Yahudi Zionis Israel! Dia bodek sakan! PAS suruh tarik balik pun dia tak mau tarik balik. Pok Nik Ajis sindir pun dia buat tak peduli saja! Orang macam tu ke korang nak angkat jadi PM? Agen Yahudi Israel jadi PM Malaysia..? Korang nak biarkan? Heh!

GEMPARRR..!!! MAHFUZ NGAKU TAK SEBULU DENGAN AZIZAN..???!!!


Heh! Baru sekarang Mahfuz nak mengaku tak "sebulu" dengan Azizan? Selama ni bila orang kata dia tak ngam dengan Azizan dia buat dekkkk dan tak ngaku pulak. Heh!

Hari tu dah tunjuk hangin satu badan kat Azizan Razak pasal kes kontrak berbilion nak buat kampus KUIN kat Kuala Ketil..! Sampai letak jawatan dalam Kedah Sato..!!!

Kononnya, nak suruh orang pujuk balik la tarik balik perletakan jawatan dia tu. Sekali, orang tak pujuk punnnn..!!! Habis punah! Projek tak dapat, jawatan melayang, elaun tak dapat! Tu la akibat buat sesuatu guna kepala lutut dan tak pakai otak...heh!

Semalam, Mahfuz dah ngaku tak "sebulu" dengan Azizan. Tapi dia cuba cover-cover line sikit, takut Hadi marah kat dia...heh! Hek elleeehhh..!!! Macam orang tak tahu...heh!


Siapa Mahfuz nak komen tentang masalah Kerajaan PAS Kedah? Dia bukan dok dalam Kerajaan pun. Heh! Ngaku je la ada hati nak jawatan MB. Mahfuz tau, mustahil dia akan dilantik jadi PM kalau Pakatan Haram menang. Tak dapat jadi PM, jadi MB pun jadi laaaaa...heh!

Gerakan Mahfuz ni Sanusi Setpol Azizan pun tahu. Jenuh dia kepong kawasan. Mujur la Sanusi tu muda lagi dan agak cekap, kalau dah tua macam Taulan Rasul tu..heh! Alamatnya Azizan melayang laaaa...heh!

Aku dari kecik dok dengan orang-orang kuat PAS Kedah. Sejak zaman arwah Ust Fadhil la. Jadi banyak jugak la yang aku tau pasal pemimpin PAS Kedah batch Mahfuz tu..heh! Dan arwah dulu tak value pun si Mahfuz tu...heh!

PANASSSS..!!! PENGAKUAN BERANI MATI..!!! MAHFUZ NAK JADI PM..!!!

"Hangpa ingat aku sikat belah tepi tak boleh jadi PM kaaaa..???"

Kah..! Kahh..! Kahhh..!!! Mahfuz kata dia nak jadi PM laaaa..!!! Muahahahahahaaaa...!!! Kenyataan Mahfuz tu buat aku ketawa guling-guling kat atas karpet rumah aku...Muahahahahahahaaaa..!!!

Nak jadi PM? Muahahahahaaaa..!!! Heh! Kalau dikenangkan otak dan akal Mahfuz, bukan setakat jadi Ketua Kampung, jadi ketua kelas darjah 5 Anggur pun belum tentu lepasss..!!! Muahahahahahaaaaaa....

Bukan la aku nak mengutuk, tapi pada pandangan aku, majoriti rakyat Malaysia yang mengikuti perkembangan politik Malaysia ni setuju dengan pendapat tersebut. Mahfuz ni memang low class mentaliti..! Heh!

Dia kata cam tu sebab jawab soalan dari Malaysiakini. Malaysiakini pun satu bodo pi tanya soalan lagu tu! Ingat Mahfuz nak bagitau media ka dia nak jadi MB? Bodo punya soalan daaaaaa...!!! Heh! Elok la tu..soalan bodo untuk MP bodo..heh! Klik sini.

Sebenarnya dia dah kecut perut. Gerakannya nak gulingkan Azizan dah hampir gagal. Nampaknya dia dah tak sempat nak counter perjatuhkan Azizan sebab Hadi jumpa Azizan semalam nak settle masalah PAS Kedah...heh!

So mau tak mau, dia terpaksa jadi calon PAS kat Pokok Sena. Tu pun kalau dia dicalonkan kat situ lagi..heh! Dan itu pun kalau dia menang kat Pokok Sena lagi! Heh! Orang Pokok Sena nak undi dia lagi tak? Muahahahaaaa...

PAS KEDAH SEBOK REBUT KUASA, RAKYAT KEDAH TERBIAR MENDERITA..!!!

exco pas kedah latest

Seminggu dua ini kecoh diperbualkan tentang kemelut dan krisis kepimpinan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Razak yang dikatakan tidak sebulu dengan kebanyakan Exco-Exco yang dilantik beliau di dalam Kerajaan PAS Negeri Kedah.

Kemuncaknya, dua orang Exco yang lama iaitu Datuk Phahrolrazi Zawawi dan Dr. Ismail Salleh enggan dilantik menjadi Exco baru yang mengangkat sumpah pada 28 Februari baru-baru ini.

Menurut Phahrolrazi, beliau sudah lama bersabar dengan Azizan dan kini berada di tahap ‘kritikal’ terhadap kepimpinan Pesuruhjaya PAS Negeri Kedah itu. Phahrolrazi mengaku punya masalah dengan corak kepimpinan Azizan yang dikatakan kurang menepati citarasanya. Dan disebabkan itu beliau menolak untuk duduk di dalam barisan Exco di bawah Azizan Razak lagi.

Alasan yang sama turut dikongsi bersama oleh Ismail yang sememangnya sudah sekian lama ‘tidak sebulu’ dengan Azizan dan tidak berpuas hati dengan kepimpinan Mentei Besar Kedah itu.

Sehingga kini, Timbalan Pesuruhjaya PAS Kedah I dan II itu masih berdegil serta berkeras enggan menyertai Azizan di dalam kerajaan negeri lagi. Dalam ertikata lain, mereka melakukan ‘mufaraqah’.

Sebenarnya, kisah cuba menggulingkan Azizan ini berlaku sejak MB Kedah itu dimasukkan ke IJN lagi. Masih ingat lagi tentang Azizan yang terpaksa dikejarkan ke IJN di ibunegara dan mendapat rawatan rapi akibat masalah jantung?

Ya. Ketika itulah segalanya bermula apabila adegan cucuk-mencucuk berlaku di kalangan pemimpin-pemimpin PAS Kedah. Masing-masing sudah pasang niat mahu menggantikan Azizan sebagai Menteri Besar. Malah, saya mendapat maklumat bahawa ada di kalangan mereka meminta agar Azizan cepat-cepat “padam”! Dahsyat sekali cara mereka rebutkan kuasa hinggakan soal hidup mati pun mereka sanggup doakan.

Ditakdirkan Allah, Azizan berjaya mengatasi masalah kesihatannya dan bergegas kembali ke Kedah untuk menyambung tugasnya. Menurut sumber dalaman yang saya terima, Azizan diberikan MC untuk berehat selama lebih sebulan.

Namun, memandangkan maklumat yang sampai ke cuping telinganya memberitahu wujud cubaan menggulingkannya dari jawatan MB, dia degil juga mahu masuk pejabat dan bertugas. Nampaknya Azizan lebih sayangkan jawatan berbanding kesihatan dirinya ketika itu.

Kegagalan menggulingkan Azizan itu mengecewakan ramai Exco-Exco PAS Kedah. Meskipun Azizan kurang pasti tentang identiti siapa yang mahu menggulingkannya, beliau tetap menjalankan langkah berjaga-jaga sejak itu.

Dan kerana itulah mereka mensasarkan agar Azizan tumbang pada 28 Februari itu. Menurut sumber, mereka juga berniat untuk melakukan undi tidak percaya terhadap Azizan Razak bagi memaksa beliau meletakkan jawatannya.

Pada saya, senario Azizan dan Exco-Exco PAS Kedah itu jelas menunjukkan sifat PAS yang sebenar. Sebenarnya, tiada langsung niat dihati mereka untuk berkhidmat kepada rakyat. Mereka hanya mahukan kuasa dan imbuhan elaun dari kuasa yang mereka perolehi.

Persoalannya, sedang para pemimpin PAS Kedah sibuk berpolitik berebutkan kuasa sesama sendiri, apakah nasib rakyat Kedah?

Gerai-gerai tempat mereka mencari rezeki dirobohkan dan tidak pula digantikan dengan yang baru atau gerai sementara. Jalan-jalanraya yang rosak teruk dan sepatutnya diturap baru hanya ditampal saja dengan tar-tar berlebihan hingga menyebabkan berlaku banyak kemalangan dan merosakkan kenderaan.

Begitu juga dengan kemelut bekalan air yang masih keruh dan gagal diselesaikan oleh Kerajaan PAS Kedah dengan baik. SADA buat kerja betul, tapi airnya seolah-olah ‘disabotaj’ pula oleh ‘projek-projek’ baru di sekitar sumber air Kedah. Ada pak-pak Exco ini pantau?

Bagaimana pula dengan sekolah-sekolah agama rakyat yang semakin tidak dipedulikan? Khabarnya sekolah-sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil diberikan berpuluh-puluh ribu dana tambahan dari Kerajaan PAS Kedah untuk membeli “jiwa” dan undi.

Tapi malangnya bil elektrik dan air Pondok Pak Ya pun tak mampu dibantu, apatah lagi untuk melangsaikan hutang pada TNB dan SADA?

Banyak lagi kurap-kurap, panau-panau dan keperitan hidup rakyat Kedah yang tidak dipedulikan. Masalah sampah dah kurang, itu pun kerana Kerajaan Pusat beri bantuan. Tapi masalah ‘sampah’ yang baru pula timbul dan ‘sampah-sampah’ tersebut akan diajar oleh rakyat Kedah pada PRU13 nanti, insyaAllah!


Sumber: Klik sini

Saturday, March 3, 2012

PANASSS..!!! MAHFUZ DEMAM TERUK TAKUT KENA SAMANNN...???!!!


Nampaknya "Mr. Bean PAS" dah kecut perut..!!! Dr. Hasan Ali tekad nak saman Ahli Parlimen PAS paling low IQ ini. Heh! Mana lagi nak lari? Sebelum ni hentam orang ikut sedap mulut saja..kan? Heh!

Rasanya dah ketaq dah lutut Mahfoooz baca berita di sini dan di sini. Haaaa...kali ni jangan nak tuduh UMNO lagi haaaaa....heh!

Macamana Mahfooooz? Heeeiii...buat malu orang Pokok Sena saja. Lain kali, sebelum bercakap tu pikiaq la dulu! Tapi payah jugak...Mahfoooz ni bukan reti pikiaq pun. Kalau dia pikiaq pun dah tentu salah jugak...heh!

Tapi orang macam Mahfoooz ni jugak la yang laku dalam PAS. Bukan setakat laku, siap diangkat jadi Naib Presiden lagi. Heh! Tu pun bukan apa...Mat Sabu saja bagi dia menang sebab senang sikit nak control orang low IQ macam "Mr. Bean PAS" ni...heh!

PRU13: RAMALAN TUN DAIM ZAINUDDIN..!!!


Sebelum kita membaca ramalan Tun Daim Zainuddin yang dibuat melalui wawancara khas dengan akhbar China Press, adalah amat penting untuk kita mengingati bahawa Daim adalah satu-satunya pemimpin yang secara terbuka meramalkan Barisan Nasional (BN) akan kehilangan beberapa negeri dan mencatatkan keputusan terburuk dalam pilihan raya umum (PRU) ke-12 lalu.

Justeru, bersandarkan pengalaman sebelum ini, maka ramalan yang dibuat Daim pastinya memiliki nilai politik yang tinggi dan perlu diberikan perhatian.

Antara ramalan beliau untuk PRU ke-13 seperti yang disiarkan di muka satu akhbar China Press ialah :

-Orang ramai sudah bosan dengan pertelingkahan politik yang tidak putus-putus antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR), dan ini mungkin menyebabkan mereka tidak akan turun mengundi dalam PRU yang akan datang dan keadaan tersebut mewujudkan ‘Parlimen Tergantung’ atau Hung Parliament.

-Pentadbiran BN di Pahang tidak akan terjejas akibat isu Lynas.

-Rakyat juga bosan dengan pertelingkahan dalaman di kalangan para pemimpin PR di Kedah dan Selangor. Dapatkan anda bayangkan pertelingkahan yang akan wujud jika PR memerintah Kerajaan Pusat? (Soalan yang dilontarkan oleh Daim)

-Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mungkin menunggu sehingga tahun hadapan sebelum mengadakan PRU ke-13.

-Mana-mana kerajaan akan melakukan kesilapan apabila memerintah sesebuah negara untuk tempoh yang lama.

-PR akan mengekalkan kuasa di Pulau Pinang dan Kelantan tetapi berkemungkinan besar kehilangan negeri Kedah.

-BN dan PR akan bertarung sengit di Selangor dan Perak.

-Hampir 20 peratus undi masyarakat Cina terutama dari kawasan luar bandar akan berpihak kepada BN.

-BN masih mampu mengekalkan kuasanya di Johor.

-Sukar untuk meramalkan berapakah jumlah kerusi yang BN akan menang atau tewas. Perhatian khusus harus diberikan kepada kelompok pengundi muda.

**Parlimen tergantung juga adakalanya dikenali sebagai Parlimen seimbang. Ia biasanya wujud dalam negara demokrasi dengan sistem dua parti di mana keputusan sesuatu pilihan raya memperlihatkan tidak ada mana-mana parti yang berjaya membentuk kerajaan dengan majoriti mutlak.

**Tun Daim adalah Menteri Kewangan negara antara tahun 1984 hingga 1991. Beliau juga merupakan seorang usahawan dan ahli ekonomi yang amat disegani bukan sahaja di Malaysia, tetapi juga dalam dunia perniagaan peringkat global.

Sumber: Mynewshub.my

GEMPARRR..!!! SELEWENG DANA RM150 JUTA: SPRM SIASAT EXCO PAS KEDAH..???!!!

jalan kedah

Di sebalik kekalutan krisis kepimpinan Kerajaan PAS Negeri Kedah, saya diberitahu oleh satu sumber dari Wisma Darulaman bahawa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kini sedang menyiasat pejabat-pejabat Exco Kerajaan Negeri di pusat pentadbiran negeri itu.

Menurutnya lagi, ada di kalangan Exco-Exco dan pegawai-pegawai lantikan politik di wisma tersebut yang disyaki menyeleweng dana peruntukan yang disuntik oleh Kerajaan Pusat (BN) untuk membuat dan menyelenggara jalanraya di seluruh Kedah yang berjumlah RM150 juta.

Namun mengikut rekod audit, hanya RM50 juta digunakan dan selebihnya ‘disimpan’ di dalam ‘tabung amanah’ yang diragui statusnya.

Bila ditanya ADUN BN di dewan undangan negeri tentang dimanakah duit itu sekarang, mereka menjelaskan bahawa wang itu ‘selamat’ di dalam ‘tabung’. Benarkah begitu?

Menurut sumber lagi, ramai pihak khususnya pada pemimpin BN yang sudah tahu bahawa wang tersebut telah disalahgunakan bagi membayar gaji kakitangan awam negeri Kedah! Ini adalah kerana Kerajaan PAS Kedah dikatakan gagal menjana wang bagi membayar gaji kakitangan awam peringkat negeri yang sepatutnya dibayar dari akaun kerajaan negeri itu sendiri.

Dalam hal ini, sekiranya benar dakwaan sumber berkenaan maka bolehlah saya simpulkan bahawa bahawa para pemimpin PAS Kedah telah menyeleweng wang yang diperuntukkan untuk kebajikan rakyat.

Amanah yang diberikan oleh Kerajaab Pusat untuk rakyat negeri Kedah telah dikhianati begitu saja tanpa memikirkan kesan terhadap kesejahteraan rakyat di negeri itu.

Contohnya, TV3 pernah melaporkan ribuan rakyat di Sungai Petani yang menunjukkan protes terhadap Kerajaan PAS Kedah yang dikatakan gagal menyelenggara jalanraya sehingga menyebabkan kemalangan jalanraya kerap berlaku dan ada yang hampir kehilangan nyawa.

Selain itu, kenderaan mereka juga sering rosak dan terpaksa dihantar ke bengkel melakukan proses ‘balancing’, ‘allignment’ dan ada juga yang terpaksa menukar tayar kenderaan yang rosak pada hampir setiap bulan!

Apakah Kerajaan PAS Kedah fikir nyawa rakyat Kedah begitu murah?

Dan apakah PAS Kedah fikir rakyatnya banyak duit untuk menyelenggara kenderaan masing-masing yang rosak akibat keadaan jalanraya yang teruk?

Apakah hak mereka untuk menafikan hak rakyat yang berhak memiliki jalanraya yang baik strukturnya? Wang itu untuk memperbaiki jalanraya, bukan untuk bayar gaji kakitangan awam negeri!

Adalah sangat tidak adil untuk menyeleweng hak dan wang rakyat begitu. Sepatutnya, Kerajaan PAS Kedah perlu mencari alternatif sendiri untuk membayar gaji kakitangan awam negeri itu dan tidak menggunakan wang peruntukan jalanraya dari Kerajaan Pusat untuk perkara lain.

Jika negeri-negeri lain bertungkus lumus meningkatkan tahap kewangan negeri untuk menampung pembayaran gaji para kakitangannya, mengapa pula Kerajaan PAS Kedah tidak mampu buat begitu?

Kalau nak pusing modal pun, buatlah dengan menggunakan wang perbendaharaan negeri yang tidak bersangkutan dengan kepentingan rakyat. Kalau payah sangat, gunakan saja duit balak yang dikatakan berjuta-juta itu.

Dan kalau rasa tak mampu untuk menguruskan kewangan negeri atau tidak mampu untuk berlaku amanah terhadap tanggungjawab membangunkan negeri, eloklah serahkan kembali negeri Kedah kepada BN dari terus membiarkan Kedah mundur ke belakang seperti Kelantan.

Sangat zalim sekiranya menafikan hak rakyat sebegitu rupa. “Buatlah kerja cara Islam…”, itu saja kali ini untuk Azizan dan konco-konconya…


Sumber:Klik sini

Friday, March 2, 2012

PANASSS..!!! KENALI SIAPA BADRULAMIN SEBENARNYAAAA..!!!


Dr Badrulamin bin Bahron (‘Badrul Amin’) 611204-71-5327. adalah seorang ahli politik dan bekas pensyarah undang-undang Islam ( Islamic Law) di Universiti Malaya dan menjawat jawatan Profesor Madya Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (1984 – 1999).

Beliau pernah menyertai pilihan raya 2004 dan 2008 bagi kerusi parlimen Sabak Bernam namun tewas kepada calon BN-UMNO dengan majoriti tipis.

Beliau dilahirkan di Tawau Sabah dan berkahwin dengan isteri pertama Zumrah dan mereka mempunyai enam orang anak.

Isteri keduanya seorang janda, Harlina Zainuddin 40 dan mereka berkahwin pada Oktober 2010 di dalam satu majlis ringkas di Ampang, Selangor.

Badrul merupakan salah seorang daripada 25 pelajar Sabah yang dipilih untuk menyertai satu projek yang diilhamkan oleh Ketua Menteri Sabah Dato Harris Salleh. Yayasan Sabah bertanggung jawab untuk menjayakan projek ini.

Projek yang dimaksudkan ialah untuk melahirkan Ilmuan Islam dari kalangan anak-anak Sabah untuk mengembang dan membangunkan syiar Islam dinegeri bawah bayu. Lalu Badrulamin bersama 24 pelajar yang lain diterbangkan ke Kuala Lumpur. Kesemua mereka ditempatkan di sekolah pondok di Tanjung Karang Selangor.

Daripada 25 orang itu Badrulamin adalah pelajar yang pintar dan menunjukkan prestasi yang cukup baik. Maka semakin cerahlah harapan kerajaan Harris Salleh untuk menjadikan Badrulamin sebagai ikon kepada rakyat Sabah. Jawatan Mufti sedia menanti untuk diisi oleh Badrulamin.

Kerajaan negeri berbelanja besar untuk kejayaan beliau, akhirnya Badrulamin berjaya melanjutkan pelajaran dan lulus BA dari Universiti Al-Azhar Mesir. sarjana di LLM Kent, UK dan mendapat Ph.D di Universiti Birmingham, United Kingdom.

Sekembalinya dari pengajian di luar negara beliau mula berkhidmat sebagai tenaga pengajar di UM buat seketika sebelum berpindah UIA dan di sinilah beliau terpengaruh dengan mazhab Anwar Ibrahim. Hampir kesemua tenaga pengajar di UIA dan pelajar-pelajarnya taksub dan menjadi penyokong kuat Anwar Ibrahim.

Anwar juga menjanjikan kedudukan yang tinggi kepada pensyarah-pensyarah UIA sekiranya berjaya melonjakkan Anwar menjadi Perdana Menteri. Dr Muhammad Noor Manuty pun telah dijanjikan tempat yang istimewa di Umno Larut.

Muhammad Noor Manuty dijanjikan jawatan Ketua Bahagian Umno dan menjadi Ahli Parlimen Larut. Badrulamin sama seperti Mohd Noor Manuty, cumanya dia akan menjaga negeri Sabah di bawah bayu.

Sayang seribu kali sayang, harapan rakyat Sabah untuk melihat Badrulamin kembali ke Sabah setinggi Gunung Kinabalu tidak kesampaian, Badrulamin hanyut di Lembah Kelang dan dibuai mimpi indah serta diulit oleh Anwar Ibrahim.

Hutang Badrulamin kepada rakyat Sabah terlalu besar dan tidak mampu dibayar dengan wang ringgit. Allah maha kaya, kini Badrulamin menerima hukuman dunia dan tak mampu untuk menyorok atau menyembunyikan mukanya kepada khalayak.

Sedarlah wahai Badrulamin, masih ada ruang untuk anda bertaubat dan kembalilah ke negeri asalmu untuk menabur bakti kepada negeri yang telah banyak berjasa kepada kamu. Tinggalkan lah perjuangan dan fahaman atau mazhab yang kamu anuti sekarang.

Sedarlah, kembalilah ke tempat asalmu dan tebuslah dosa kamu kepada rakyat Sabah dan dengan kata lain tinggalkan fahaman atau mazhab Anwarinas

Sumber: Perak Today

DATUK MAHAGURU BADRULAMIN LONTAR CAKERAWALA OLIMPIK..?!!!

Tu diaaaa..!!! Badrulamin ni panglima silat rupanya..!!! Padan pun dia cedera sikit je kena hentam dengan 20 orang samseng yang serang dia kat hotel tu..heh!

Dia pakai selempang kuning cula hitam wooo..!!! Ni peringkat sakti ni..! Silap-silap sapa kena penangan dia boleh koma terussss...! Heh!

Teringat pulak dialog cerita Mamat Khalid.."Aku orang Sabah..kalau ilmu tak cukup di dada takkan aku berani nak pikat bini member sendiri wehhh..!"

Anyway, kalau nak tiru Mat Sabu pun..pastikan la nombor bilik hotel tu ditukar dulu..heh!

p/s: Heran betul, puak-puak pembangkang ni memang suka bab-bab seks nih..dari boss dia sampai la kat "punahsihat agama"nya..sama je semua! Gila seks!

SELAGI UMNO/BN PERINTAH, SELAGI ITULAH FELDA TERBELA..!!!


Pelik juga apabila melihat gelagat PAS melalui ANAK (Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan) mengagalkan Koperasi Permodalan Felda (KPF) menyertai cadangan penyenaraian Tawaran Awam Permulaan (IPO) dalam Felda Global Ventures Holding (FGVH)!

Adakah warga Felda sedar semasa Konvensyen Pakatan Rakyat 2010, ketiga-tiga pemimpin kanan Pakatan Rakyat sebulat suara mencapai kata sepakat mengumumkan bahawa jika mereka berjaya memerintah negara ini dalam tempoh 100 hari, 10 pelan polisi subsidi untuk kepentingan rakyat akan dilaksanakan. Antaranya termasuklah? Menghapuskan Kawasan Felda???

Jadi apa motif sebenar PAS melalui ANAK menghalang usaha penyenaraian FGVD, padahal mereka sendiri bersekongkol bersama-sama PKR dan DAP nak menghapuskan kawasan Felda jika berjaya memerintah negara!

Apakah mereka cuba bermain wayang bagi menutup ?keterlanjuran mereka bersekongkol? dengan PKR dan DAP bagi menghapuskan entiti hak bumiputra Melayu!

Persoalan yang harus dijawap oleh PAS melalui ANAK adalah jika pemimpin dah bersetuju nak hapuskan Felda, mengapa ANAK cuba nak mempertahankan? Apakah muslihat sebenar disebalik tindakan mereka!

Menurut pakatan pembangkang, pelan yang dikemukakan adalah telus, lengkap dan berdasarkan demokrasi.

Polisi Adil Untuk Rakyat Malaysia Dan Layanan Sama Rata! Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng pula berkata, rakyat Malaysia yang sebenar adalah mereka yang mahukan polisi yang adil dan sama rata serta semua dilayan sama rata.

Semalam Felda kecewa dengan tindakan lapan peneroka yang juga ahli Koperasi Permodalan Felda (KPF) menggagalkan koperasi itu menyertai cadangan penyenaraian Tawaran Awam Permulaan (IPO) dalam Felda Global Ventures Holdings(FGVH).

Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad berkata, tindakan mereka menghalang KPF memindahkan sahamnya dalam Felda Holdings Bhd kepada FGVH menerusi injunksi mahkamah menyebabkan Lembaga KPF membatalkan mesyuarat agung luar biasanya (EGM).

Apa yang dikesali, katanya, tindakan lapan peneroka terbabit sebenarnya dipengaruhi oleh motif politik pembangkang yang didalangi Pas melalui Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak). Namun, kata beliau, tindakan itu hanya merugikan peneroka dan FGVH akan tetap disenaraikan di Bursa Malaysia Mei atau Jun depan.

"Kami sangat hampa atas usaha berulang mereka untuk melaksanakan hak minoriti yang jelas sekali dipengaruhi pembangkang yang bertentangan dengan usaha keras majoriti ahli KPF, seterusnya menghalang ahli merebut peluang ini,"katanya pada sidang akhbar khas mengenai perkara itu, di sini hari ini.

Jadi terpulanglah kepada warga Felda untuk memikirkan dan membuat keputusan samada untuk terus bersama-sama kerajaan bergerak maju bagi membangunkan dan memperkenalkan Felda kemata dunia atau Felda hanya tinggal nama sahaja jika mahu berpihak kepada Pakatan Rakyat!

Sumber: Klik sini